Macam-macam yang kita dengar hu ha hu ha dlm internet dan email tentang Mesjid Kristal ni. kalangan politik juga tak kurang canangnya. Sebagai orang Islam kita terkena tempias tohmahan begitu. Sedih. Masakan kita redha rumah Allah di gambarkan kejelekan di jalur lebar dan alam maya, Nauzubillah. Yang salah dan silap adalah tindakan manusia. Sebagai hambaNya kita patut memuliakan binaan mesjid sebagai rumah Allah. Terbaru , riuh rendah satu forum internet mengutuk pihak berkenaan tentang bayaran masuk. Kami pun mushkil tapi dari awal saya sepakat dengan suami bahawa, biar lah berapa pun bayaran di kenakan, kami akan masuk juga. Kira-kiranya lawatan ke sini umpama highlight perjalanan kami kali ini, paling tidak mahu tuniakan solat fardu di mesjid ini. Ambil yang jernih sahaja....
Dari jauh sewaktu menyeberang jambatan yang merentas sungai besar tu, anak2 dah woww dan oooo. Tampak kemilau mesjid yang terletak di Pulau Wan Man itu dipanah matahari waktu rembang tengahari , senibina yang gemilang. Pintu masuk
pintu yang menghala ke sungaiChandeliar pada kubah besar Kami tercari-cari jugak booth kutipan bayaran, tapi memang sah tak ada bayaran masuk $25.00 dikenakan. Pengunjung agak ramai...yang bukan muslim pun ramai. Semuanya patuh pada arahan menutup aurat dan menggunakan jubah dan tudung yang tersedia. Kami sempat menyertai jemaah zohor. Alhamdulillah...
Seterusnya kami menyusur tebing sungai berjalan kaki ke Taman Tamaddun Islam. Kalau petang-petang jalan-jalan ke sini tentu best....Memandang belakang ke arah mesjid, memang tampak gah kristal terapung.
Taman ini masih dalam belum 100% siap tapi semua 21 buah monumen sudah lengkap nampaknya. Cuma kita belum di benarkan masuk ke dalam replika bangunan itu. Banyak lagi info di blog ini ini. Masuk ke sini barulah ada bayaran masuk . $10 untuk dewasa dan $5 untuk kanak-kanak. Kiranya Ok jugak sebab dapat rebet $3 kupon makanan . Terik sungguh matahari tapi Alhamdulillah angin bertiup menyejukkan suasana. Kami nak tram, tram yang macam kat zoo tu...free ride. Ada juga kart dan tendon bike untuk sewaan...buat apa nak buang duit kan...Lagipun driver tram ni sporting, dia singgah lama sikit kat monumen ikut permintaan kami. Ini antara gambar yang sempat upload kat sini...
Menara Mesjid Xian, China
Kubah As-Sakhrah, Jerusalem
Bagaimana mungkin dan bila agaknya saya dapat melihat bangunan di tanah asalnya yang di bina pada tahun 692 di bawah naungan Khalifah Abul Malik bin Marwan? Cukuplah replika monumen didepan mata. Mesjid Besar Agadez, Niger di Nigeria dibina dari tanah liat yang di keringkan dan diperkuatkan dengan perancah kayu. Mesjid asal tentunya dari tanah liat. Monumen di sini pakai fibre glass kot! Kalau pakai tanah liat... nanti bila musim tengkujuh, macamana ya!!! Maaf ya, bukan nak perkecil-kecilkan binaan ini tapi logiknya binaan tanah liat mana mungkin kekal berabad dalam cuaca tropika kita. Itu yang saya terangkan pada anak-anak. InsyaALLAH semuga anak-anak kita dapat memahami kewujudan sosio budaya umat Islam dalam suasana ethnik yang berbeza.
In my wishlist..sebelum menutup mata teringin sekali mengunjugi Mesjid Suleyman, Turkey....saya singgah lama di sini. Sebak rasa hati entah kenapa. Di sebelah replika mesjid ini ialah replika Mesjid Nabawi , Madinah. Berdidri di sisi replika Masjid Nabawi...saya ulangi lagi doa harian...semuga ALLAH memberi rezeki kami sekeluarga bertamu ke Makkah dan Madihah untuk melengkapi rukun yang lima.
Runtuhan kota Aleppo Citadel, Syria.
Jurupandu di sini nampaknya dilatih dengan baik. Pengetahuan mereka agak menyeluruh. Dari info yang saya dapat, banyak program dalam perancangan di sini, antaranya pengenalan makanan dari serata tempat di dunia , sessi budaya dan lain-lain. Restoren di sini pun OK. Lima enam ringgit untuk satu serving, di tolak rebet dari tiket masuk sebanyak 3 ringgit, makanan pun terasa asam garam nya..what else you wanna complaint! Memandangkan tempat ini masih baru, saya benarkan anak-anak memilih dan membeli souvenir dengan TTI signature untuk kawan-kawan mereka.
Dari sini kami ke Pasar Payang. Alang-alang dah sampai Terengganu tak kan lah tak dapat sehelai dua sutera...yer dok...Beli kain untuk buat baju raya. Rambang mataku..he he. Sebelum itu kami panjat tangga kat Bazar Warisan untuk terus naik ke Bukit Puteri tu...Dah sampai kat atas, tengok-tengok pintu pagar kayu nak melangkah ke puncak tu TUTUP! hah!!!
In the evening...I captured father and son on their way to maghrib prayer at Mesjid Terapung again. Saya memang berhajat sangat mencari ketupat sotong malam ini, tapi bimbang alergi KakNgah melarat..tak apalah, nanti cari resepi kat blog Kak Hanieliza...Esok paginya, kami berulang lagi cari nasi dagang...ingatkan belum buka sebab belum pun pukul 7 pagi, tapi dah ramai orang sedang sarapan...Lepas makan saya ke gerai kuih di sebelah restoren nasi dagang tu, dan borong 2,3 jenis kuih yang jarang nak jumpa kat Penang. Antaranya koleh kacang...sedap sungguh koleh kacang ni...
Sebelum tengahari kami singgah dekat Pulau Banding....
Tak boleh lama di sini, mesti sampai rumah sebelum waktu, hari ni kan Jumaat...Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat. InsyaALLAH ingin lagi ke sana....
8 comments:
akak pun belum masuk lagi masjid kristal tu, cantiknya.
taman tamadun islam tu pun cantik dan sure puas dapat lihat replika masjid serata dunia.
ada peluang nanti nak pergilah.
maklang pun tak sampai lagi...kalau dekat tu memang liat nak pergi...
nanti balik sekali lagi, neeza nak pergi la.
Insyaallah, lepas raya ada kenduri kawin kat Setiu.. boleh la singgak situ.. hehe..
Teringin, memang teringin sangat nak pergi. Hanya kepada Allah aku merayu.
Dad balik nanti mesti nak drag dia pergi sana..hmmm cantk
It's indeed a fun and educational visit. KakRina,nanti bila rumput dah tumbuh hijau dan pokok hiasan besar dan subur, tentu kawasan mesjid dan TTI lebih cantik.
Alaa...Maklang dekat, bila-bila pun boleh sampai. Rajin-rajin makan ubat dan rehat2 ya..Semuga maklang cepat sembuh dan back in action!
Neeza, anak-anak happy tengok bangunan cantik kecil-kecil..
Abang Long, InsyaALLAH satu hari hasrat AL akan di perkenankanNYA. AMin.
Ummi, dad sure nak pergi lah...sana kan ada nasi dagang...:))
wahhhh...seronok tgk anak beranak gi berjalan na.kami pun bercadang gak nak ke ganu bln 6 ni,tp nampak gaya mcm kene tunda jer..anyway,tq 4 d info sis...moga keluarga sy pun akan menjd mcm kluarga sis yg penuh mawaddah wa rahmah...ameen.
Post a Comment