Wednesday, November 11, 2009

Terkedu!

Terkedu 1:
Kami kenal lebih 10 tahun. Dari zaman anak daranya hingga kini anak sulungnya mencecah 12 tahun. Dia manis dan ceria. . Sepanjang waktu-waktu payah kami sama-sama tonggang-langgang. At least we have each other to say out our thoughts, frustations. Kami baru saja bertemu kembali. Dia masih seperti dulu, happy go lucky, cantik cergas macam anak dara. Satu hari dia mengomel pot pet pot pet, itu tak betul ini tak kena sepanjang masa aku memandu. Aku tau, itu bukan dirinya sebenar! Aku tau dia depress sangat. Sebelum turun kereta , aku toleh dan pandang mata dia yang dah merah. Aku pegang tangan dia. Lancar dia berkata. " Jamilah belum tahu kan, I am a single mother!" Aku blank!!! Bila? Kenapa? Dia membuka cerita semuanya; akhiri dengan ayat.. aku nak bunuh betina jalang itu! Aku terkedu!

Terkedu 2:
Hari ni agak lapang,sebelum balik buka junk email. Ada satu email beri tips untuk test samada lipstik yang di guna mengandungi lead/ plumbum. Hasilnya; keempat-empat batang lipstik/lip gloss yang ada dalam pouch mekap aku semuanya tunjukkan chemical reaction penanda adanya kandungan plumbum.Bye bye EA, Ch dan NM ! Terkedu lagi...
Cuba you all calitkan lipstik kat pangkal ibu jari ( tempat yg biasa kita test warna lipstik tu) kemudian gosok tempat tu dengan cincin emas. Kalau warna lipstik bertukar hitam, tandanya lipstik anda mengandungi lead/plumbum. ( ikut email tu la... ) Kawan sebelah test lipstik Kose dan Body Shop - ok pulak.

Terkedu 3:
Hubby call, pagi 26 Nov nanti tak dapat cuti - Maknanya cikAbang akan bekerja pada Hari Raya Aidil Adha....huuhuhhuuu

Terkedu 4:
Check on leave application. Permohonan cuti pada 25 Nov TIDAK DILULUSKAN. Oh no.. orang nak buaat persiapan raya tauu!!!Tak kira, aku ambik MC!

14 comments:

silversarina said...

Memang semua berita tu akan buat akak juga terkedu cuma no 3 tu kurang sikit terkedu sebab dah tau lama dah yang hubby akak memang tak dapat beraya dengan kami :(

pB said...

Salam Kak

Banyaknyer terkedunyer ...

pB doakan semuanya akan OK

ummu asiah said...

kakcik,

sakan nak beraya haji nampak...saya nak balik kedah sorang dengan anak-anak je..nak beraya rmh kakcik lah..saya nak makan kek sedap2...

cikMilah said...

kakRina, kecuali yang TERKEDU 1, yang lain tu boleh kow-tim! Kena lah merasa juga apa yang kawan-kawan rasa gi solat raya dengan anak-anak jer....

pB, kesian kawan akak tu...tapi Alhamdulillah, diapun jenis yang tough gets her going jugak...Hari ni dia ke Bandung bawa anak-anak bercuti....

Wow.. jom balik Alor Setaq!Kakcik and kids bertolak balik kampung sama waktu dengan Bangcik gi kerja pukul 7 pagi. One whole day kat kampung, mai la.. nanti kita calling-calling na...

IKHWANI said...

Life is full of surprises..semoga kawan cik Milah menghadapinya dengan tabah.

Mudah2an Allah tak uji kita dengan dugaan yang kita tak mampun nak tanggung..

thanx for the tips on the lipstick..nanti nak test tengok.

cuti raya haji?? kami cuti sat jer..

Kak Elle said...

mmg terkedu ke semua nya .... kesian plak mendenbgar terkedu pertama tu.

zura aini said...

wah...bersemangat nak raya haji, kita raya kat sini je..

simpati dengan kawan kakcik, saya pun pernah jumpa one lady yang very sweet, soft, terpaksa berpisah selepas cuba lalui kehidupan bertigo ni. sabar je lah.........

cikMilah said...

Salam OO, terlalu banyak suprises buat jantung ni rasa macam nak luruh!

Cuti 3 hari termasuk weekend. OK la tu...25/11 tu kan hari wukuf...nak la cuti dari kesibukan duniawi....

cikMilah said...

KakElle,doakan semuga dia tabah, 3 anaknya semua pada dia...

cikMilah said...

Zany, family sebelah kakcik raya haji lagi meriah, dengan kenduri korban bagai...nak la juga balut secupak dua ketupat, merendang seekor dua ayam.. membakar 3-4 biji kek...kan!

Sya said...

Cik Milah.. untuk menjadi single mom now tak kira cantik atau manis atau mcm anak dara.. semua boleh terjadi

maklang said...

nasib baik tak suka pakai lipstick..

kita raya kat sini aje, so tak payah amek cuti..

anyway, jangan terkedu banyak sangat tau...kang lain pulak jadik nya...take care!

arsaili said...

salam..kesian plak cik hubby tak dpt beraya ey...tape demi tugas tu ehehe

cikMilah said...

WOW!!! ML, susah nak jumpa orang tak suka pakai lipstik ni...jimat duit.. hehehe


Arsaili..tu la pasal.. tapi tak pa la.. dia masih boleh dapat pelepasan keluar gi tunaikan solat sunat Aidil Adha..