Sunday, March 9, 2008

Jalan-jalan Tiga Negeri Utara

Permatang Pauh / Seberang Jaya - 7.00 pagi Bersama jurugambar Ammer Ikhwan saya mulakan perjalanan dua misi. Awal pagi di halaman mesjid Jamek Bandar Bandar Perda, Permatang Pauh, gelanggang Datin Seri Dr Wan Azizah Dato' Wan Ismail (Kak Wan) dan Datuk Pirdaus Ismail (Datuk P). Pagi cerah seakan merestui pilihan rakyat Permatang Pauh , bendera parti berkibar indah. Perang poster di sini memang sakan, lawan berlawan . Trafik simpang siur dengan kenderaaan pengangkut pengundi.
Sampai di pusat pembuangan undi Tok Kandu, halaan kamera amateur Ammer di beri sorakan dari para pelobi pondok panas kedua-dua parti.






Suasana panas dan riuh walaupun masih awal pagi. Sukar di ramal kemenangan besar Kak Wan kerana Datuk P memang berhabis-habisan di daerah ini sejak penggal lepas. Kami sengaja memanjangkan langkah ke Seberang Jaya yang di dominasikan warna biru tua yang total. YB Datuk Arif Shah sememangnya kesayangan orang sini. Khidmat dan ramahnya tak mengira rakyat dari parti mana-mana pun. Tak harianlah beliau menang majoriti.

Kepala Batas 7.30 pagi.


Susur keluar Bertam lengang tapi begitu sesak di Bertam menghala ke Kepala Batas




Kami batalkan hasrat meninjau ke Penaga, Bertam dan Pinang Tunggal setelah melihat kalut nya trafik di Bertam. Ia mungkin menjejaskan rangka waktu jelajah 3 negeri kami .
Saya katakan pada jurugambar , 80% BN menang di sini! Biar apa sekali pun telahan dan kritikan pada PM, orang sini amat hormat dan sayang cucu Tok Ngah Abdullah Fahim!
Kami membelah lebuhraya ke utara, singgah sebentar di R&R Gurun, jurugambar melepas lelah dan menikmati minuman kegemaran, milo ais!

Perhentian kami, daerah tumpah darah ku,
Kubang Pasu kubu kuat BN @ 9.00 pagi.

Saya membuang undi di sekolah tempat saya mengenal ABC. Petugas pondok panas BN dan pondok panas PAS adalah rakan sepermainan dan saudara mara. Kedua-duanya menyambut kami dengan senyum dan jenaka. Ya lah , pengundi tempatan pulang dari luar daerah. Serba salah juga kalau saya singgah di pondok panas nan satu, jadi saya memeriksa daftar nama di kedua-dua pondok, sekadar mengambil hati dan bertanya khabar dengan mereka yang dedikasi di bawah payung parti pilihan mereka!

Khemah biru dan hijau saya jejaki menyambut sapa dan bertanya khabar
Kepulangan upama ikan pulang ke lubuk,saya bukan saja pulang memangkah tapi dapat bertemu kawan lama dan saudara-mara sebelah ibu.
Pakcik handsome yang segak berdiri ini guru saya waktu sekolah rendah!


Sebak berjumpa kawan aruah mak datang di pimpin cucu mereka dan di sambut pegawai SPR.
Tanpa disangka, saya diunjukkan borang tuntutan duit minyak dan tol (?) Hah! Rupa-rupanya BN ada peruntukan ini setiap pilihanraya tapi ini pertama kali saya tahu tentangnya. Dalam hati berbisik, ini habuannya bermanis mulut beramah tamah! Saya hebahkan hal borang ini pada anak-anak saudara yang bermastautin di daerah lain dan sama-sama pulang mengundi di sini. Kami diarah mengambil wang nya di Pejabat UMNO, Jitra. Anak-anak saudara melompat ke kereta saya dan kami jalan-jalan dengan selesa melihat-lihat pos-pos di sekitar Jitra, Bukit Kayu Hitam, Tunjang, Bukit Pinang. Rata-rata pertarungan PAS-BN sengit sejak zaman Tun Mahathir. Kami sepakat menjangka laluan sukar untuk Parlimen di menangi PAS atas faktor populasi Bumiputera Siam di sini. Perhubungan dengan Selatan Thai perlu di ambil kira, sebab itulah Pak Lah memang tepat melantik ahli Parlimen Kubang Pasu sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada penggal yang lalu. Begitupun jangkaan kami bahawa Dr Rohani Mutalib mengatasi DSM juga meleset kiranya. Kubang Pasu kekal sebagai kubu BN walaupun PAS menang majoriti dan membentuk kerajaan negeri :D

2.30pm : Jerlun :Mukhris vs Ismail Ahmad
Cakap-cakap nakal berkata Jerlun adalah laluan mustahil untuk anak Tun kerana rata-rata pesawah di sini memang pekat hijaunya.Begitupun,menarik juga jambatan taliair ini berhias senyum wakil parlimen baru!
3.00 petang: Arau, Perlis

Adik Menteri Besar vs Prof Dr Harun Din al Hafiz
Ismail Kassim yang di kenali sebagai Chu, menang tipis dengan 300 undi sahaja. Waktu kami sampai hujan turun dengan lebat. Mereka tak hiraukan hujan panas agaknya, masing-masing berpayung berkerumun pos panas mereka.
Di Simpang Empat, PAS terus berkibar megah dengan kemenangan majoriti 58 undi. Sengit memang sengit!
Perjalanan pulang melalui Alor Setar, kami singgah solat Asar di Mesjd al-Bukhary. Hujan mencurah-curah. Ammer tak henti-henti ketawa melihat poster bergelimpangan lintang pukang di simbah hujan. Ironinya... tak ada gambar!
Solat Maghrib kami di R&R Gurun sebelum meneruskan perjalanan pulang. Memasuki kawasan Kak Wan, kami tak menjumpai satu pun poster PKR. Wah, pantas dan bersih orang-orangnya. Tak lama selepas itu saya terima sms bahawa Kak Wan menang majoriti besar. Satu demi satu saya memaku diri di depan tv sehingga jelas BA menawan Kedah tercinta dan Pulau Pinang, kini milik siapa...

8 comments:

tulipurple said...

satu keputusan yg di luar jangkaan kan sis...
uishh..sis tak tau ka pasal mileage claim itew?
ermm....harap2 penang ditadbir dgn adil..'risau' gak nie.perak lak da start kelahi dah tu...ishh lagu mana tu?





*bilalah bley dpt blk penang....

silversarina said...

amboi jauhnya meninjau ..seronok macam raya pulak, pilihanrayalah katakan... kat sini ada yang nak claim tambang tapi BN kata dah habis bajet..menang jugak BN kat kemaman dan Terengganu.. tak ikut peredaran zaman betul orang sini...apapun tumpang gembira kejayaan di negeri lain.

cikMilah said...

Tulip, memang risau di Penang ni.... Mahu tuntut janji manifesto - tol jambatan & tambang feri terlalu mahal - 7 ringgit untuk sekali lalu termasuk kos tersenguk-sengguk dalam trafik jam!

Anonymous said...

DAP da menang... masa janji ditunaikan... salam kenal cik milah

Anonymous said...

KakRina, raya ni 4-5 tahun sekali...seronok melihat gelagat orangramai...sambil tanamkan semangt kewarganegaraan pada jurugambar tu...

Anonymous said...

Salam kenal Manje, terimakasih kerana sudi bertamu. Suspen dan berdebar menanti senarai exco negeri...macam2 desas desus ni....

Kak Elle said...

so dgn kemenangan pembangkang agak harga2 semua akan turun lah ye?

cikMilah said...

Big question mark, kak elle!