Thursday, August 14, 2008

Keluar dari pertapaan....

Lebih dua minggu bertapa. Aduh, sibuknya. Tak apalah letih sedikit, asalkan senang dihati. Kalau pun letih, saya diam dan tidur sekejap. Buat sajalah apa yang termampu sebaiknya. Macam kata Mamazieza, kat ofis melambak kerja, kat rumah melambak tepung....
Mari kita lihat hasil pertapaanKek lapis untuk hantaran perkahwinan Haiza, rakan sepejabat. Maaf ya Hyza, tak dapat memenuhi jemputan walimah mu, sebab sudah bertembung pulak dengan perkawinan keluarga rapat di kampung.
Ini pula kek saya buatkan untuk anak jiran saya bagi membalas hantaran anak saudara sepupu saya ( hah apa ni... ) Ceritanya, anak jiran keluarga saya berkahwin dengan anak saudara sepupu kami. Kami adik beradik yang terlebih seronok. Jiran pun dah jadi macam sedara rapat, macam kenduri adik beradik saja.















Kek fondant putih dari anak jiran untuk anak saudara. Bunga nya saya pakai bunga sugar paste beli kat kedai saja. Tak kuasa dah nak buat sendiri bunga ros fondant walau semangat membara tengok ros fondant CikMimi.




Cerita sirih junjung.....








Simple sesimple simple nya...bila nampak muka saya baghu depa teringat sirih junjung tak buat lagi! Baguih, baguih, buat la selalu...Nasib baik keliling rumah ada cempaka , melur, kerak nasi ( setengah orang panggil kesidang) sedang menguntum. Daun sirih pun boleh capai tangan saja...Kalau tak, mahu kejung tangan bidan terjun!Enam orang anak sedara lelaki perempuan saya kerah mencari pinang dan gambir, membalut kapur sirih jadikan bulat sebesar hujung jari kelingking...siap juga kerja apperentice sirih junjung, asal mereka minat, ok lah kan.

Kenduri jiran, meriah kenduri berkampung. Peluang saya bertemu keluarga, kawan sepermainan dan jiran sekampung, bertanya khabar dan bergurau senda.
Esoknya kami bertandang ke rumah sepupu dekat sempadan Thai, menyertai rombongan pengantin perempuan. Biasalah, kalau kenduri keluarga sebelah aruah bapa, adat bersilat sentiasa hidup. Anak saudara yang juga abang long pengantin lelaki menyembah silat sambut pengantin. Automatik air mata mengalir laju, jangan tanya kenapa, bukan saya seorang, semua kami sedarah sedaging memang begitu, setiap kali serunai silat bertingkah gendang dan langkah silat dibuka, sebak tidak tertahan sambil terkenang jasa aruah orang tua-tua.





Selesai kenduri kami mencari buah yang sedang bermusim. Manggis masak dipokok memang ketara lebih manis.





Merah nya...rezeki melimpah!

KakNgah happy dicelah tanaman tebu milik PakNjang ; Ammer belum mandi pagi sebab sejuk, tak sabar petik rambutan yang melayut di hujung julai hampir sampai ke tanah.
Limau manis dan limau bali

bunga misai kucing...
betullah, pisang setandan masaknya tidak serentak....
Sampai jumpa lagi...semuga sentiasa dalam peliharran Allah dan di permudahkan segala urusan.

5 comments:

Kak Elle said...

satu entry cover 2 minggu punya cativities ye?

adoii meliur saya tengok kek lapis tu ... nak jugakkkkkkkkkkkk...hahaha

lawa juga sirih junjung mendadak tu ye?good idea:)

silversarina said...

salam,

bertapa jugak ye, ingat akak je 'cuti' ... bestnya tengok buah-buahan fresh tu bergantungan ... have a good week ahead, InsyaAllah.

cendawanintim said...

sangat murah rezeki tuh kan, banyak buah2 dari kampung...

cantik gubahan sirih junjung tu...

Neeza Shahril said...

Salam kak cik,

nanti, 20 tahun lagi, neeza nak buat kenduri kahwin, tempah kak dengan kak cik ye ;) heheh..

kak cik, sampai hati tak bagi neeza buah2 tu.. hehehee..
sedapnya kak cik.. nak jugak.. mengidam tahap critical ni.. sabar ajelah kan..
nasib la nak balik raya ni.. boleh la carik buah2 tu.. :)

cikMilah said...

kakElle,nak kek lapis ye... tungguuuuu...:)))
kakRina,
aha, baru keluar ni...
memang menggeramkan buah-buah tu...rezeki sekampung


Cendawan, nasib baik menjadikan.. last minute job ni!


Ja, mudahmudahan panjang umur nekMilah ya.. Amin...