Monday, June 9, 2008

Doa ku kirim

Saya sendirian di rumah hari ini selepas menghantar anak ke sekolah dan tentu sekali waktu ini saya menfaatkan sebaiknya. Rehat dan buat handycraft. Selesai mengemas, ampai baju dan masak saya relax2 depan tv sambil menjahit manik pada baju kurung. Dah lama tak tengok Martha S+^82t, tapi topik hari ni tak best la pulak! Waktu selingan saya tukar channel dan tertonton slot drama TV#. Ia tentang seorang gadis muda bernama Mira menuntut harta peninggalan ayahnya yang baru meninggal dunia.
Antara dialog yg saya amat menyentuh hati saya dan sempat diingat...
"Mira mencari-cari rasa kesedihan di hati Mira bila ayah meninggal, tapi tak ada kak, tak ada! Ini semua salah ayah, Mira tak pernah merasa kasih-sayang ayah, mungkin itu Mira tak rasa sedih bila ayah mati. Sekarang, Mira nak hak Mira".
Menyirap darah saya, sedih dan sendu. Sampai hati dialog itu keluar dari mulut seorang anak. Walaupun itu cuma skrip drama, tapi lakonan iti cermin budaya masyarakat. Sudah hilangkah rasa kesiah belas di hati anak2 zaman kini.
Menuntut harta peninggalan ibu bapa tapi sedikit pun tidak mengenang jasa dan kasihsayang mereka.
Lalu teringat Kak Elle sekeluarga yang kini bapanya kini koma. Saya tak sanggup lagi tengok drama tu..airmata laju mengalirkan sebak di dada.
Teringat aruah mak dan bapa. Kasihsayang terasa walau mereka telah tiada. Saya tak mahu terus bersedih. Pada KakElle, semuga terus tabah menghadapi saat-saat sedih dan getir begini. Semuga Atok diringankan penanggungannya dan segala-galanya di permudahkan oleh NYA. Hanya doa yang mampu saya kirimkan pada saat ini.
Rindu pada mak dan bapa..semuga mereka bahagia di sana. Semuga kita terus di beri kekuatan untuk menyambung amalan baik mereka yang diajarkan pada kita.
1. Sentiasa memanjatkan doa untuk kesejahteraan roh ibu dan bapa. Kita adalah harta yang terbaik bagi mereka jika ini dapat kita laksanakan.
2. Rajin bersedekah jariah atas nama ibu dan bapa. Bukan sahaja pahala akan sampai pada mereka tapi ganjaran untuk kita ada juga bahagiannya.
3. Menghubungi dan menyayangi orang yang mereka sayang sewaktu hidup di dunia. Menjaga silaturrahim dengan kawan atau saudaramara yang mereka sayangi yang masih hidup amat dituntut kerana ini akan membahagiakan mereka; dan kita pun secara zahirnya akan mendapat kasih-sayang dari orang-orang ini.
4. Melangsaikan hutang mereka-hutang dengan manusia sekiranya masih ada. Melakukan fidyah untuk sembahyang dan puasa yang tak sempat mereka qada.
5. Mengerjakan haji untuk mereka jika mereka belum menunaikan haji.
6. Eloklah kita sentiasa menziarahi pusara mereka, membersihkannya dan mensedekahkan bacaan ayat Quran dan tahlil untuk mereka.

5 comments:

Kak Elle said...

Terima kasih cikmilah kerena masih mengingatkan kami adik beradik...doa terus diberi dan harapan atok akan di panjangkan umur jika belum masa nya pergi meninggalkan kami..insya'allah

maklang said...

semuaga dipermudahkan segalanya buat atok...

Neeza Shahril said...

zaman dah berubah. Anak menuntut haknya.. hak apa tak tahu lah. semoga kita tak macam tu.

Kepada ayah kak elle, semoga berada didalam situasi yang terbaik. Insyaallah..

MAMAMIA said...

Semoga anak2 kita tak jadi macam yang dalam drama tu.

Sama2 kita doakan yang terbaik untuk keluarga Kak Elle.

Baca entry Che Milah pasal Masjid Kristal buat saya teruja nak ke sana. Lagi pun anak2 tak sampai Trengganu lagi.

silversarina said...

nilai kasih sayang sekarang amat sukar dimengerti .

apapun kita doakan agar ibubapa kita semua di dalam peliharaanNYA jua.