Wednesday, August 5, 2009

Salam Nisfu Syaaban

Detik dan waktu sudah di tandakan. Malam nisfu syaaban mengulang agenda bagi kita yang amhu merebut kasihsayang Allah

---petikan email ..semuga sama-sama kita mendapat menfaat.

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada 05 August 2009 (selepas maghrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x2. Membaca Yasin 3xi)
Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah)
Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah)
Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Semoga, kita termasuk dalam hamba-hamba-Nya yang tidak menyia-nyiakan kesempatan ini, dengan memberikan yang terbaik dari diri kita untuk mengabdi pada-Nya, khususnya pada malam-malam dan kesempatan yang Ia Ta'ala muliakan. Aamiin ya Rabbal 'Aalamiin.

8 comments:

Neeza Shahril said...

macam mana lah rupa buku neeza yang akan naik hari ni... takut lah pulak rasanya..
semoga ianya penuh dengan amalan baik lah kan.. Ameen...

Nong said...

Semoga mendapat pengampunan dariNya. And we pray for good health and abundance of wealth, insyaAllah.

Esuk catatan amalan (or otherwise) akan dibuat dalam buku baru!

Abang Long said...

Anak Abang long sedah 'melepek' ...

Mereka bersemangat berpuasa ...

Alhamdulillah ...

cikMilah said...

Ja,
memandang hari lalu dengan sayu, berapa banyak bekal kita ya...Semuga tahun ini kita semakin mantop!!!

cikMilah said...

Salam KakNong.. Aminn.,. amin..
Gerun juga dengan diari baru ini...Semuga Allah ampun kan kita

cikMilah said...

Alhamdulillah.. Abang Long, semuga tersemai iman nan kental. Kesiannn letih ya anak sedara cikMilah tu. Keep it up ya, nanti cikMilah upah coklat...tungguuuuu.....

en_me said...

me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. salamm akak jamilah itteww

Mulan said...

thanx for sharing sis.. moga kita diterangkan hati, dikuatkan iman selamanya..