Ubat oh ubat!!!!
Kami bertolak selepas zohor dan tiba 2 jam kemudian. Seperti biasa kami pulang ke rumah MIL. Sebaik tiba, bersinsing lengan lah.. apa lagi...Lewat petang dekat nak buka puasa baru tau KakNgah tak bawa ubat batuk! Sengih-sengih saja dia- cari pasal tak nak makan ubat yang dia mmg tak suka sangat-sangat tu... padahal dia masih terkekeh batuk dan ubat tu mmg kena habiskan semua dosnya. Mana nak cari ubat tu di farmasi petang menjelang raya ni..? Saya cuba tanya seseorang kalau-kalau boleh dapat ubat tu dari kaunter hospital; tapi katanya ubat ILI ni special release dan tak mudah dapat gitu-gitu saja. Kat sumber itu lagi ubat-ubat tu tak ada dijual pun dalam pasaran. Ya Allah... mencabar kesabaran sungguh!
Habih camno? Balik rumah ambik ubat!!! Terdiam mak mertua dan suami bila saya cakap nak balik semula ambik ubat KakNgah! Ya lah.. ada berani mau ambik risiko tak habiskan ubat ni? Suami tengah bersilat dengan daging, biarlah dia masak dengan MIL! Dia keletihan, lepas balik kerja terus memandu balik kampung dan sekarang memasak lagi. Biar saya jer yang drive balik..lagipun sepanjang jalan balik tadi saya dah tidur.
Saya sambar sebotol air mineral dan bismilllahi tawakkal hu a'lallahu....pecut jer sepanjang lebuhraya. Lengang dari Hutan Kampung hingga Bertam. Ngeri juga waktu lalui SP Utara tempat kemalangan/kebakaran minggu lepas sebab kesan divider yang rosak dan kesan-kesan kebakaran masih ada. Nauzubillah....Bila takbir raya di putar di radio, airmata saya mengalir laju...macam-macam perasaan timbul. Entah marah ke, sedih ke, kesian ke. geram ke...! Lalui Mesjid Batu, takbir semarak syawal.. sayu dan sedih rasanya.. sunyi sangat rasa diri berkelana pada malam raya gini...
Alhamdulillah, sampai rumah dan capai apa yang patut!
Perjalanan balik tak mudah. Dah terbiasa tidur selepas maghrib, pemanduan waktu ini amat payah... melawan ngantuk dengan segala alat apa yang ada! Lepasi tol Hutan Kampung pada jam 9.36malam. Saya pull over dan tidur. ( padahal boleh teruskan dan sampai rumah dalam masa kurang dari 15 minit!) Tapi saya mmg tak tahan, dah mengantuk yang teramat sangat. Bila sedar dah pukul 10.16! Baru cerah mata! Sampai rumah, semua dah siap dimasak oleh suami dam mak mertua.
Sunday, September 20, 2009
Sibuk-sibuk nak raya 2
Posted by cikMilah at 9/20/2009 05:20:00 PM
Labels: Satu Hari di Hari Raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment