Saya melalui 2 round-about untuk keluar masuk setiap hari. Malah berkali-kali dalam sehari. Melingkungi round-about tak dapat nak dielakkan, walau dari arah mana saya datang, dari Butterworth-Kulim Highway, dari HighWay Timur Barat, dari BM, malah dari mana hala pun kena lalui roundabout Bukit Tengah dan roundabout Seberang Jaya. Kedua-dua roundabout ini memang sibuk, siap ada jejantas, malah jejantas bertingkat, tapi SELALUNYA, perjalanan lancar.
Round-about Bukit Tengah Bukit Tengah ada 5 cabang, memang sibuk dan kita perlu berhati-hati sebab tak ada traffic light. Mungkin sebab semua orang begitu berhati-hati, jarang sangat accident kat sini. Setiap hari bekerja sebelum pukul 7.45pagi ada polis mengawal traffic. Acapkali polis berdiri saya di tepi jalan, dengan muka garang di sebelah white horse-nya, dan biarkan lalulintas berlalu free-flow dan SELALUNYA, tak ada jem /jam ( eh, macamana nak eja ya). Ya la semua orang pun mana suka nak buat kesalahan lalu lintas kannn... Lagipun gerun gak tengok encik polis tu, memang berwibawa. Tapi kalau ada encik polis tu rajin,berdiri kat tengah jalan buat giliran kawalan lalu lintas,sah binti konfem, jammed dan kena tunggu giliran dari 10 hingga 15 minit untuk lepasi bulatan besar tu. Kami dari arah UiTM/Politeknik tersenguk-sengguk dari depan SIRIM hingga ke round-about. Encik polis mungkin tak sedar sebab dalam arah pandang dia di sekitar roundabout tu semua licin teratur, tapi traffic dari semua aliran ni dah berbatu-batu jammed kat belakang.
Di round-about Seberang Jaya pun tak ada masalah dalam waktu-waktu biasa. Memang alitan trafik sentiasa padat di sini tapi dengan traffic light semua teratur saja. Kalau kenderaan bersusun panjang pun sebab tunggu lampu merah. Dalam masa 2-3 minit dah clear dah.
Masalah saya ( saya sorang ka?) la ni..dalam waktu terkini, dalam musim pilihanraya DUN Permatang Pasir ini ialah sebab RAMAI,yakni lebih dari 3 orang polis berkawal dekat kedua-dua roundabout ini. Bukan pilihanraya kali ini saja, malah yang sebelum ini jugak. Kawasan saya ni dah almaklum, kan kawasan panas yang sentiasa menggelegak,sebab tempat lain cuma sekali voting , kami dah nak masuk empat dah ni.. (rekod utk yang dok wonder awatlah banyak sangat pilihanraya kat sini; pilihanraya umum Mac 2008; kemudidan pilihanraya masa KakWan letak jawatan; kemudian masa Fairus letak jawatan, dan ini kali pulak...)
Setiap musim pilihanraya, encik-encik polis memang lebih banyak dari biasa. Dah tugas depa jaga keselamatan kan, tapi yang peliknya, traffic jam la pulak kat roundabout yang mereka kawal rapi tuu.. bukan sikit-sikit wei, satu roundabout dari 5 hingga 15 minit X 2 roundabout, dekat 1/2 jam masa chek terbang...Lepas saja dari roundabout Seberang Jaya, masing-masing pecut macam mafia. Hadlaju 90 kat BKE kami tak nampak dah...berdesup jer. Dah la kami kena tol kat Penanti dan Lunas lagi..queue lagi... smart tag pun queue, apalagi Touch N GO dan TUNAI...Minggu ni, clock in lewat jer.. bukan seorang, ramai-ramai lewat sambil tergelak sesama sendiri.
Kami kat manufacturing ni, bab lewat masuk ni, amatlah sensitif. Nak salahkan siapa.. huhuhu....kena awalkan 30 minit waktu keluar pagi-pagi, baru boleh on-time.
30 minit.. banyak benda boleh di buat kat rumah tu.....
Thursday, August 20, 2009
Awat la pulakkkk?
Posted by cikMilah at 8/20/2009 05:50:00 AM
Labels: Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Selagi tak habis p/raya nampaknya memang kena keluar awal lah cikmilah .... kiranya nanti dalam bulan Ramadan lepas sahur terus subuh dan terus ke tempat kerja... semoga beroleh kekuatan di bulan yang mulia InsyaAllah.
sbb sy penah lalu jalan2 tu smua jd sy boleh imagine sgt2 apa mslh kak cik tu hehe..
mmg leceh kene kuar rumah lebih awal (stgh jam pulak tu) pdhl masa tu boleh diabiskan dgn menonton MHI ataupun menyiram pokok2 bunga (jika ada) hehe
Post a Comment