Friday, August 29, 2008

Ketibaan Ramadhan

Alhamdulillah, kita dah sampai ke bulan Ramadhan, yang diberkati di dalamnya, disediakan jutaan peluang dan pengampunan bagi yang mahu mengambilnya...
Semuga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik bagi kita.
Saya mengambil kesempatan ini meminta ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan sepanjang pengenalan kita, tulisan dan tindakan yang tidak disenagi sehingga ke hari ini.
Mana lah tau kot ada terkasar dan tersilap, harap dimaaf dan dihalalkan..

Jom kita rebut peluang yang tersangat banyak dari Tuhanmu....Semoga kita penuhi masa Ramadhan, dgn pengampunan, taubat, dan kesucian hati. Keluar darinya dengan tertingkat taqwa yang dapat dibawa sebagai bekal bila bertemu Allah.Sama-sama doakan semuga kita tidak termasuk dalam mereka yang rugi.

15 comments:

ABDUL LATIP said...

Cikmilah

Selamat menyambut hari kemerdekaan dan selamat menyambut Ramadan.

Kak Elle said...

Sama2 kita membuat amal ibadat ni ye cikmilah semoga diberkahti olih nya...insya'allah

Ibnurashidi said...

salam..

selamat menyambut ramadhan dan menjalani ibadah puasa..semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas..jemputlah datang lgi ke blog ana yg dhaif...

Neeza Shahril said...

Salam kak cik..

selamat menunaikan ibadah puasa.. semoga ibadah kita diberkati Allah s.w.t..

zlaa said...

Salam Ramadhan cikmilah. Moga Ramadhan kali ini yg terbaik.

silversarina said...

selamat menyambut ramadan buat cikmilah dan keluarga.

Unknown said...

salam ramadan cik milah :-)

ummu asiah said...

Kak Cik..

Selamat berpuasa dan beribadah..pahala berganda..

Kak cik mesti masak sedap-sedap ni kan..

cikMilah said...

Paklatip,
salam rmadhan jua untuk Paklatip sekeluarga...sebagai hambaAllah, kita tidak pernah merdeka. Semuga kita beroleh kejayaan pada Ramadhan ini.

InsyaAllah kak,makin tebal dugaan untuk saya pada permulaan Ramadhan ini. Tak apa, semuga ada manis hikmah dariNya.

cikMilah said...

Ibnurashidi, itulah doa kita ya, semuga termakbul. Makcik hop in berselang hari, baca dan kutip mutiaranya - tak reti nak komen..he he..maaf ya.

Selamat berpuasa utk Ja dan Shahril jua. Kakak puasa tak..
Ni masa paling best menerai resepi kan, Ja kan! :)

cikMilah said...

Salam Ramadhan Zlaa, bestnya posa kat obersea...

KakRina, sama-sama kita doakan semuga kita di beri kekuatam mengambil peluang setahun sekali ni, ya kakRina.Sure akak terlebih happy ni, darling nak balik...


Abd Idham , selamat berposa..meriah nampaknya semua anak2 ada sebumbung kan..

cikMilah said...

Salam Nashita, ala kadar je Ta, setakat terdaya enagan masa 1.5jam bila sampai rumah nak ke waktu bbuka. Sesekali tu adalah.. melayan selera anak-anak.

maklang said...

selamat berpuasa Cikmilah dan keluarga...

dah berapa balan kuih dah siap tu???

Queen Of The House said...

Ramadhan kareem ya CikMilah! Selamat berpuasa dan mengejar ganjaran yang berganda di bulan mulia ini.

Mrs. Fedex said...

Selamat berpuasa Cik Milah..
Pengat pisang.. Mus tak reti makan..