Tuesday, November 24, 2009

Tolong dan Tikam

Dah lama tak update sebab malas bercerita. Bukan tak ada cerita yang nak diceritakan tapi kekadang malas nak buat ceritakan cerita yang tak boleh dicerita! Kalau cerita namanya mengata. Dah namanya pun tak manis diceritakan, jadi duduk diam-diam. Tapi hari ni dah nak meletop pasal kisah ni. Saya tak kuat menanggung tikaman, dari membenkak, menanah memakan diri... nahhhh.. ini kisahnya.

Apa yang nak di ceritakan hari ini tentang kisah orang pompuan. Kisah kawan saya nan seorang ini sebijik macam saya. Dia pun serupa saya malas nak update sebab ada orang yang asyik ambil idea dia untuk majukan bisnes depa. Ni pasal pompuan yang buat bisnes dari rumah lah, apa lagi kan. Setiap kali dia update blog bisnes dia, ada saja yang meniru. Bukan setakat itu saja, diburukkan dari belakang lagi..kali ni tak nak cerita pasal cerita buruk tu, cuma pasal tolong dan tikam saja.

Selalunya kalau sesama buat home bisnes tak kira la cupcake ke, apa-apa ka.. kalau meniru idea tu, kita akan telefon atau sms pada orang yang kita tiru tu, minta izin atau sekadar berbasa basi... atau masukkan secara public dalam blog kita bahawa design atau resepi ini di ambil dari sumber mana. Lebih manis di ucapkan terimakasih pada orang yang mula-mula initiate design tu. Atau bagi la credit sikit kat kawan yang bagi resepi. Ini tidak....mana tak bengkak kawan saya ni. Dia berhabisan beribu-ribu ringgit pergi belajar, tapi pemberian dia atas dasar ikhlas berkawan dan sikap ingin "bersama kita maju" di pergunakan ke tahap maksimum untuk diri sendiri.

Macam terkena tikaman dari belakang dari seorang itu. Homebaker yang seorang ni.. punya la baik dengan kawan saya, selalu offer diri beri pertolongan nak bantu kat studio masakan kawan saya ni. Ingatkan ikhlas.. tapi drama bermula bila dia beri semua resepi kat orang tu. Bila dah dapat resepi....setiap kali minta tolong ; orang tu dah tak nak tolong lagi. Contohnya, kawan saya buat kelas cupcake dan dia perlukan 200 biji cupcake. Kawan ni akan minta orang tu "tolong" buatkan cupcake sebagai persediaan kelas dan dia bayar $1.00 untuk setiap biji pada orang yang menolong buat cupcake itu. Kemudian orang itu akan tolong dia kendalikan kelas itu. Bukan tolong mengajar, cuma tolong siapkan perkakas, menimbang dll dan dibayar lagi
Begitulah ikhlas nya; niatnya mahu menolong supaya sama-sama maju dan sama-sama berjaya. Sekarang bila dah dapat resepi dan tip secara percuma, menoleh pun tidak lagi...Sah! Orang yang memberi pertolongan berbayar itu sebenarnya menghirup kemanisan percuma, berbekal lidah yang tak bertulang!

Begitula resamnya kan.. berkawan dan berbaik sebab ada udang di sebalik batu. Bukan sekali perkara begini terjadi pada dia. Juga pada saya dan beberapa orang lagi homebaker. Sekarang kami sama-sama bengang! Bagaimana mahu kekalkan niat ikhlas dan berbaik sangka kalau ditikam dari belakang?

7 comments:

zura aini said...

rambut sama hitam, hati lain-lain kakcik. nak jumpa org yang ada sifat malu, memang payah di zaman sekarang ni. kita masuk "U" pun berbayarkan, depa nak percuma.

kawan saya pernah buat bisnes, kosmetik, modal banyak, income pun banyak, ada ke patut, assistant yang keje di saloon/outlet dia, ambik barang dari stokis lain (dapatlah komisyen, tidak keje dia makan gaji saja), then brg kawan saya di kedai sendiri tak luak2. Padahal product sedang top masa tu. Maknanya ramai org tak mengenang budi sekarang ni.

cikMilah said...

zany, berkat ke rezeki macam tu kan....

silversarina said...

macam2 kisahnya .bukan mudah nak cekal dalam bisnes sebab ada je 'hantu' yang suka hisap darah tak kira darah siapa .Apa yang penting kita tetap utamakan semua yang kita lakukan adalah amanah dari Tuhan Yang Maha Esa.

Kak Elle said...

milah dlm dunia ni ibarat sape cepat dia dapat tak kira dr mana ilmu tu datang....menikam kawan sendiri mmg lah banyak dlm dunia ni....betul walau pun sekecik ibu jari kalau kita nak meniru mesti kena minta pendahuluan dr pihak yg mencipta:)

Nur said...

Kak..

Salam rindu dari saya.

Inilah ujian kita kak, kerana ujian itu sangat berbeza. Untuk mengikhlaskan hati jua satu perjuangan yang maha perit, tapi, Cinta-Nya menuntut seribu pengorbanan.

Semoga segala pengorbanan akak di balasi Allah swt dengan selebih2nya 700 kali ganda, di dunia dan di akhirat.

Semoga kita selamat menjalani segala fitnah di dunia, dan berkumpul bersama2 di akhirat!

Salam sayang.

cikMilah said...

Thanks for the reminder KakRina. Ya amanah..terlalu besar dugaan menjaganya.

Abang Long said...

Sebenarnya ada satu undang - undang yang kita sendiri tidak begitu arif. Iaitu - Undang - undang HAK MILIK PATEN. Dinegara barat dan negara maju, rakyatnya mendapat hak sewajarnya dalam perkara ini