Hari Raya ke3. Pertemuan keluarga sebelah aruah bapa. Bapa dan adik beradiknya sudah pergi kepangkuan Allah. Tinggal kami penyambung waris. Kita ambil initiatif merapatkan lagi kasih sayang keluarga agar aur tetap bertaut tebing. Cerita detail di sini....
Pendaftaran...dan bayar yuran...Pakai nametag, Akim lekatkan nametag AmmerMakan...jamuan berselerakUsai solat zohor dan tahlil, ucapan selamat datang oleh pengerusi..Hj Abd Aziz, my cousin.
Sejarah keluarga oleh Hj Shamsuri ( Allahyarham)...Dia ni macam perpustakaan bergerak keluarga . Di majlis ini dia membuka cerita salasilah keturunan moyang kami. Ceria bercerita...baru kami tahu moyang kami Eja bin Aichik, pengembara dari Kembayat Negara ( negara kota Islam Champa) turun ke Negara Islam Pattani dan seterusnya membuka tanah di Kedah bersama empat bersaudara. Panjang kisahnya..Kami diam mendengar penuh minat dan termenung juga mengetahui alkisah cerita...bertaut dengan istana dan penghantaran bunga emas ke Siam dalam tahun 1830an...Oh..panjang susur galurnya... Kemudian ucapan wakil setiap keluarga, this is my brother, Hj Khalid.Kaunter hadiah sumbangan ahli keluarga kelolan Ku Min dan Laila; both are undergrad student ...Depa bagi tau saya last minute; nasib baik supermarket buka, sempat sumbangkan 3 buah jam dinding...
Sweet in their fifties...my sister with cousin sisters . Notice different colors off nametag? We have 6 colors to differentiate 6 families of Tok Taib's decendent.Cabutan bertuah bermula..belum habis dah hujan ..Hujan renyai, Shah, Hatta, Suria and me.. take cover under mango tree..!!!
Me and my cousin's daughter Suria, perasan tak bentuk muka serupa, bujur sirih, lesung pipit dan dagu lekuk... with nieces Feza and Leha, lagi sibujur sirih berlesung pipit...also capturing Ammer and Akim>
Pesta tolak kereta..bukan sebiji dua malah semua kereta yg di parking kat tanah lapang. ...Sebiji kereta berjaya di naikkan, berderau sorak seiring takbir..
15 comments:
thanks maksu!!
love you!
Bestnya Cik Milah mengetahui susur galur keluarga.. sya ni kebanyakan org tua dah tak de. Yg ada cuma bapak.. yg lebih tua kebanyakan dah lupa..
Berkumpul ramai2 memang meriah.. and paling mahal bab lesung pipit n dagu lekuk tu
Happynya akak baca kisah family day ni, bilalah dapat merasa macam yang cikmilah rasa...bila sampai bahagian bawah terasa sebak....apakan daya kita hanya sementara di bumi Allah ini.AlFatihah buat arwah ustaz .
Salam..Menyusuri perjalanan himpunan keluarga tok taib eja, terkenang kepada kemesraan yang menipis, walau kenangan itu masih menebal.Riuh Tok Wa Jab, suara merdu Tok Chik Bayah, kemesraan Tok Ngang Basah, restu Tok SU Choh dan
kasih sayang serta cinta nenekandaku To Merah, membentuk diri ini menjadi cekal meneruskan perjuangan.
You're welcome my dear sweetie Lela...love u to...
Lela.. love you too, three...hahaha
Alhamdulillah..Sya, klau rajin bertanya dan bertemu muka,InsyaAllah akan terhurai banyak cerita.
Mula-mula mmg tak kisah pun pasal lesung pipit dagu lekuk tu. Tapi bila dibelek-bellek gambar dan muka,baru perasan..macam trademark pulak..hehe
KakRina,saya rasakan, family kakRina kalau di himpunkan, tentu meriah juga..
Mmg betul.. kisah keluarga tahun ni macam drama..bakal dikenang dalam doa. Aruah memang tinggi ilmunya.. AlFatihah..
Dzul,( it is you?)
Sebak makcik baca komen ni...rindu dengan kasihsayang meraka...semuga lapang kubur mereka, semuga roh mereka tenang..AlFatihah.Jom kita sinambungkan semuanya, untuk anak-anak di bawah kita.
Sesungguhnya mereka perintis dan kita generasi pewaris yang perlu melakar kisah kasih sayang mereka yang tidak pernah layu. Restu doa mereka terlalu teguh dan afdhal.Dah masuk 28 tahun menyarung uniform atas semangat kembara mereka.Mereka senantiasa di hati.Tahlil dan doa tidak pernah putus buat mereka. Siapalah kita tanpa mereka! Dzul
Siapa yang tidak merindui mereka..Ajaran doa To Wa menjadi hafalan dan peneman. Petua Tok Su ttg kehidupan menjadi pegangan.Nasihat Tok Chik ttg ayat-ayat Quran tertentu menjadi obor kehidupan. Nasib baik sempat mengenali dan berada di bawah ketiak mereka..Sejuklah mereka di sana dengan titipan doa cucunda..Amen
Salam Syawal. Lengkap cerita di entri kali ini.
Tolong jawab soalan ini. APAKAH KUIH ATAU JUADAH YANG PALING DISUKAI SETIAP LEBARAN ?
TERIMA KASIH :)
..salam...
sedih rasanya baca blog cik milah nih...menarik sgt..start baca mula2 mmg senyum sorang jap...tiba2 baca pasal long mud..terus sedih...air mata bertakung je...rasa mcm semlm berjumpa tp allah lebih sayang kan dia...alfatihah...
Cik Milah...bila dah berkumpul...ramainya sampai kena pakai name tag...hehehe...Mesti seronok kan?
Al-Fatihah buat Hj Shamsuri...semoga rohnya dicucuri rahmat.
seronokkan dapat kumpul ramai-ramai.Akak, saya dah pos souvenir tu.hopefully selamat sampai...
Post a Comment