Abang dan kakak saya meneruskan amalan kenduri maulud seperti kebiasaan aruah ibubapa. Saya memilih untuk pulang kepangkuan keluarga dari menjadi pemerhati perhimpunan dan perarakan Maulud di SJ yang di khabarkan akan menjadi perhimpunan orang M membantah dasar pemerintah baru negeri PP. Macam-macam ajakan saya terima supaya turut serta. Saya lega bila pihak berkuasa bersuara menerusi TV yang mereka akan bertegas terhadap sebarang tindakan yang menjuruskan cetusan sentimen di sini. Kami bertolak awal, bila kami sampai, nah...depa dok pulun gaul kerabu mempelam!
Sebelum zohor, jemputan lelaki memenuhi ruang. Majlis bermula dengan tahlil di ikuti selawat, marhaban dan berzanji. Sekali lagi permintaan saya supaya jamuan diadakan secara buffet jadi umpan kena jegil dengan abang sulung. Manakan tidak, makan berhidang tentu banyak kerja. Jamuan sambung bersambung hingga petang. Letihnya, saya cilok pergi tidur sekejap lepas mandi dan sembahyang zohor, he he he...
Lewat petang baru pulang. Sebelum melepasi plaza tol Sg Dua, nampak apa tu?
Asap hitam tinggi dan besarrrr
Closed-up, kebakaran besar; kilang agaknya....
Kebakaran besar itu semacam daya penarik panorama di remang senja. Saya di antara puluhan kenderaan lain berhenti di bahu lebuhraya melihat dengan gerun sambil memetik kamera. Tahu tahu sebuah kenderaan pacuan empat roda berhenti di depan kereta saya. Alamak...! anggota JPJ buat rondaan kawalan ka?
Menu ringkas, kari ikan, goreng pekasam, daging goreng kunyit, kerabu mempelam dan sambal belacan dan ulam-ulaman. Sekampung jiran bergotong royong, rewang kata orang Jawa. Sambil bekerja, sarapan pagi tersedia di meja layandiri. Pulut kukus dengan kelapa parut dan ikan asin goreng. Betul-betul sarapan orang bendang. Kena pula dengan apam putih dan bengkang tepung jawi ( orang selatan panggil bingka). Abang saya memang kreatif menyelongkar menu lama, dan pandai pula mencari pembekal yang bagus! Bihun goreng yang saya bawa jadi alternatif untuk kanak-kanak. Saya bukan tolong buat kerja pun, cuma jadi tukang kecohkan suasana, antaranya usik orang melatah!
Sebelum zohor, jemputan lelaki memenuhi ruang. Majlis bermula dengan tahlil di ikuti selawat, marhaban dan berzanji. Sekali lagi permintaan saya supaya jamuan diadakan secara buffet jadi umpan kena jegil dengan abang sulung. Manakan tidak, makan berhidang tentu banyak kerja. Jamuan sambung bersambung hingga petang. Letihnya, saya cilok pergi tidur sekejap lepas mandi dan sembahyang zohor, he he he...
Lewat petang baru pulang. Sebelum melepasi plaza tol Sg Dua, nampak apa tu?
Asap hitam tinggi dan besarrrr
Closed-up, kebakaran besar; kilang agaknya....
Kebakaran besar itu semacam daya penarik panorama di remang senja. Saya di antara puluhan kenderaan lain berhenti di bahu lebuhraya melihat dengan gerun sambil memetik kamera. Tahu tahu sebuah kenderaan pacuan empat roda berhenti di depan kereta saya. Alamak...! anggota JPJ buat rondaan kawalan ka?
Bila saya hidupkan enjin, nampak mereka pun turut merakam gambar dengan telefon bimbit...
11 comments:
salam maulidur rasul...
sempat gak call mak time tengahari tuh, dengar riuh-rendah sedara-mara kt kg sana..syok nyerr..
rindu plak kt kg..walhal baru balik jaa mengundi aritu..
Wah cikmilah kita bergembira dengan keluarga.
salam maulidur rasul...
kebakaran itu di sebabkan ape eik? itam dan tebal asap tu...
dapat kumpul ramai-ramai mesti best ye...
kilang apa yang terbakar tu ?
Kalau kenduri kendara, neeza lebih suka masakan simple daripada gulai daging dan ayam, walaupun kenduri kawin.. Sebab dah selalu sangat orang buat gulai-gulai ni... Cikmilah, sedapnya nampak kerabu mangga tu walaupun masih duduk dalam besen hehehee.. memang favorite neeza tu.. yummyyy..
Cikmilah dah tahu ke asap tebal apa tu ye? kilang tayar terbakar ke?
Su,we talk about you! A lot! he he he, good one tau...the girls missed you jadi bentara; and I have to replace you making cold drinks!
Ummi, kalau berkumpul , gitulah...keluarga besar..
Manje, kebakaran kilang kayu dan corrugated box, cepat merebak dengarnya. Alhamdulillah tida kemalangan jiwa.
KakRina,kalau kelapangan seboleh-bolehnya saya akan balik kenduri kendara begini. Rasa rugi kalau tak leh join. Macam cik Suhaila kat atas tu.....:)
Neeza, kerabu tu kalau tengok awal2macam tak habis, dan memang favorite akak jugak!
raser cam tau jer ckp pasai apa..huhuu masih dalam pertimbangan..
maksu still use ker emel hotmail tu, sbb penah send mjel kt ctu..
Kalau neeza kan, neeza kata, kalau tak habis, neeza tapau ye... hehee.. tak malu betul muka. Tapi, neeza tengok, memang boleh habis.
Su,
use my yahoo:
pga851@yahoo.com
Neeza,
bukan jer habis licin, kena buat second round... he he he
Post a Comment