Sunday, September 6, 2009

Cabaran Kukis Raya

Alhamdulillah. Banyak yang saya pelajari dari projek tahun lepas, jadi tahun ini lebih terurus. Saya hadkan jumlah tahun ini dan tidak edarkan sample seperti sebelumnya. Hanya repeat order dari pelanggan terdahulu dan sedikit free stok kalau-kalau ada yang berminat. Kalau ikutkan, sudah lebih 90% siap. Hari Nuzul Quran saya plan sehari untuk packing and labelling dan pos untuk tempahan orang jauh minggu ini. Kalau tak siap tunggu next weekend siapkan dan saya akan ambikl sehari cuti boleh deliver ke rumah-rumah kawasan sekitar dan ejen-ejen di kilang-kilang Prai dan Kulim. Semuga ia lancar.. doakan ya...
Saya hanya merancang, tapi Allah telah buka satu peluang yang lebih baik.
Saya didatangi seorang staff yang agak senior. Dia minta saya beri sample untuk dia jualkan. Dia dengar saya jual cookies saya dr bossnya. ( Sebelum puasa tu mmg saya dok chit-chat dgn boss dia dan Encik boss ni minta sample - saya bagi satu tuppaware untuk dia bawa balik )
" Pasal komisyen , KakIta ( bukan nama asal) tak kisah, asalkan Milah bagi sikit kuih untuk KakIta bagi anak-anak makan raya ni."
" Ehhhh, apa pulak, saya mmg bagi 20% komisyen untuk ejen saya dan pada akak pun saya bagi 20% jugak macam ejen lain jugak. Nanti pun saya akan bagi sebekas dua kuih pilihan ejen bila depa serah kutipan nanti."
( Saya mmg blur sket sbb tak tahu hujung pangkal tujuan akak sorang ni)
"Tak apa, KakIta cuma nak bagi ada kuih untuk raya atas meja tahun ni, nak bagi anak-anak makan. KakIta mmg tak mampu buat sbb barang mahal. Nak beli pun tak mampu, so kira KakIta ambik komisyen dalam bentuk kuih saja pun dah cukup."
Katanya lagi..anak-anak cuma tahu ada kuih dan baju raya. KakIta tak mahu anak-anak tahu susah kita. Kakak tak mahu pelajaran anak-anak tergangggu, depa nak ambik PMR dan SPM ni.
Raya ni depa dah mula tanya mak buat kuih apa...tu yang akak sedih dengan sbb akak tak ada bajet untuk kuih raya tahun ni. Tak cukup wang. So kalau bagi komisyen pun tak apa - atau bagi jer kuih pun tak apa.
Nak menitik airmata dengar rintihan ibu ini. Saya tak pernah tahu susah hidup dia sebab dia seorang kerani yang ceria, kelakar dan di senangi semua orang. Suaminya diberhentikan kerja kerana kilang tutup dan sekarang bekerja rencam sebagai pemandu lori.
Saya dapat rasakan, sebenarnya dia malu. Katanya sejak awal puasa dia berkira-kira nak bercakap dengan saya tapi dia segan membuka bicara. Pada saya sebenarnya tak ada apa yang nak dimalukan. Tapi ya, kita tidak berada ditempat dia, mungkin kita tak dapat merasai perasaan sebenar.Hari itu, dia membuang jauh-jauh malu dan segan demi anak-anak, asalkan dapat memberi suapan pada anak-anak dan menjaga hati mereka. Seperti ibu lain dia mahu anak-anak bergembira.Untuk itu dia sanggup buat apa saja demi mencari yang halal dan baik untuk keluarga. Tapi akak seorang ni belum terlambat. Saya bagi dia sample pada 1 Sept, kelmarin 4 Sept dia datang melenggang kangkung dengan senyum meleret..ohhh.. not bad!
Saya tanya dia, macamana boleh dapat banyak sales dalam masa tak sampai seminggu ni...
"...aaaahhhh, aku pi paksa semua engineer yang aku jaga tu, beli kuih KakIta.. kalau tidaaaakkk!!!hahahaaha. Lagipun depa dah rasa kuih Milah hari tu.. boss bagi kami rasa..."

Amboi, dah boleh gelak besar akak sorang ni! Alhamdulillah, apalah lagi yang lebih menggembirakan dari memberi kegembiraan pada orang lain...
Dek keramahanya, lebih 50 kotak dia dapat jual dan itulah tambahan 2500biji kuih yang saya mula buat hari ini....dan esok.. InsyaAllah.

Stop. Salam. Nak start operasi.

10 comments:

Kak Elle said...

alhamdulillah cookies berjalan lancar nampak...bolih pos kat Sg 2-3 jenis tak?saya mmg tak buat no oven malas nak repair...

cikMilah said...

Insyaallah kak. I had find a way.It wil go by KTM express...will use school address ya!

zura aini said...

tabik kakcik, macam mana boleh buat sebanyak tu, saya seadunan pun dah longlai, leceh kerja ni

Kak Elle said...

milah..

betul ke?mcm tak percaya saya:)
tahnk u in advance...IOU

parcel rina wanmommy sent dah almost sebulan tak sampai2 lagi takut kena hijack aje..sayang benda2 tu.

silversarina said...

Wah, bertambah order kuih, kalau akak memang awal2 dah pengsan .. Alhamdulillah cikmilah dapat membantu KakIta .

Mimiamilia said...

nak cookies... :D ada stock tak untuk saya beli bila jumpa nanti..

cikMilah said...

KakElle, InsyaAllah, we hope it work with KTM Express this time..

cikMilah said...

Zany & KakRina, this yr ada assistant,cepat sikit kerjanya. Lagipun dah 2 weekend kita ada 3 days off...so ada masa lebih sikit.

Ya lah.. puas hati tengok muka "KakIta" berseri-seri happy. Alhmdulillah...

cikMilah said...

Mimi, awak nak samperit yeerrr...InsyaAllah, I will bring few to choose:)

Nur said...

kakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk,

salammmmmmmmmmmmmmmm, adoi, posa2 nih baca pasal cookies akak memang tergoda..bleh tempah lagik ke kak? hehehheheh....sample katne...blur la plak...

alhamdulillah, akak memang baik, semulia hati akak, moga Allah swt merahmati akak, dan melindungi akak dari api neraka-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya!