Bagaikan guntur membelah langit, Umar dipanggil mengadap. Terus terkena halilintar. Seekor manusia yang ada di situ keluar bila Umar sampai. Semua empat perkataan huruf besar menujah telinga. Naik panas mukanya!
Bertubi-tubi soalan. Dia diam menganalisa dan mencari fakta. Bila big boss diam, dia minta izin melihat dokumen untuk di teliti. Mata Umar terus melihat ke dalam mata big bos nya yang melingas macam singa tak cukup makan. Dia menjawab. Jawaban nya cuma sebaris ayat, kurang dari sepuluh patah perkataan. Big bos tersandar. Menghembus nafas.
Umar menolak pintu bilik se ekor manusia dan berhujah. Tegang. Suara mereka di dengar keluar. Lantak!!!! Akhir sekali Umar bercakap dalam Bahasa Malaysia, perlahan-lahan. “ Kalau saya mahu balas perbuatan kamu, saya boleh buktikan depan big boss. Saya sekarang dalam posisi yang boleh saya buktikan ini bukan salah saya. Tapi saya bukan macam kamu. Kamu akan pencen 5 bulan lagi…Fikirlah".
Geram, marah, sakit hati bercampur baur. Umar duduk menenangkan diri di biliknya. Sejuk penghawa dingin tidak terasa. Darahnya membuak-buak hingga panas mata. Dia beristighfar seraya terlintas ayat ini yang pernah dibaca olehnya entah di buku mana.
"Umat ini menjadi super kerana mereka benar-benar beriman serta berpegang teguh dengan ajaran Islam".
Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 139, “Dan janganlah kamu berasa lemah dan janganlah bersedih hati, padahal kamu lah orang-orang paling tinggi (darjatnya) jika kamu beriman..”.
Wednesday, March 12, 2008
Menelan Hakikat
Posted by cikMilah at 3/12/2008 04:01:00 PM
Labels: Cerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
errk....apekah yg sebenarnye berlaku...??aduishhh...fenin memikirkan kisah sebenarnye ini...r u ok,sis?
rasa macam faham , rasa sekali lagi macam tak faham... apapun harap semuanya ok.
Tulip dan KakRina,
ini permasaalahan di awal cerita...tungguuuuuu...part2!
I am OK, don't worry
ooo... permasalahan di awal cerita ya.. hehehe.. tu la tadi ingat petikan novel.. okay, neeza tunggu :)
alamak Neeza, novel tu.. BBBBEEESARR sangat, cerpen boleh la kot! he he he
Cikmilah,
Seronok baca entri Cikmilah sebelum ni pasal mengundi. I patutnya mengundi di Arau. Daftar undi masa kerja kat tempat lama. Dulu adik menteri besar tu pernah bertanding kat situ juga tapi kalah. Wah! kali ini dia menang. Beruntunglah dia dapat jadi ahli politik akhirnya..
Zlaa, calon asal Arau ialah Mastika Junaidah. Last minute changes!
Perlis oh Perlis....Tapi I memnag seronok jalan-jalan meninjau..
Assalamualaikum Cik Milah,
Ada potensi sebagai penulis...
Buatlah koleksi certot (cerita kontot)!
Boleh, ya?
Wasalam..
InsyaAllah KakUmi,
ni tengah review uju sastera Melayu menggali plot, permasalahan, klimaks dan segala yang saya dah lupa
Post a Comment