Hingga pagi semalam saya belum dapat idea nak satukan coklat dan bear dalam satu package hadiah sempena konvokesyen. Tiba-tiba Joanne telefon minta dihantar 2 kotak coklat ke kedainya, saya pun tanya pendapat dia sebab Joaane ni mmg kreatif, pemilik florist di Juru Autocity. Kami jadi kawan bila saya selalu singgah kedai dia selepas makan tengahari, Singgahlah selalu, jemputnya, you can enjoy the smell and my art. Kedai Joane mmg wangi sekali. Lama-lama minta dia saya ajar bercakap dalam BM. Baru-baru ni Joanne mula guna coklat homemade saya dalam package hadiah yang ditempah dari kedainya.
"Wa BM very telok"
" See, see.. you can say VERY in English with proper R , why you in BM terok jadi telok" ! Saya mmg suka sakat dia.
Ala biasala.. sbb tu mau belajar sama you.... Joane bersekolah rendah JKC, sekolah menengah di Jit Sin private, result bagus tapi BM dapat 7 jadi tak dapat masuk U tempatan. Zaman kita dulu mana ada IPTS macam la ni Kemudian papa mama dia hantar ke Kent State U dan mula berkawan dengan orang Melayu waktu di Ohio. Sekarang ni dia makin giat belajar cakap Melayu sebab malu dengan anaknya yang lebih fasih.
ehh dah melalut pulak ah
Berbalik pada kisah bear dan coklat tu..
Joan cakap...
"You cali laga buroh, letak bear dalam, kasi macam pegang itu kotak, wrap saja and kasi riben atas"
"laga buroh...apa tu Jo.."?
"ata itu basket mah...bakul lotan aaar"
"Adoi.. lorat nya MakNya ni,raga buluh la.."
"ahhhaaa. ha ha.. betul-betul.."
Sakit kerut ketawa dgn Joanne pagi tu. Puas nak ajar dia sebut berulang-ulang, raga buluh, bakul rotan, bakul buluh, raga rotan..
Dah siap saya mms dia..
12 comments:
cutenya CikMilah..
haiiyaaa...manyak catik woorrr...
tapikan cik Milah kalau tak payah wrap dengan plastik pun cantik jugak, just ikat riben kat tangkai bakul tu..
Akak setuju dengan laracroft74, kalau tak wrap dengan plastik lagi nampak seni and cute.
Macam ni kena beli manyak laga buloh lah...hehehe.
Zlaa.. bear tu yang cute, cikMilah biasa jerr... hahahaha
Lara..mmg la tak wrap lagi terserlah, tapi mmandangkan depa bak bawak pi kat pesta konvo tu, tak wrap karang tebarai pulak brg dalam tu..
Eh , kena wrap kakRina...., karang coklat tu kena cuplik.. hahaha.
Tks for the compliments.
must be a better way Milah...so tak payah wrap.
KAkElle,tha ks for the comment, tapi barang tu nak dibawa travel jauh....it has to be wrapped unless it's a short distance journey.:)
memang kena wrap. dari penang ke tronoh, then ke kajang pastu bangi pulak. kalau x dah hancur tgh jalan. x pun dah hilang masa tgh transit tu. ni pun cair habis dah sebab tronoh panas sangat.
tq sangat2 maksu.
hehe
=)
salam cik milah, wah, cantik sungguh buah tangan cik milah, kita dekat2 je, boleh la tempah nanti
Fiezs,mamam jer sebelum cair.. hahahaha
Salam Ilah, terimakasih sudi bertangdang.
InsyaAllah, boleh kita usahakan.. malah kalau Ilah nak belajar buat sendiri pun boleh...
Post a Comment