Monday, October 12, 2009

Alahai Kakak....

Nampak dia panik seminggu sebelum selepas raya, tapi kita diam saja. Tak nak bagi dia stress. Sebenarnya mak dia yang gundah gulana, lebih dari dia kot..Tapi kita tak lah tunjuk. Pagi masa exam start tu dia broke into tears sebelum masuk dewan. Alahai...takut la tu. Sekejap saja, lepas peluk cium dan hembus ayat Quran ke telinga, Ok nampaknya...
Kesian kan, tengok anak tengah exam.! Kita yang risau kalau dia tak pengang buku..Bbrp kali dia sebut.. nak rest jap la Mama...
Ni dia waktu visit Adik pada hari Ahad. Adik call berkali-kali minta Kakak datang..Sebeban buku dia bawak..dan dia tak kesaorangan.. semua calon exam yang duduk santai dengan keluarga kat tepi padang tu tak buang masa. Belajar. Kakak buat excercise matematik. Biasa la kan.. musim exam...
Pulun jangan tak pulun!!! kakNgah tengok Ammer main control car....
Purposely bawak mainan dia.. kalau tak, nak mengendeng Kakak jer kerjanya...

Hari ni agak berat. Kertas matematik dan sejarah yan gamat digeruni Kakak. Semuga dapat menjawab dengan tenang dan tepat. Esok kertas PD sebelah pagi.. lepas tu.. yahooooooooo.. lambung beg!!!! Semuga Kakak dan semu aanak-anak yang menduduki PMR akan beroleh kejayaan yang cemerlang.

Any plan lepas exam? Sebelum ditanya dia dah minta izin..nak kerja kat bakery ummi Syaza during weekend dan cuti sekolah...
Boleh ke diizinkan?

13 comments:

Nur said...

Salam Kak,

Rindu kat akak, masa on the way to UUM hari tuh ingat nak singgah jumpa akak ngan ummi arwah 'Ammar, tapi apakan daya, tidak diizinkan Allah swt, takper kak, selesai urusan saya disini, kita jalinkan ukhuwah lebih mantap..

Sampaikan salam cinta dan hormat pada Ummu Asiah, anak akak sebijik saya, selalu jer nangis2 masa nak exams, alhamdulillah, moga Kakak berjaya hingga ke syurga...

:D

Mulan said...

moga semua berjaya dgn cemerlang..

Kak Ezza@makcik Blogger said...

cikmilah,
lepas exam ni tak payah kerja lah...suruh dia jadi manager rumah pulak....biar anak anak ni belajar mengurus rumah dan menjaga adik bila mama dan papa bekerja...

there goes my 2 sen idea laa

silversarina said...

Memang anak2 stress sebab exam besar, akak pesan kat izzat buat exam macam buat kats ekolah supaya kurang nervousnya (izzat ambik exam di sekolah lain )... tak pe nak habis dah esok, izzat ada kemahiran hidup dan bahasa arab esok, lepas tu dia kata rabu dan khamis tak nak ke sekolah :)

InsyaAllah kakak cemerlang .Amin.

Kak Elle said...

kalau mama tak izinkan biar aunty bagi the green light..hehe... its good milah for her to work then she'll know how hard it is to earn for a living.

zura aini said...

semoga cemerlang, betul tu kakcik, mak ni akan rasa lebih risau, anak saya masuk darjah satu, nak exam , saya dah takut, inikan pula PMR.

Unknown said...

semoga berjaya....!

kasih ibu, di mana2, sentiasa!

arsaili said...

salam eid ..moga cemerlang dan dipermudahkan

aNIe said...

Semoga anak2 kita akan beroleh kejayaan cemerlang ye cik milah...nak menanti result ni lagi satu masa yang menyeksakan...

cikMilah said...

Nur, rindu kamu jugak!. Mungkin nanti kita kan bertemu jua dlm susana yg lebih baik...InsyaAllah.
Oh.. nangis jugak ka?

cikMilah said...

Tks Mulan

KaEzza, dok fikirkan macam tu jugak..Kalu nak bagi pun , kasi dia kerja 2 hari weekend jer..

hahaha, Alia will certainly loves you very much KakElle!!!

Zany.. sbb mak dah pernah exam!!!

Just me, thanks for dropping by. Mak cuma nakkan yang terbaik untuk masadepan anak..

cikMilah said...

Arsaili, oh, Arsaili mai! thanks. Salam penghujung syawal. HOw's yr eid?

cikMilah said...

Betui tu kak Anie, nak tunggu result ni satu hal lagi...jom enjoy OH dulu.. kita sambung lagi pasai senak perut tunggu result hujung tahun ni...