Saturday, September 13, 2008

13 Ramadhan

Alhamdulillah, Ramadhan kian segar seperti pucuk kayu yang ada embun berkilau di hujungnya. Agaknya sistem badan saya sudah mula biasa dengan perubahan waktu tidur dan waktu makan. Setahun dua ini, rasa lain sikit. Ya lah kan.., hakikatnya dah masuk 4-carat club kan.. sendiri mau ingatlah..kan...

Seminggu pertama saya flat! Mental dan fizikal! Hari-hari kecewa dgn prestasi diri. . Asyik menguap dari dalam kereta ke tempat kerja hingga ke petang. Nasib baik lah juga tak ada meeting lama-lama ke, presentation ke...kalau tak habisla ...
Saya sampai ofis masih awal, lepak sekejap kt surau sebelum start kerja. Boleh ke saya hanyut selepas solat dhuha! Tiba-tiba rasa tergolek atas sejadah. Bukan pengsan ya, tapi hanyut... sbb saya baca doa sambil pejam mata.. Nasib baik kawan saya tak sedar sbb dia pun tidur, kalau tak alangkah malunya....Saya sempat lelap sekejap selepas solat dhuha, itupun saya set alarm kat hp.. agaknya kalau dibiarkan saya boleh lajak melepasi 8.30am waktu mula kerja resmi. Kelakar pun ada. Peliknya bila waktu lunch hour tu, puas ku pejam mata tapi tak mau jugak lelapnya!

Saya suka bila Kak Elle kerap ym - segar sikit mata saya dapat bersembang sambil buat kerja. Saya kena condut training hari Khamis lalu. Risau betul! Ishhh, kalau trainer ni asyik menguap, trainee nanti berdengkur agaknya. Malu! Alhamdulillah, sessi saya lancar dan riuh bersoal jawab dan bergelak ketawa.
Minggu ini rasa segar. Allah makbulkan doa saya, itu yang pasti. Kalau tak masakan datang kekuatan yang ada sekarang ini walaupun input makanan, air dan rehat semakin kurang...Enjin lambat panas rupanya tahun ni!

Selamat menyambung tugas Ramadhan ya...Saya nak packing.. nak balik kampung.. hooooo..hooo balik kampung.... Petang nanti nak ke pasar Ramadhan kat Alog Setaq dan esok kat Jitra.. Yeyy, kat sana tu best tau. Kuih muih sedap..lauk pun sedap. Saya memang dah tahu tempat dan penjual yang nak dituju.

Nanti nak cari gulai kawah umbut pisang dan somtam dan kerabu perut dan koleh kacang dan tepung bungkus.. dan serimuka bakar dan bingka ubikayu kuning dan pulut ayam...dan dan dan.... saya janji dengan diri sendiri, nak beli dalam kuantiti yang sikit saja untuk setiap jenis..kita tengok nanti ya!

16 comments:

zura aini said...

salam berkenalan kak,

kuih kat jitra-pekan tu best, kat tepi jalan on the way menghala ke perlis. kuih dalam talam semua jenis, pau, murah dan sedap. Nak pegi sesekali balik kg jauhlah pulak.

Kak Elle said...

best ye kalau saya YM?? ... haha...saya cuma bolih YM bila takde student ngan saya kang kena complain!!

balik kampong makan ramai2 syiok nya..jeles saya:)

NURAZZAH8 said...

CikMilah, saya ada pertanyaan dalam entri sebelum ini...

Akak said...

Salam CikMilah...

Selamat berpuasa dikampung, kirim salam kat orang aloq staq na, lama dah tak balik sana....

Nak minta izin Cik Milah akak nak cilok resepi kuih samperit tu yea, nak buat utk hari raya nie..

Neeza Shahril said...

gulai kawah umbut pisang? sedap ke kak cik? tak pernah neeza makan tapi neeza memang suka try benda2 baru ni..

somtam tu kerabu mangga kan.. sedapnya laaa...

bingka ubi kayu kuning?? sedapnya laaa...

maklang said...

sedap nya...makanan tu..boleh maklang bayangkan..

Mimiamilia said...

kak milah, awal nya packing..saya nak balik malaysia pon tak packing lagi..huhu

kg akak kat mana?

Ibnurashidi said...

Salah Makcik..

Haa..apa habaq?sihat noo..
Ni sy ada sedikit pemberian sebagai tanda penghargaan..amikla kat blog ya...

cikMilah said...

To: Zany....ya betul, kat situ tepung talam dia best kan. Zany pun org Jitra ka...balik tak raya ni...Kalau kena gaya boleh kita jumpa...

To Kak Elle: Selingan antara kerja , ya kak.. he he he
Balik umah MIL tak ramai orang,kita berlima dgn MIL jer sbb MIL tinggal sendirian. Kalau balik ke sebelah saya tu, memangla ramai...:)

cikMilah said...

Nurazzah, maaf ya lambat reply. tapi da jawab dah tadi. Saya ke sana lepas STPM dan 2 yrs AAD, jadi lagi senior dr segi umur tapi grad lepas MakLang, Rina dan Nurrazah, rasanya lah.. he he
Azzah buat Master kat Ohio jugak ke?

cikMilah said...

Akak, tak balik Alogh Setaq ka raya ni? Sila.. sila, ..that resepi is to be shared.. nanti makan ingat kita ya...

Ja, gulai umbut pisang tu actually gulai daging tetel campur umbut pisang. Cair kuah dia tak pekat...adui..kena dgn nasi putih..

Somtam macma kerabu camput kacang selalu yang kakcik mkan guna betik mengkal yang oren-oren tu. Krup krap krup krap.. rapuh nya...

Bingka ubi kuning tak dapat la Ja. ..tak apalah.. ada la nanti rezekinya tu kan...

cikMilah said...

Nikmat nya dapat makanan yg kita suka sejak kecil kan..maklang..


CikMimi.. ala.. akak packing balik kampung jer, tak sampai 2 jam dah sampai kat kg akak di Jitra tu..


Ibnurashidi, Alhamdulillah, makcik sekeluarga sihat-sihat saja. Terima kasih atas pemberian tu. Nanti makcik pi ambik gantung kat rumah ni...

The Pink Carnation said...

Assalamualaikum Kak Ja,

When I first came across your Kitchen Tales I knew that this must be Kak Ja from SLU :) This is Rosma! I still remember your sardine roll way back when you were at Grand Towers. Rasa-rasanya dah lebih 15 tahun lost contact lah kak! Anyway do keep in touch. Ada banyak perkara nak catch up nih.

cikMilah said...

Waalaikum salam, dear Rosma...kuatnya instinct you!!yes..15 yrs..times flies..sweet memory lingers...:)
Wah.. that sardine roll and GrandTowers..kekal dlm lipatan sejarah... ha ha ha
Thanks for dropping by and stay sweet!
Sapa lagi ya St Louisan yang dok blogging ni....

2 weeks back I baru jejak kasih dengan Safiah thru Safian's blog and today is you! Yesterday I located my roomate in ECU thru her neighbors' blog...wonders of cyberland...

The Pink Carnation said...

I knew it! Safian tu satu ofis ngan I nih. Sebelah-sebelah ajer pintu ofis kami ni, maklumler, dah satu department kan. Kak Zabidah (Grand Tower West yang sama roomate ngan dengan Kak Siti Nurbaya Sarawak tu) pun sama, cuma nya dia di cawangan Kuantan. Kak Ja email me at hrosma@yahoo.com ye... boleh cerita panjang lebar dan luas. Lagi pun I dah jadi separuh Penang dah ni. ada harapan meet up bila balik Penang.

cikMilah said...

Rosma,
bestnyer...jadi you all kenal la Neeza Shahril kat atas tu?
OIC.. half Penang dah.. soo happy dengar...and heard that Zabidah married to... sapa tu... namanya that lecturer kita yang panjang tu....