Sunday, March 23, 2008

Sajak Rindu


Ia cuma sebuah buku nota. Bertahun-tahun saya kehilangan buku ini, hingga saya tak berharap lagi untuk menjumpainya. Sesekali masih terkenang-kenang kandungannya, terutama catatan resepi yang saya kutip sepanjang tempoh di sana. Agak ralat kerana resepi yang saya salin dalam disket juga tersimpan di poket buku itu. Tercatat juga di situ nota-nota kecil sepanjang jalan kenangan. Ah, sukarnya melupai sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati.
Pagi Sabtu yang bening saya keseorangan di rumah. Saya mengemas masukkan barang simpanan dalam kotak, dan menyelongkar laci chestdrawer dalam bilik anak. MasyaAllah, di sini rupanya bulu itu! Alhamdulillah... kalau jumpa RM seribu pun rasanya saya tak teruja sampai begini. Disket pun masih di situ, tapi mahu dicari kemana ya, komputer yang pakai floppy disk sekarang ni!
Sudahnya, hampir setengah hari saya membelek buku ini. Mengimbau kenangan lalu, terkenang zaman muda dan menyalin resepi dari buku ke blog masak saya, takut hilang lagi bila berpindah ke rumah baru nanti...
Antara catatan kecil saya waktu kerinduan dulu....


fingers joint stiften
like steel part of an old clock
frozen with rust
these hands recall
my father's strength
mother's pain
brother's grip
I want to sleep
without dreaming


Greenville, NC 26/4/1989,
sitting with Don Rutlegde at AJFletcher Recital Hall


Ini pula lukisan Emmanuele Vargas untuk saya

khabar terakhir beberapa tahun lalu dia kembali ke Mexico mengepalai satu gereja besar di sana. Ini pula sling purse berian Achariya Ketudat, entah di mana anak petani kaya Thailand ini..tapi cenderahati ini masih cantik dan boleh dipakaiguna.


Waktu itu kami sama-sama baru sampai dan mengambil kelas English di bimbing Don. Bukan kami saja yang gementar tapi cikgu ini pun rupanya seriau jugak mengendalikan enam orang pelajar antarabangsa yang lintang pukang bahasa kami dengan slanga dari tanah peribumi. Saya Melayu tunggal di sini. Saya lah paling banyak buat kontroversi sebab saya tak makan semua yang mereka makan, tak join mereka pergi parti dan mereka terpaksa tunggu saya solat waktu kami pergi berjalan-jalan. Macam-macam aktiviti kami buat dan pelbagai rasa pengalaman kami tempuh. Kami sungguh rapat walaupun mengambil kurus berlainan dan saling bantu membantu. Sajak di atas saya tulis sewaktu amat rindukan keluarga dan saya luahkan pada Don. Dia mendorong saya untuk menulis. Waktu itu kami sedang menunggu masuk untuk menyaksikan persembahan tamat kursus (recital) oleh Kim Yung yang bermain piano untuk kelas Music Theraphy. Sampai kini saya dan Don masih berutusan, sejak zaman surat menyurat hingga sekarang beremail dan YM!

16 comments:

Kak Elle said...

cikmilah hari ni saya tersangat rindu kat arwah mak sebab hari ni hari jadi nya...al-fathiha.

MAMAMIA said...

Benda2 yg ada sentimental value memang tak boleh compare dgn wang ringgit.

Sekali sekala selongkar drawer / boxes memang macam2 harta karun boleh jumpa...

Leyla Shuri said...

salam jamilah,
cantik lukisan pelangi itu.
Di hujung pelangi ada taman bunga yang indah dengan kelopak2 yang kembang.

cikMilah said...

Dearest KakElle,
AlFatihah untuk almarhum Nek Nah. Hanya doa kita hadiah terbaik untuk mereka di sana, ya Kak.
Tak care.

cikMilah said...

Ya betuk Mamamia...suka nya saya tak terkira, lepas tu dok melayang perasaan teringat kawan lama....

cikMilah said...

Salam KakLela,
lukisan ini pun ada cerita. Waktu winter, saya katakan pada Emmanuele,yang saya homesick sambil melukis pokok kering tanpa daun dan tanah gersang. Hitam putih saja. Alih-alih mamat ni kasi lukisan ni, katanya "don't despair". He he he.. jadi happy tengok warna-warna ceria...
Ala.. cerita budak sekolah!Masih segar dalam ingatan.

ABDUL LATIP said...

Sajak-sajak rindu tersimpan dalam diari lama?. Pasti cikmilah terkenang peristiwa lama lalu tersenyum2 sendirian. Elok simpan diari itu mahal harganya :)

maklang said...

sekali sekala bukak jugak diary lama zaman sekolah...lepas tu teringat kisah2 lucu..memang mengasyikkan...

maklang lama kat sini...baru habis browse semua entry..seronok membaca nukilan Cik Milah..Itulah padahnya bila terlalu busy...ini badan pun macam nak flat aje...3 serangkai dah menyerang! Sakit kepala, batuk and selsema!

Unknown said...

ck milah...harus di asah bakat menulis yg ada...

semoga bertemu kembali dgn buku kesayangan.

idham

Neeza Shahril said...

Minat kita sama la.. bab menyimpan kenangan lama. Tapi, untuk neeza, disebabkan ada constraint sikit, tak boleh simpan. Banyak benda kena buang. Tapi banyak lagi benda neeza simpan sampai penuh rumah Mak kat kampung hehehee...

Tak tahu pun cikmilah ada blog resepi. Neeza nak link ye sebab sekarang ni neeza tengah sibuk dok link blog masakan - susah sangat bila teringat nak masak apa apa.. hehee.. cewah.. macam lah rajin sangat neeza ni.. :))

silversarina said...

resipi dan sajak tu yang mahal.... very sentimental..... syoknya masih berhubung dengan Don .. mesti dia baik !!

cikMilah said...

Assalamualaikum PakLatip, belun layak di panggil sajak barangkali, waktu itu menulis bagaikan satu terapi...Ya, saya dah buat satu kotak & simpan baik-baik; untuk rujukan!


Salam maklang, waktu sekolah memang indah,masa tu tak ada masalah - cuma fikir nak score ,dan nak pergi jalan2 hujung minggu.
Oo, maklang marathon blogging la ya; Saya pun macam maklang petang ni, subuh tadi sakit perut sampai lembek badan. Tidur sepanjang hari hari, dekat maghrib baru ok sikit. Saya paling takut kalau selsema dan batuk. Makan ubat ya maklang.

cikMilah said...

Abg Id, InsyaAllah, tapi skill tu dah berkarat dah...

Neeza, akak ni kalau simpan barang sampai tak ingat tempat letaknya. Nasib baik masih elok buku2 tu.
Silakan link blog masak tu...ada pautan di sini untuk ke My Kitchen Tales.

Betuk KakRina. Dulu tak reti masak, apa yang saya pelajari semua saya tulis. Macam terjumpa khazanah rasanya!

Anonymous said...

CM,
Very sentimental,very nostalgic....

N

NURAZZAH8 said...

salam cikMilah, rasanya akak tak pernah lagi menjenguk kek sini... baru habis baca n3 yg ada kisah barang antik...
cikMilah pandai bersajak...harus kembangkan bakat tersebut...

cikMilah said...

N, kata orang yang lepas usah di kenang.. apa salah nya di keanng yang manis2 kan?

Waalaikum salam.Nurazzah...teriam kasih kerana sudi berkunjung...jemput datang lagi...