Saturday, September 6, 2008

Nota Enam Ramadhan

i
masih terpinggir di sini
berteleku menangisi hari berlari
mutiara Ramadhan terburai
dari untai amalku

ii
Allah beri musibah ini
kerana dosa-dosaku yang lalu
siapalah diri
aku redha

iii
mohon perlindunganMu Ya Allah
dari gelisah dan sedih
Lindungi ku dari
kebimbangan
dan keluh kesah

iv
Ya Allah
hamba mohon padaMu
ampunan dan kesihatan
demi satu keyakinan
janji surah al-Insyirah

v

jadikan hamba Ya Allah
wanita yang cantik jiwa
Wa tub 'alaiyya, taubatan nasuha

vi
ku senyumi jua marahmu
demi cerah hari esok
dari menghitung resah
kerana masa silih berganti
Ramadhan tidak harus pergi
tanpa isi

17 comments:

Kak Elle said...

bermadah pulak cikmilah and terima kasih kongsi bersama:)

Neeza Shahril said...

kak cik tulis sendiri ke ni?
sungguh puitis dan penuh makna :)

cikMilah said...

Salam KakElle
nota rasa untuk berkongsi resah saya mengenang dosa.. thanks for reading.
:)

Ja dearie...kakcik rasa tak cukup pengisian puasa kali ini..sambil lewa saja. Banyak sangat urusan dunia.Semuga kita di beri peluang dan ampunanNya. Amin.. Doakan kakcik ya

maklang said...

sama kat sini..seperti masa menceburui...nak baca Quran pun macam tercari2 masa...oh..alangkah ruginya maklang kali ini...muga kita sama2 diberi kekuatan untuk mendahulukan akhirat dari urusan dunia, InsyaAllah...

ummu asiah said...

kak cik

lama tak menulis..suddenly baca sajak yang syahdu ni..

moga Allah kurniakan ketenangan pada kakcik dan kita semua dalam menempuh ramadan.

mungkin ini dilema orang bekerja ye..tak pa...cuba juga kerana ramadan hanya sekali setahun. tahun depan belum tentu dapat jumpa lagi...

cendawanintim said...

naper nih??

cendawanintim said...

naper nih???

cikMilah said...

betul maklang...macam tak cukup 24 jam..

cikMilah said...

Salam Ta,
bukan mood swing...tapi struggling ni, times passed by banyak perkara tertinggal. Terima kasih kerana bagi semangat. Yes! kena fight, just do it!

cikMilah said...

Cendawanintim,
sedih, selalu ketinggalan keretapi...
Selamat berpuasa utk Cendawanintim,jom kita isi Ramadhan sebaiknya

Mulan said...

thanx for sharing.. syahdu bunyinya.. penuh isi bermakna..

Lee said...

Hi Cikmillah, just dropped by wish you Happy Ramadan.
You going to make ketupat for Raya? Lee.

silversarina said...

salam,

sedih pulak baca entry di pagi hari... semoga kita semua diberkati , InsyaAllah.

Ibnurashidi said...

salam..

sajak yg bagus makcik..lum blik baling lgi..diriku masih disini..disini mencari setitis ilmu ilahi..buat diri dan famili..

cikMilah said...

Hi U.lee
thank-you U.Lee. Nanti raya saya buat ketupat ya.
Hari ini masak pengat pisang...jemputlah!
:))

cikMilah said...

alaa.. kakRina janganla sedih.. saya dah ok ni.. berlari mengejar waktu..mengutip yang tercicir...

cikMilah said...

Ibnurashidi,
kutiplah permata. Ilmu umpama barang yang hilang dari tangan orang-orang Islam. Makcik doakan semuanya selamat..