Thursday, December 31, 2009

Terima kasih 2009

Sudah berlalu laluan berbatu. juga santai ria yang sering bertandang. Begitulah warna hidup...Indah dan kelabu silih berganti. Alhamdulillah, di penghujung tahun ini saya sujud bersyukur dengan rahmat dan kasihsayangNya kerana masih di berinya kekuatan mencipta keriangan dan terus produktif.
Begitu banyak kemanisan tahun ini.
Terima kasih Tuhan dengan rezeki dan ketenangan dan segala yang Engkau berikan tak terucap dan tertulis demi kasih pada hambaMu.
Terima kasih suami, anak-anak dan keluarga yang cukup memahami dan sedia teman berteman pada kesekian waktu
Terima kasih teman seperjuangan, teman-teman maya dan teman lama yang menyemarakkan
ukhuwah.

Allah telah berikan pelangi selepas hujan ribut, Allah berikan senyum selepas tangisan. Allah berikan hikmah dan kefahaman selepas setiap ujian. Allah berikan kawan pada kesunyian. Allah berikan jawaban manis seleaps setiap keluhan. Allah telah berikan yang lebih baik selepas harapan yang tak kesampaian.


Terima kasih semua. Anda hadir dan memberi impak manis dalam hidupku tahun ini. Tanpa kalian, tentu hidup ini boring!!

Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah

Salam Maal Hijrah. Semuga hidup lebih sempurna dalam mencari mardhatillah...






Wednesday, December 16, 2009

Bayam Batu

Di bawah pohon itu kubawa rajukku. Tiada siapa tahu. Sendiri mengesat jurai airmata sambil tangan yang satu lagi mencapai butir kecil yang merah menyuapi mulut sendiri. Terhibur hati kala menjumpai buahnya yang hitam kerana ia begitu manis pada lidah. Begitu teduh di sana. Boleh membaca sambil menunggu padi di jemuran bawah terik mentari musim kemarau. Dahan pohonan yang jingga berkerutu bintil-bintil kekadang ku lelas hanya untuk suka-suka. Ada juga torehan catatan kata hati di perdu sana. Pohon bayam batu itu membesar bersamaku. Aku tahu mana pucuk yang baik untuk di sayurkan. Aku juga teliti memilih daun muda untuk direbus dan diulamkan dengan air asam berlauk haruan bakar! Sesekali hati bergegar juga melihat akar bayam batuku dikorek dan direntap putus dari tunjangnya. Akarnya berwarna oren segar. Tapi hati berbisik.. pohon itu redha akarnya di cabut kerana khasiat penyembuhnya untuk penyakit batu karang.
Masih segar senda dan gaduh-gaduh manja berebut buah yang paling besar, paling hitam dengan sepupu. Duduk-duduk senggang, sembang-sembang petang dan main aci ligan berkeliling pokok bayam batu yang berjiran dengan pohon nona dan keriang batu..mana lagi nak dicari tanaman itu sekarang...
Bersama waktu yang pergi , seusai SPM kudapati pohon bayam batu ku tiada lagi di hujung laman. Rindu juga, sayu pun ada. Tapi hakikat survival diri, tiap yang ada lawannya tiada. Mustahil ia kekal di bumi Allah.
Kelmarin, kujumpai pohon ini didaerah kelahiranku... dan nostalgia menyingkap kisah damai anak kampung yang mula memberitahu anak-anakku bahawa bayam batu dipanggil mulberi. Kala usia menginjak, segar rasa hati melihat buah merah hitam melekat subur di sana. Manis juga deria mengulang rasa masam manis buah kecil yang tidak pernah mengenyangkan , tapi cukup untuk menjadi perencah dewasa.

Monday, December 14, 2009

Khabar...

Sekian lama tak menulis. Banyak perkara berlaku dan banyak juga yang difikirkan. Terimakasih pada kawan-kawan yang menyokong dan memberi pendapat. Setelah meledak hati saya sudah maafkan orang berkenaan. Bila diulang lawat, design tiruan itu sudah ditarik balik dari laman mayanya. Baguslah andai ada yang sedar bahawa dalam mengejar impian, matlamat tidak menghalalkan cara. Usah ambil mudah meniru bulat-bulat tanpa izin kerana walaupun semuanya hak Allah, kita manusia perlu amanah dengan apa yang kita lakukan. Kreativiti adalah jatidiri; walau tiada akta mengawal tindakan tapi, andai ada hati yang tidak mengizini, berkatkah rezeki yang kita perolehi… Selainnya, menjadi kawan yang bernilai juga sebenarnya lebih manis dan lebih bererti andai tiada titik kelabu. Tiada manusia sempurna ,kerana itu salahkah meledak begitu. Tepuk dada tanya selera.. kan? Apapun yang terjadi, hikmahnya ada, barangkali masih belum ku jumpa. Barangkali diam lebih baik kerana ia menyelamatkan dari banyak masalah. Oleh itu diriku...berlapang dadalah...kerana dedaun dipohon hanya gemersik bila angin bertiup dan ia tidak pernah ribut sendiri. Lebah dan tebuan pun hanya diam dengan kerja mereka jika tiada yang menjolok sanggarnya. Perhatikan awan biarpun kusam atau bergelung ia tetap mengikut peraturan Allah. Dan virus juga bakteria, ia bangkit dan aktif kerana Allah menyuruhnya mengingatkan manusia tentang kejadianNya, qada' dan qadarNya , juga kifarahNya. Seperti gunung berapi, letusannya sekali, kemudian ia kembali pendam dengan aman. Mengumpul kekuatan diri bukan mudah kerana yang menilai bukannya manusia, cuma antara diri dengan Maha Pencipta. Berzikirlah...
Sibuk juga barangkali. Bekerja dalam industri pembuatan elektronik menuntut ketangkasan, ketepatan.. Ohhhh...ooohhhh. diri dah tua..tahu benar.. tak terkejar rasanya tuntutan itu...maka jadinya terkedek-kedek mengejar arus supaya tidak ketinggalan...Justeru sukar juga melayan selera anak-anak yang tidak pernah puas, barangkali kerana sibuknya ibu yang agak jarang menjerang kesukaan mereka; pun tidak punya banyak ruang bersama mereka. Tugasan hakiki yang bergerak selari meminta tenaga yang bukan sedikit. Makanya lelahku pada penghujung malam yang masih muda kala anak-anak masih mahu bergembira..menonton, bergurau, jadi suram kerana lelapku mendahului aktiviti mereka. Ampuni daku ya Tuhanku, kerana bukankah lebih afdhal memimpin tangan mereka dari menyerah pada kelesuan fizikku.
Sedikit masa dan tumpuan pada coklat dan baking juga barangkali menyejat kudrat diri. Sekadar suka-suka pada mulanya dah jadi ketagihan sekarang. Kelmarin seseorang bertanya, bila masa awak kerja, bila masa awak buat coklat, bila masa awak buat kerja rumah,bila masa awak mengajar. Tergeletek hati juga.. tapi bukanlah terlalu serius kegiatan ini. Setakat yang mampu dan tidak memberatkan diri. Bersyukurlah...bukankah itu pemanis hasrat perjalanan hari ...
Yang pasti.. face booking lebih menarikku ke sana. Lebih mudah kiranya berisyarat pendek dan kemas yang cukup ramah. Hehehe.. alasan ya, barangkali.. dan lagi satu...aktivitiku banyak

Teruja dengan kejutan dan nostalgia bila kini sudah berjaya mengumpulkan hampir seratus kawan-kawan lama. Hidup perlu diteruskan...

Friday, November 27, 2009

Korban Siapa?

SalamAidil Adha. Bening nya subuh..saya mengejan anak-anak bersiap awal. Kami keluar rumah seiring suami pergi bertugas. Lancar saja perjalanan selepas subuh ini. Sampai di tol Hutan Kampung, kereta tidak bergerak walaupun injin masih bebunyi. Aaiiikkkk.. Saya matikan enjin dan hidupkan semula suis...alamak! tak ada contact...Awatla pulak ni. Waktu itu belum pun pukul 8, saya mahu mengejar solat aidil-adha di kampung. Waktu-waktu biasa, selalunya kami akan sampai dalam 8-10 minit lagi. ufffff...macamana ni...kakitangan tol datang dan beritahu plus service akan sampai sebentar lagi. Kereta dah
berbaris di belakang saya terpaksa menunggu sebelum toll booth baru di buka!
Kereta breakdown memang tak pernah saya bayangkan! Apalagi di pagi raya begini! Saya dah berpeluh-peluh dalam dingin pagi. Rasa macam dalam sarkis pun ada,semua orang menoleh tengok kami...
Panik gak.. tapi saya cool down. Memang dah tak sempat solat sunat denagn orang kampung la nampaknya. Saya tak terus telefon Abang dan kakak, biarlah depa selesai solat dulu. Telefon suami pun tak berjawab...OK lah,mungkin dia pun tengah solat.
Pendek cerita;plus service datang danmenolak kereta kami.Ammer pun meleleh peluh.Kesian Kakak danKakNgah; yala kan.. anak darasunti tercegat dekat situ.Cuba juga depa tengokkan, tapi tak banyak dapat membantu.Bagitu pun, trimakasih kerna tolong tolak kereta ke tempat parking..
Blank...taktau nak buat apa. Waktu itu, takbir bergema dari mesjid berdekatan. Sedih rasanya.Termangu... anak2 pun diam saja...tak boleh panikkan.. tapi blank... tak tau nak buat apa.

Rabbi Yassir....saya ulang berkali-kali sambil pejam mata. Berderai juga airmata;begini di takdirkan Aidil Adha tahun ini! Talian hayat pun semuanya tak berjawab.
Mana ada workshop pagi raya begini.
Dalam termangu nampak pelekat insurance.. ya/... 24 hr service. Alhamdulillah suara di hujung sana melegakan sedikit hati yang bergalau dan fikiran yang bercelaru waktu itu.
Begitupun saya perlu berhati-hati. Rasionalnya; pusat service hanya akan dibuka hari Ahad..saya perlu balik Penang petang ini. Berkira-kira sendiri. Cuba kumpul maklumat dari pihak insurance dan wakil Hyundai Service Centre.
Setelah selesai berkira bicara denagn mereka; baru saya telefon abang dan kakak. Bateri telefon pulak nak kehabisan bateri padahal semalam dah charge. Ni adalah yang main game malam tadi ni....Ke surau, berehat sementara dapat pula re-charge bateri. Dari situ baru dapat cakap denagn cikAbang. Dia pun terperanjat sebab selama 6 tahun, cikMatrix ni mmg tak pernah sekalipun buat hal.
Kesian anak-anak mengadu kelaparan. Ada makanan tapi macamana nak makan nasi impit yang belum di potong, kek juga sebiji tak berhiris. Yakin orang kampung dah selesai solat, saya tlefon minta depadatang...Abang dan kakak samapai, kami tinggalkan kereta di situ... sian cikMatrix!!!
Sampai rumah..penuh sesak tetamu.Tak banyak soal,saya mengadap nasi dagang tak pandang orang dah!Lapar sangat, the last time I ate was masa buka posa semalam! Sedih masih berbekas...tapi saya masih boleh bergelak ketawa...Masa tu my dearest niece Suhaila tiba. Baru rasa kaki dah tumbuh balik...yeayyyyy...Sepanjang waktu on line dengan cikAbang.Lepas makan saya ajak Suhaila pergi tengok cikMatrix lagi sekali. Cuba setting lagi sekali tapi tak dapat. Arrange dengan insurance service. Depa mai tow lepas solat jumaat. Tetiba cikAbg call. Kansel semuanya; kawan dia akan datang petang ni dan tow cikMatrix dari Hutan Kampung balik ke Prai....and that's the end of my worry and action!

Kami terus ke Alor Setar, cari cash sikit..Satu hal pulak dok ronda Alor Setar cari bank..instead of jalan-jalan raya. Saya plan nak ziarah sedara mara yang tak sempat kami ziarah masa Idilfitri lalu..ok lah..pasrah.
KakLiza...maaf....kaki saya patah...macamana nak jumpa akak.
Nashita...macamana nak jumpa....

Salam AidilAdha.....

Tuesday, November 24, 2009

Tolong dan Tikam

Dah lama tak update sebab malas bercerita. Bukan tak ada cerita yang nak diceritakan tapi kekadang malas nak buat ceritakan cerita yang tak boleh dicerita! Kalau cerita namanya mengata. Dah namanya pun tak manis diceritakan, jadi duduk diam-diam. Tapi hari ni dah nak meletop pasal kisah ni. Saya tak kuat menanggung tikaman, dari membenkak, menanah memakan diri... nahhhh.. ini kisahnya.

Apa yang nak di ceritakan hari ini tentang kisah orang pompuan. Kisah kawan saya nan seorang ini sebijik macam saya. Dia pun serupa saya malas nak update sebab ada orang yang asyik ambil idea dia untuk majukan bisnes depa. Ni pasal pompuan yang buat bisnes dari rumah lah, apa lagi kan. Setiap kali dia update blog bisnes dia, ada saja yang meniru. Bukan setakat itu saja, diburukkan dari belakang lagi..kali ni tak nak cerita pasal cerita buruk tu, cuma pasal tolong dan tikam saja.

Selalunya kalau sesama buat home bisnes tak kira la cupcake ke, apa-apa ka.. kalau meniru idea tu, kita akan telefon atau sms pada orang yang kita tiru tu, minta izin atau sekadar berbasa basi... atau masukkan secara public dalam blog kita bahawa design atau resepi ini di ambil dari sumber mana. Lebih manis di ucapkan terimakasih pada orang yang mula-mula initiate design tu. Atau bagi la credit sikit kat kawan yang bagi resepi. Ini tidak....mana tak bengkak kawan saya ni. Dia berhabisan beribu-ribu ringgit pergi belajar, tapi pemberian dia atas dasar ikhlas berkawan dan sikap ingin "bersama kita maju" di pergunakan ke tahap maksimum untuk diri sendiri.

Macam terkena tikaman dari belakang dari seorang itu. Homebaker yang seorang ni.. punya la baik dengan kawan saya, selalu offer diri beri pertolongan nak bantu kat studio masakan kawan saya ni. Ingatkan ikhlas.. tapi drama bermula bila dia beri semua resepi kat orang tu. Bila dah dapat resepi....setiap kali minta tolong ; orang tu dah tak nak tolong lagi. Contohnya, kawan saya buat kelas cupcake dan dia perlukan 200 biji cupcake. Kawan ni akan minta orang tu "tolong" buatkan cupcake sebagai persediaan kelas dan dia bayar $1.00 untuk setiap biji pada orang yang menolong buat cupcake itu. Kemudian orang itu akan tolong dia kendalikan kelas itu. Bukan tolong mengajar, cuma tolong siapkan perkakas, menimbang dll dan dibayar lagi
Begitulah ikhlas nya; niatnya mahu menolong supaya sama-sama maju dan sama-sama berjaya. Sekarang bila dah dapat resepi dan tip secara percuma, menoleh pun tidak lagi...Sah! Orang yang memberi pertolongan berbayar itu sebenarnya menghirup kemanisan percuma, berbekal lidah yang tak bertulang!

Begitula resamnya kan.. berkawan dan berbaik sebab ada udang di sebalik batu. Bukan sekali perkara begini terjadi pada dia. Juga pada saya dan beberapa orang lagi homebaker. Sekarang kami sama-sama bengang! Bagaimana mahu kekalkan niat ikhlas dan berbaik sangka kalau ditikam dari belakang?

Wednesday, November 18, 2009

Hening Zulhjjjah

Salam satu Zulhijjah. Bulan rahmat bertamu lagi. Saban malam saya tonton khabar haji dengan harap dan doa. Melayan rindu yang satu. Meriahnya di sana. Semuga mereka semuanya mendapat haji yang mabrur.
Di sini kita masih dingin dalam tengkujuh yang mencurah. Rasanya hujan musim ini lebih lebat dan lama dari biasa. Sudah 2 minggu negeri utara tergenang air; hari ini pusat metereologi mengabarkan taburan hujan yang memungkinkan banjir di pantai timur pula...Zulhijjah yang basah!
Hujung minggu depan kita berhari raya lagi. Apa korban kita? Harta? jiwa?, tenaga?
Terhimpun segala ibadat dalam sepuluh pertama Zulhijjah ini. Semuga kita kuat menghimpunnya.
Salam Aidil Adha

Wednesday, November 11, 2009

Terkedu!

Terkedu 1:
Kami kenal lebih 10 tahun. Dari zaman anak daranya hingga kini anak sulungnya mencecah 12 tahun. Dia manis dan ceria. . Sepanjang waktu-waktu payah kami sama-sama tonggang-langgang. At least we have each other to say out our thoughts, frustations. Kami baru saja bertemu kembali. Dia masih seperti dulu, happy go lucky, cantik cergas macam anak dara. Satu hari dia mengomel pot pet pot pet, itu tak betul ini tak kena sepanjang masa aku memandu. Aku tau, itu bukan dirinya sebenar! Aku tau dia depress sangat. Sebelum turun kereta , aku toleh dan pandang mata dia yang dah merah. Aku pegang tangan dia. Lancar dia berkata. " Jamilah belum tahu kan, I am a single mother!" Aku blank!!! Bila? Kenapa? Dia membuka cerita semuanya; akhiri dengan ayat.. aku nak bunuh betina jalang itu! Aku terkedu!

Terkedu 2:
Hari ni agak lapang,sebelum balik buka junk email. Ada satu email beri tips untuk test samada lipstik yang di guna mengandungi lead/ plumbum. Hasilnya; keempat-empat batang lipstik/lip gloss yang ada dalam pouch mekap aku semuanya tunjukkan chemical reaction penanda adanya kandungan plumbum.Bye bye EA, Ch dan NM ! Terkedu lagi...
Cuba you all calitkan lipstik kat pangkal ibu jari ( tempat yg biasa kita test warna lipstik tu) kemudian gosok tempat tu dengan cincin emas. Kalau warna lipstik bertukar hitam, tandanya lipstik anda mengandungi lead/plumbum. ( ikut email tu la... ) Kawan sebelah test lipstik Kose dan Body Shop - ok pulak.

Terkedu 3:
Hubby call, pagi 26 Nov nanti tak dapat cuti - Maknanya cikAbang akan bekerja pada Hari Raya Aidil Adha....huuhuhhuuu

Terkedu 4:
Check on leave application. Permohonan cuti pada 25 Nov TIDAK DILULUSKAN. Oh no.. orang nak buaat persiapan raya tauu!!!Tak kira, aku ambik MC!

Monday, November 9, 2009

On Tough Time




tough gets tough. Tough gets going!!!





Monday, October 19, 2009

Wajah

Entri khusus untuk kawn-kawan yang sudah saling terlupakan wajah-wajah yang pernah memberi kemanisan zaman remaja...
Bak kata Mohsin waktu dia menelefon saya pagi Sabtu minggu lepas. " Maaf bercakap, aku tak ingat muka hang , tapi nama Jamilah Rejab tu terpahat diingatan aku". Hahaha.. tergelak .. tapi mmg benar..Hampir 28 tahun...manakan kita bisa meningkah perjalanan waktu yang mengubah zaman dan panorama. Dulu kita nakal, riang, comot atau comel tapi tak kisah sangat pun tentang penampilan.
17 Oct mmg dinanti. Berdebar nak tengok wajah-wajah dulu yang tak dapat nak di bayangkan hari ini. Standard expectation ialah berisi dan beruban! Kami bertemu untuk merancang re-union. Melakar impian untuk satu himpunan yang tak termimpi suasananya. Yang pasti, masing-masing teruja nak bertemu kawan sepengajian sejak Tingkatan 1 hingga 5.
Ramai yang tahu pertemuan kami ini. Ada yang telefon minta di letakkan foto setiap orang di sini. Malu nak mengaku tapi sebenarnya saya sendiri tak ingat semua nama dan rupa. Ada yang ingat rupa tapi tak tahu nama. Kebanyakkannya ingat nama tapi lupa wajah. Jom recall balik classmate....

Shaarani...tenung apa tu. Tak banyak berubah kawan kita ni.. sekali lalu pun dah confirm tak silap orang lagi...? Badrul Hisham ditengah, dia yang menuju kat saya yang masih dalam kereta sedang cari parking.. saya tak kenal, blank lebih satu minit.. finally dapat recall dari suara dan senyum dia; and I said out his full name! Tat lady in red, Rodiah, as sweet as ever...

Berbaju belang biru putih tu Illias. Lawak gila! Kerja menyakat dari dulu sampai la tak habih-habih. Kelakar sangat cara dia menggeleng-geleng kepala macam tak percaya Dilah dan Mahadi adala suami isteri...Dua tiga kali dia menyoal, " bila masa hampa bercinta.."

Shidiah & Norlia, yang kat tengah tu Putat...dan sebelahnya Goh.
Snapshot of Mr Goh.

Us.. Diah, Dillah and me. Kata Illias yang baju purple tu pun banyak berubah...jadi, kalau kawan-kawan tak kenal, saya tak kecik hati.. :)


Depa tengah conference call dengan Mohsin ; Putat, Illias. Mahadi, Shaarani dan Badrul.


Close up Putat tengah call sapa entah!..

Banyak yang dibincangkan malam itu. Terima kasih YB Zul dan Diah! Tomyam tu sedap sangat-sangat!

Next meeting di restoren Mohsin di TTDI - 6 Nov. Sesiapa yang ada kesempatan, hubungi kami ya....

Saturday, October 17, 2009

Rasa macam nak lempanggggg!!!

Kawan di belakang cubicle saya dapat satu call tapi dia biarkan. Bingit. Dah tiga kali berbunyi dia tak ambil call tu. Saya toleh dan angkat kening , dan dia cakap.."it's my mother". (dia set ringtone khas agaknya). Kemudian terdengarlah perbualan yang memang saya tak faham. Sesekali tinggi, sesekali marah, sesekali sigh...kemudian diam. Tak habis di situ, dia mengereng ke meja saya dan bercerita.
"You know what, my mother asked me to send her to hospital during this hr....grrr.. grrrr.. bla.. bla.....bla.. grrrrr.rggerrasgslkgjdklg...." Dia akhiri dengan ayat ini.. go to hell.. I don't care. That's her husband!"
Mula tadi mendengar saja dengan hati geram tapi bila sampai ayat terakhir tu, rasa macam nak bangun tampar mulut dia!
Alkisahnya mak dia telefon, ajak ke hospital .Pagi tu bapa dia tak nak breakfast kat rumah, pergi jumpa kawan minuk kat BM. Mak dia larang, sbb bapanya tu tak kuat berjalan, tapi si bapa degil juga ( bahasa dia la) nak keluar jumpa kawan yang baru balik dr KL, nak sambut Deepavali di kampung. Bapanya rebah di gerai minum dan dah pun di hantar ke hospital. Ibunya tak ada sesiapa di rumah telefon dia..
" oooo, mentang-mentang lah aku yang paling dekat, nak suruh aku pi hospital waktu kerja...sorry.." kat dia lagi. " Siapa suruh gatai-gatai pi minum kat luar dah tahu kaki tu dah tua, tak larat.."
Saya memang geram sangat.
"L, you should't do this".
"You want me to go now? No way!!"
"If I were you, I will go. Now!"
Lagi di nasihat lagi menjadi sombong dia ni. Di keluar pergi breakfast, waktu dia tak ada, Cat dan June dtg ke meja saya.
"Sis, you mmg berani tegiur dia depan-depan.. I takut wooo..."
"June, I am very sad. I tak tahan dengar dia marahkan mak dia walaupun i tak faham dia cakap apa dengan mak dia tadi. She's raising her voice to her mom, now her father kat hospital, mak dia nak visit, dia tak nak toklong hantar"

Bila L balik, Cat ( L reports to her) said.
"L, you should'nt do this.You should go and see yr dad".
"Yr mom needs help."
"No I don't want."

( hheiii........minah ni, ko nampak kecik jer kat mata aku)
Saya diam jer..
Cat skype me.. "sis.. say something la..."

Saya bangun dan pegang bahu dia. Cakap slow-slow...
"L..touch yr heart with yr righthand. Imagine in 15 years from now,when yr husband is ailing.. you call your daughter, and then she says the same words, they way you talked to yr mother just now.How would you feel...?
Kawan kita diam....
"L, tomorrow is Deepavali. Go!"

Lama jugak lah kawan kita ni diam. Kemudian dia balik. Termakan juga nasihat kami.
Saya cuma harapkan Deepavali tahun ini lebih bermakna bagi dia dan keluarga.

NO OFFEND ya. Ini kisah benar. Tak bermaksud nak menyalahkan , apalagi nak merendahkan individu,bangsa dan agama. Kejadian ini ada di sekeliling kita. Mana yang boleh kita perbaiki, kita patut betulkan.






Monday, October 12, 2009

Alahai Kakak....

Nampak dia panik seminggu sebelum selepas raya, tapi kita diam saja. Tak nak bagi dia stress. Sebenarnya mak dia yang gundah gulana, lebih dari dia kot..Tapi kita tak lah tunjuk. Pagi masa exam start tu dia broke into tears sebelum masuk dewan. Alahai...takut la tu. Sekejap saja, lepas peluk cium dan hembus ayat Quran ke telinga, Ok nampaknya...
Kesian kan, tengok anak tengah exam.! Kita yang risau kalau dia tak pengang buku..Bbrp kali dia sebut.. nak rest jap la Mama...
Ni dia waktu visit Adik pada hari Ahad. Adik call berkali-kali minta Kakak datang..Sebeban buku dia bawak..dan dia tak kesaorangan.. semua calon exam yang duduk santai dengan keluarga kat tepi padang tu tak buang masa. Belajar. Kakak buat excercise matematik. Biasa la kan.. musim exam...
Pulun jangan tak pulun!!! kakNgah tengok Ammer main control car....
Purposely bawak mainan dia.. kalau tak, nak mengendeng Kakak jer kerjanya...

Hari ni agak berat. Kertas matematik dan sejarah yan gamat digeruni Kakak. Semuga dapat menjawab dengan tenang dan tepat. Esok kertas PD sebelah pagi.. lepas tu.. yahooooooooo.. lambung beg!!!! Semuga Kakak dan semu aanak-anak yang menduduki PMR akan beroleh kejayaan yang cemerlang.

Any plan lepas exam? Sebelum ditanya dia dah minta izin..nak kerja kat bakery ummi Syaza during weekend dan cuti sekolah...
Boleh ke diizinkan?

Sunday, September 27, 2009

Hari Keluarga 2009;kisah suka, cerita duka

Hari Raya ke3. Pertemuan keluarga sebelah aruah bapa. Bapa dan adik beradiknya sudah pergi kepangkuan Allah. Tinggal kami penyambung waris. Kita ambil initiatif merapatkan lagi kasih sayang keluarga agar aur tetap bertaut tebing. Cerita detail di sini....
Pendaftaran...dan bayar yuran...Pakai nametag, Akim lekatkan nametag AmmerMakan...jamuan berselerakUsai solat zohor dan tahlil, ucapan selamat datang oleh pengerusi..Hj Abd Aziz, my cousin.
Sejarah keluarga oleh Hj Shamsuri ( Allahyarham)...Dia ni macam perpustakaan bergerak keluarga . Di majlis ini dia membuka cerita salasilah keturunan moyang kami. Ceria bercerita...baru kami tahu moyang kami Eja bin Aichik, pengembara dari Kembayat Negara ( negara kota Islam Champa) turun ke Negara Islam Pattani dan seterusnya membuka tanah di Kedah bersama empat bersaudara. Panjang kisahnya..Kami diam mendengar penuh minat dan termenung juga mengetahui alkisah cerita...bertaut dengan istana dan penghantaran bunga emas ke Siam dalam tahun 1830an...Oh..panjang susur galurnya... Kemudian ucapan wakil setiap keluarga, this is my brother, Hj Khalid.Kaunter hadiah sumbangan ahli keluarga kelolan Ku Min dan Laila; both are undergrad student ...Depa bagi tau saya last minute; nasib baik supermarket buka, sempat sumbangkan 3 buah jam dinding...


Sweet in their fifties...my sister with cousin sisters . Notice different colors off nametag? We have 6 colors to differentiate 6 families of Tok Taib's decendent.Cabutan bertuah bermula..belum habis dah hujan ..Hujan renyai, Shah, Hatta, Suria and me.. take cover under mango tree..!!!


makin lebat....duduk dlm khemah saja....My kids ( white shirt ) with their cousins.. kena tempias hujan dalam khemah..main hujan juga...
Me and my cousin's daughter Suria, perasan tak bentuk muka serupa, bujur sirih, lesung pipit dan dagu lekuk... with nieces Feza and Leha, lagi sibujur sirih berlesung pipit...also capturing Ammer and Akim
>
Tugas jurugambar tak mengira hujan dan panas...bravo Suhaila, Farhi, Lela..dan Ku Min pemegang payung...
lebat sungguh hujan sampai kawasan parking bertakung air...
Pesta tolak kereta..bukan sebiji dua malah semua kereta yg di parking kat tanah lapang. ...Sebiji kereta berjaya di naikkan, berderau sorak seiring takbir..

Meriah, mesra,sama-sama basah!!!
Esoknya....berita tersebar.. saudara tua kami Hj Shamsuri dimasukkan kehospital, dan meninggal dunia pada Khamis malam. Sudah sampai ajalnya..tidak dilambatkan atau dipercepatkan walau sesaat...
Mengiringnya ke tempat persemadian..

Mengaminkan talqin sambil muhasabah diri

Kasih saudara, selesai persemadian, masing sayang untuk meninggalkan dia bersendirian...Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Sementara hidup, biar kasih keluarga subur mencambah doa dan bahagia, dunia dan akhirat.

Thursday, September 24, 2009

Jalan-jalan Cari Cikgu, Kawan Lama...

Hakikatnya, memang sukar untuk kita melupai sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati. Dalam sibuk-sibuk meladeni kehendak famili, ipar duai, sepupu-sepapat, saudara mara, hati mmg terpanggil untuk mengulang kemanisan berhariraya zaman remaja dengan kawan-kawan lama. Setahun dua ini, bila saya dan bbrp org kawan-kawan kembali bersatu sekaligus membawa keluarga masing-masing untuk kenal mengenal dan pasangan masing-masing pun kini berkawan baik. Alhamdulillah.... bila seorang bersuara untuk beraya di rumah guru-guru, yang lain setuju saja. Dulu-dulu, masa tingkatan satu, kita naik bas pi beraya rumah cikgu!!Hari Raya Kedua kami berjanji berkonvoi dengan keluarga masing-masing. Tempat pertama ke rumah Cikgu Aiyub; seronoknya bertemu, lagi-lagi dengan Syah yang pulang beraya di Jitra tahun ini. Gamat rumah cikgu Aiyub; kelakar nya mmg original dan cikgu perturunkan ilmu perguruannya pula pada kami yang antaranya juga memegang profession perguruan. Lupa nak ambik gambar dek gamatnya suasana. Menu istimewa yang cikgu masak sendiri..laksa tanpa belacan dan tapai pulut! Meriah anak-anak dapat duit raya dari cikgu yang menyebut dirinya Tok Wan pada anak-anak kami. Dan giliran kami pula bagi duit raya pada cucu dan isteri cikgu. Semuga panjang umur, kita jumpa lagi..

Dari rumah cikgu Aiyub saya telefon Cikgu Ahmad Rakhli- harap-harap cikgu tak terkejut. Kami nak mai beraya rumah cikgu , berkonvoi ni...Walaupun dia bukan lagi guru la ni, cikgu tetap cikgu. Kebetulan Cikgu Rakhli buat open house...terkejut agaknya dia. Terdiam sekejap cikgu tengok anak murid berderet bawak suami, isteri dan anak-anak. Anak-anak pulak bukan kecil lagi, dah sama tinggi dengan mama-abah dah. Cepat-cepat cikgu sambung dua meja panjang macam kat kedai mamak! Cikgu Rakhli memang sporting habis - kelakar dia walaupun subjek ekonomi tu serius dan berat! Kami murid batch pertama bila cikgu grad dari USM. Tak puas rasanya bersembang dengan cikgu dan isteri tapi kami akur cikgu harus melayan tetamu lain juga. Anak-anak kami berbisik-bisik mencari anak cikgu pemain bolasepak terkenal tu, tapi dia balik rumah mertua!..Kesian Ammer, Ariff dan Muzaffar tak dapat jumpa Akmal. Cikgu kata, mai lagi malam nanti... Adahahahaha.. tak apa , ada rezeki tahun depan kita jumpa lagi, InsyaAllah..
That's us..Syah, yrs truely, Mahadi, Cikgu Ahmad Rakhli dan Dillah

Dari sana, kami teruskan perjalanan menghala ke utara lagi. Sahabat lama ni dah lama kami jejaki, dan dah berkali-kali "kena marah" dengan dia sebab kami tak ziarah dia. Kerap sangat sampai ketelinga kami..." ala..maklumla aku orang kampung, ngaji tak tinggi, kerja kampung, hampa mana ingat kat aku....".
Heyyyy...biso bonar! Dulu kami panggil dia Putat; kali ini saya teragak-agak jugak.. tak kan nak panggil dia nama tu lagi. Alah.. Putat is Putat la...kata Dilah. Mahadi ingatkan aku, nama dia Shukri! Dari jalanraya dia dah terlambai-lambai atas tebing permatang sawah. Masih macam dulu jugak walaupun ada sedikit uban. Biasa la kan, semuanya dah 40 carat plus! Kecik ati aku Putat tak cam aku lagi..huhuhu, padahal dalam telefon sembang macam nak rak! Syah dia masih kenal. Off course Dillah dia kenal sebab dah jumpa Dillah-Mahadi sebelum ni.. Agaklama dia diam, baru teringat "..ooohhh, Milah...mana samatua hang? Tu la dia, "The best of Putat ialah bahasa Kedah lama yang tak lekang disebut.. antaranya.. "nak kata gena"dan"samatua". Tak kering gusi kami bergelak ketawa dengan kelakar selamba tuan rumah. Walaupun lebih 25 tahun tak jumpa, rentak cerita lama bersulam kisah cerita keluarga masing-masing.
Muzaffar anak Dilah, Ammer, my hubby dan Anuar suami Syah khusyuk mendengar gebang Putat! Putat sempat memanggil seorang lagi classmate lama datang bertemu kami, Mokhtar, pemilik butik kecantikan datin-datin kat Alor Star...Itu Pak Andam berbaju belang pink tu...Hos kami yang malatop di depan "rumah kampung" di tepi sawah. Halaman luas dengan pokok bunga ros berbunga berselang pokok mempelam di keliling rumah. Hasni isteri Putat cukup sporting dan mesra sepadan melayan kami macam dah kenal lama. Terima kasih Hasni dan Putat menerima kunjungan kami. Hari Raya Ketiga, Dillah call, katanya confirm kita ke rumah cikgu Ismail hari ini. Cikgu jemput kita ke open house. OK. Kami bertemu di perkarangan IPDA. Semalam kami bertiga, hari ini berlima, dengan Putat juga, sekali dengan Diah yang balik dari rumah keluarga mertuanya di Taiping. Cikgu Ismail guru kelas kami waktu Tingkatan 5A1 manakala isteri nyaCikgu Fatimah guru BM yang comel tapi garang waktu kami Tingkatan Satu. Bila kami sampai, Cikgu Ismail riuh mengajak kami masuk. Bila kami perkenalkan anak-anak, terdiam sekejap cikgu menatap anak-anak kami satu persatu..Tak tau apa perasaan cikgu tengok anak-anak kami yang dah besar-besar...
Rupanya disebalh rumah cikgu Ismail, seorang classmate kami Rozita berjiran dengannya. Kalut cikgu Ismail call suruh Rozita datang, jadi dapat kami jumpa seorang kawan lama lagi. There we're..bertukar cerita!Alhamdulillah, waktu kami bergebang sakan tu encik-encik suami dapat kawan baru juga..tu my hubby Azhar dan suami Diah " bawa diri" kat bawah pokok buluh di tepi garden. Finally, gambar kenangan di ruamh Cikgu Ismail dan Cikgu Fatimah. Tengok gambar tu cikgu maintain comel jer, anak murid yang besar gedabak daaa...Apa rahsia cikgu...? ayaq masak! Yes, rahsia cikgu maintain segak comel ialah minum air masak! From men side: Putat, PakTam suami Diah, Hakimi anak Diah, my hubby kat belakang Mahadi, Cikgu Ismail, Cikgu Fatimah ,bertudung putih belakng tu Rozita, sebelahnya Syah, me , Dilah, Diah , Hasni dan anak Diah!

Terima kasih Cikgu. Tergelak kami bila cikgu Ismail jemput kami secar resmi untuk open house raya tahun depan. InsyaAllah..

kalau ada sumur di ladang

boleh kita menumpang mandi
kalaiu ada umur nan panjang
boleh kita berjumpa lagi

Next destination, rumah N. Kawan yang ni mmg dah lost contact tapi Putat bijak menjejak.

Rumah N macam rumah Putat jugak, banglo di pinggir sawah. Di sini, kami bertemu juga Shikin. Saya dah jumpa Shikin di Bangi April lepas.

Inilah kami, Aidilfitri ini menjejak kasih sahabat.
Mahadi, Shikin, DIah,Dilah, Milah, Syah, NoorHasnah, Putat.

Terima kasih sahabat.

Terima kasih suamiku, suami Diah, suami Syah, isteri Putat, suami Noor Hasnah yang sabar melayan kerenah kami.

Terima kasih anak-anak ; melihat mama dan ayah kembali meransang deria remaja dalam diri kami...Untuk Haikal anak Dilah-Mahadi di Kaherah, dan anak Shikin di Korea; semuga catatan kecil ini mampu menjamu rindu pada bunda-ayahanda.

Kami berpamit di sini. Syah akan balik Seremban petang nanti. Dilah dan Mahadi menjejak seorang lagi sahabat kami yang baru kehilangan anaknya dalam kemalangan Feb lalu dan saya perlu hadir ke Hari Keluarga. Putat dan Diah meneruskan misi mencari classmate kami yang tinggal di daerah ini. Semuga satu hari kami dapat realisasikan impian Cikgu Ismail mahu melihat sekali lagi anak-anak murid Tingkatan 5A1 didepan matanya. InsyaAllah.

Aidilfitri Tahun Ini

Salam kemenangan!!!Alhamdulillah, Ramadhan dengan pelbagai warna berlalu dan syawal ceria dirai. Kurang pulak bergambar kali ni, ntah, ralit dgn apa-apa ntah, lupa nak snap gambar pagi raya. Ada pun yang tak bertudung...kali ni tema kami pearl white, grey and black. Anak dara kami pakai tudung merah untuk serlahkan warna.. 2 hero kami waktu sessi salam-salam. Happy jer hero kecik tu kumpul angpow! This is me and KakNgah. Mana kakak ni....susah nak cari gambar Kakak.Dah sepagi kat rumah MIL, kami balik kampung saya. Tak jauh dlm 10 minit jer..Acara biasa la.. makan, salam, duit raya, gelak ketawa.Ajak my sister konvoi pi umah abang-abang. Meriah dengan cucu mereka..

Menjelang senja di laman rumah my second brother. Capture gambar sunset ni...Ini sawah bendang ya KakElle, bukan tepi laut tau...kemilau airnya sebab padi masih belum tumbuh...

Sesapa yang ikuti siri drama Wadi Unung kat TV3 mungkin perasan set ini kan...Taliair di permatang sawah.Sunsetting kat sawah.....waktu ni la berangan nak kamera canggih tu....:))

Malam raya, tak ada acara....letih dan tergolek kekenyangan...

Bersambung.....