Friday, June 13, 2008

Phew...it's weekend!

Minggu ini cuma 4 hari bekerja tapi amat panjang terasa. Macam-macam masalah timbul di pejabat, menuntut tenaga dan daya. Alhamdulillah, sekusut-kusut benang terlerai juga bila di lembar satu persatu...Hari Khamis hari tu, kalau di ikut hati saya malas berganjak. Mahu duduk sahaja selesaikan kerja. Kalau siap esok hari Jumaat relax la sikit...Tak pergi nanti apa pulak kata penganjur sebab dah register, nak pergi rasa malas pulak . Nak cari pengganti, bos cakap "you pergilahhh, learn something...". Oklah..pukul 2.30 saya tutup buku dan ke Su3*@y Hotel ada seminar pengenalan produk baru. Sampai dua minit sebelum MC naik pentas! Orang agak ramai. Tetamu dari jabatan kerajaan pun ada. Saya cuma tadah telinga dan jamu mata. Duduk di antara orang-orang yang saya rasa tak akan menegur saya...berat mulut nak berbual hari ini! Boringnya tengok slide dan demo...Agaknya penganjur tahu mata masing-masing dah berat, mereka adakan kuiz sebagai selingan. Siapa cepat jawab dia dapat hadiah. Soalan berkisar pada inti ucapan mereka. Nasib baik lah tak lena terus tadi.. dapat juga menjawab dan diberi hadiah kecil! Thumb drive dalam bentuk gelang tangan, nak panggil apa ya..wristband drive?
Hujung minggu ni tak ada banyak plan.. Cuma esok hari Sabtu ada jemputan kahwin kat rumah Mama Ani untuk perkahwinan Abang Ngah. Mama Ani ni pengasuh anak-anak saya sejak mereka baby sampai masuk sekolah. Mama Ani minta berhenti bila dia nak ke Mekah dan kemudian dapat cucu. Walaupun dah besar anak-anak memang sayang sangat pada Mama Ani dan aruah Abah Azahar; dan kami pun macam adik beradik. Abang Ngah kawen ni mesti nak pergi.... special details about Abang Ngah ni, selain dari suka layan kerenah adik-adik ialah mata dia warna coklat,macam mat saleh. Mama Ani kata ada matsaleh lalu kat belakang MamaAni kat Padang Kota waktu ngandungkan Abang Ngah... ha ha ha...Sebenarnya dia ikut macam Abah Azahar, mata coklat dan kulit Mama Ani yang putih cerah.
Dalam kepala ni ada dua tiga cerita. Bukan malas nak update ( he he he tak mengaku, padahal rumah kosong sepanjang minggu!!!) tapi saya leka dengan keasyikkan baru, menjahit manik....bila dah mula tak sabar nak siapkan cepat-cepat. Tak lah kemas sangat sbb tangan masih kejung rasanya...tapi boooley la nak melaram raya nanti...:)))perasan pulak....aku nih.
Lengan baju Mama belum siap.

Baju kurung kakak mudah di jahit sbb kain sutera siam ni keras sikit.

6 comments:

Neeza Shahril said...

cantiknya... panai kak cik buat.. jimat duit kan.. tak payah upah orang lagi.
di zaman serba nya mahal ni, memang berbaloi buat sendiri aje jahit2 manik ni..
untung2 ada orang nak tempah.. masyukkk.. heheh

cikMilah said...

sendiri pakai boleh la Neeza...sbb tangan yang membuat ni pro...sak!
:)))

Neeza Shahril said...

hehee.. ada ke gitu akak ni... lupa nak cakap..
cantik lah wrist drive tu.. hehe.. gitu ke nama dia?? handy kan.. letak kat tangan memang orang tam ambik.. hehe

miss cloudy said...

salam perkenalan...
menariknyer wristband mcm tu...nak bli gak lah

cikMilah said...

Neeza, mula tu ingat wristband biasa jugak , seb baik baca kat package tu, baru tau.

Salam kenal Miss Cloudy, thanks for dropping by.Memang handy kan.

maklang said...

lepas ni jahitkan lengan baju maklang eh...memang malas nak jahit manik ni...lengan pulak lebarnya...