Aku terlentang di atas meja. Aduh.. sakitnya sikatku baru disiat dan tercerai dari adik beradikku yang sejak azali bersama-sama aku sehidup semayang dari kecil hingga aku tua sekarang ni. Tak ada kesian belas betul encik penjual ini. Dia main rentap saja aku selepas menghiris sedikit tangkai aku yang melekap pada tandan. Meleleh air mata ku.. sakit dan sedih. Mana tak, sakit kulit tersiatkan. Ishhhh ish.. encik penjual ni kan, tak baca Bismillah pun masa dia potong-potong aku dan ceraikan adik beradik ku dari tandan kami. Hilang saja pahala pekerjaan dia. Tak kan tak tau berniaga ni sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Kalaulah dia baca Bismillah, berganda-ganda pahala dan berkat dari Allah pada pekerjaan ini. Sekarang ni kan bulan Ramadhan, lagi berganda 27 kali dari amalan kecil tapi siknifikan itu.
Eh, aku ni mengumpat pulak jadinya. Nauzubillah…ampun , Ya Allah.
Aku meneruskan zikir. Selagi hidup akau akan terus berzikir, kerana itu amanah yang Allah berikan pada kami seisi alam-al-banat. Sedih sungguh aku berpisah dengan saudara-maraku. Berpisah tak kan bertemu kembali. AdikNgah aku pun terlentang di sebelah aku. Dia belum berhenti menangis. Dia pun tentu rasa macam aku juga. Pedih kena siat dari tandan dan sedih nak berpisah selama-lamanya dengan kami semua. Dari sama-sama tumbuh dari jantung, membesar, berputik, berisi, mengkal dan tua ,kami bersama. Sihat membesar dengan cantik dan gemuk. Lepas ni, ikut nasib lah kami. Waktu ini kami masih bersama. Tersusun atas meja encik penjual. Riuh encik penjual mempelawa orang membeli kami. Aku rehat-rehat saja senangkan diri. Harap-harap ada orang yang tergoda dengan aku nanti.
Aku dengar ada orang bertanya harga kami. “Sekilo tiga ringgit setengah!” Jawab encik penjual. RM 3.50 la tu. Aku di pasar dekat utara negara ini, biasalah kalau lima puluh sen tu disebut setengah. Aku tahu jugaklah pasal ringgit Malaysia ni sebab selau dengar Pak Dali bercakap-cakap dekat ladang dengan pembeli saudara-maraku terdahulu. Tapi sekilo tu aku tak tahu la apa maknanya. Selalu nya pembeli dan Pak Dali sebut satu tandan dan satu tan.
“Ini pisang baru makcik, baru sampai – ini masak atas pokok, manis ni”.
Aku tersenyum dalam hati. Auta jugak encik penjual. Sekarang hujan pagi petang, mana ada pisang masak atas pokok! Kalau musim panas tu memang la betul kenyataan begitu. Hanya aku yang tahu asal usul aku. Tapi apa nak buat. Aku dijadikan Allah untuk menjadi makanan manusia. Sampai hari kiamat pun aku tak boleh membela diri. Macam kawan aku kat kebun dulu,Cik Timun, dia tu lagi lah kesian aku kenangkan. Menggolek dia luka, tergolek pun dia luka…
Tu dia.. makcik tu borong adik-adik aku empat lima sikat. Seronok aku tengok adik-adik aku sama-sama masuk dalam karung plastik. Sekurang-kurangnya mereka masih bersama untuk waktu ini, walaupun aku tahu mereka tentu lemas dan terhimpit dalam karung plastik warna hitam itu.
“Ni makcik nak sedekah kat surau, hang bagi diskaun la sikit”.
“ La, makcik nak sedekah pun nak minta diskaun jugak ka..”
Aduh, tak larat aku nak mendengar dialog manusia-manusia di sini. Aku pejam mata dan rehatkan diri. Dalam hati aku bersyukur kerana adik-adik aku mendapat kesudahan yang baik. Tempat terakhir mereka bernafas ialah di rumah Allah. Semuga berkat hidup mereka berbakti menjadi makanan kepada jemaah mesjid. Semuga juga keberkatan itu melimpah pada Pak Dali, petani miskin yang warak yang menanam dan menjaga kami di kebun pisangnya. Amin.
Tiba-tiba terasa aku disentuh dan diangkat sepasang tangan. Orang itu tersenyum. Eh eh..ada juga orang sedekahkan senyum kat aku! Serta merta aku teringat Pak Dali. Pak Dali selalu senyum dengan kami dan bercakap-cakap dengan kami. Macam gembira sangat orang itu bila nampak aku. Kenapa ya, agaknya dia teringin nak makan aku. Atau pun dia dah lama mencari pisang spesis aku tapi tak jumpa. Aku berdebar juga, tapi lega bila dia unjukkan aku pada encik penjual. Encik penjual ambik aku dan letak atas benda besi yang aku nampak sejak tadi. Adey.. sejuk la benda tu. Ada angka kat muka benda tu tunjuk $35.00. Aku dengar encik penjual cakap, tiga ringgit setengah! Tahulah aku, aku ni genap sekilo sesikat, dengan harga tiga ringgit setengah. Aku masuk dalam karung plastik. Perempuan tu beri sesuatu pada encik penjual dan berkata, “saya beli pisang dengan harga , ya”.
" Ya, saya jual. Terimakasih puan".
Cepat pulak urusan puan ini. Tak sempat aku “kiss and say goodbye” pada AdikNgah. Bersalam pun tak sempat. Aku pun duduk diam-diam dalam karung, dan sempat pula nampak Adik Ngah yang tenang-tenang berehat sebab karung plastik ini translucen berwarna kuning air. Selamat tinggal AdikNgah. Semuga kita mendapat kesudahan hayat yang baik. Doaku lagi. Aku mengikut saja ke mana-mana di jinjing. Takkan nak lompat keluar dari karung ini. Aku tak boleh nak bayangkan kalau aku lompat keluar dan jatuh ke tanah. Tentu nanti kena pijak atau kena lenyek…eeeeiii tak nak la aku mati eksiden gitu. Kalau tak kena pijak pun nanti tak ada sesiapa yang hirau kat aku. Mati kering saja. Atau hanyut dibawa air hujan dan tentu sekali kotor. Kalau hanyut dan tersadai hatta di lembah subur pun, aku bukannya boleh membiak. Aku pisang raja. Tak ada biji dalam dalam isiku. Tak macam saudaramaraku spesis pisang awak yang lain-lain. Mereka ada biji yang mungkin boleh menumbuhkan anak baru menyambung zuriat untuk berbakti di bumi Allah ini. Aku mahu berbakti pada orang ini, jadi makanan dia. Rugilah kalau aku tidak dapat memberi nikmat pada manusia dengan isi ku yang manis ini.
Puan ni tidaklah tua dan tidak lah muda sangat. Dia letakkan aku pada satu tempat dan tutup. Gelap lah! Terdengar bunyi enjin berderum dan terasa aku bergerak. Oh.. apa benda ni , macam lori. Aku tak pernah pun naik benda ni. Kelmarin ada Pak Dali letak aku atas lori, tapi yang ini aku tak tahu apa namanya. Bila dah gelap macam ni, aku tidur..sedap pulak tidur di sini. Ada benda lembut mengalas aku, dan aku terasa sedikit suam. Kalau suam begini, aku suka. Aku pun pejamkan mata sambil berdoa. Mudah-mudahan, bila orang ini tengok aku nanti, kulit aku akan bertambah kuning petanda isiku cantik manis untuk jadi makanan dia. Tentu dia gembira dan sedekahkan senyum pada aku lagi. Itulah, walau di mana pun aku berada, aku tak lupa matlamat hidup aku, berbakti pada manusa sebagai tanda pasrahnya aku pada hukum alam ciptaan Allah, nawaitu menjadi makanan pada manusia amnya, khususnya pada orang ini yang membeli aku dari encik penjual tadi.
Lama aku tidur. Bila terjaga puan itu sudah membawa aku masuk ke satu tempat. Aku dengar dia becakap-cakap tapi tak nampak pun manusa lain dekat dengan dia. Dia bercakap pada satu benda yang di lekap pada mulut dan telinga. Ahhh.. tak ada faedahnya aku hirau benda itu. Yang penting, aku tahu matlamat aku menjadi makanan orang ini hampir tercapai
Aku dengar dia berkata dengan gembira ,
"Abah, dah jumpa pisang raja".
“Tadi, pergi market lepas hantar Ammer sekolah Haa a...ada pun pisang raja kat situ. Dah lama dok cari, beli jugaklah , mahal pun..”
Dia diam sebentar, kemudian menyambung cakap.
"Ya ya , mama kat umah ni, balik rumah waktu lunch hr ni, nak buat pengat ni haa. Sempat.. kejap je buat pengat ni…ok lah.. bye… "
"See you later.Puasa elok-elok tau, jangan tengok amoi, nanti kurang pahala ..Hee he he heh…"
Eh,potpet nya puan ni. Tak macam MakBedah isteri Pak Dali yang lebih banyak senyum dari cakap. Dia baca Bismillah dan ambil 5 biji yang berwarna kuning dari sikat. Kali ni tak sakit lagi sebab tektur sikat aku dah masak.. Dia letakkan beberapa yang masih hijau kekuningan dalam satu bekas. Hairan jugak aku kenapa tak ambil semuanya. Sambil tu aku dengar dia selawat atas Nabi lalu aku pun menyertainya. Saspen jugak tadi, tapi bila dia berselawat aku rasa redha.
Aku perhatikan saja puan ini yang bekerja cepat-cepat. Dia pulas satu benda, aku nampak air jernih turun. Jernih macam air hujan tapi itu bukan air hujan. Dia masukkan dalam satu bekas dan letak atas api. Kemudian aku nampak dia ke hujung sana,dan balik bersama sehelai daun pandan. Eh, ada pun pandan di sini! Kami dulu berjiran dengan pandan. Sebab itu aku kenal pandan walau di mana aku berada. Dia cuci pandan dan potong2 kemudian dimasukkan dalam bekas atas api itu. Bila pulak giliran aku??
Buatlah apapun pada aku. Aku sakit pun tak mengapa kerana aku telah redha untuk di perlakukan apa saja demi mencapai hajat ku dan memenuhi tujuan aku hidup, untuk menjadi makanan manusia. Aku pejamkan mata tapi masih mendengar puan pot pet ini bercakap walau pun aku tahu tak ada manusia lain di sini.
“All right, air gula merah dah mendidih, masukkan sagu, kacau sampai jernih. Letak santan…..” Kesian dia tak ada kawan bercakap. Kalau dia faham bahasa aku, aku tak kisah, aku sudi jadi kawan bercakap. Aku nak tanya apa dia nak buat dengan aku…
Aku disentuh lagi. Aku tahu saat ajalku sampai. Kulitku di kupas tarik menjadi tiga kelopak, tersembul isiku yang kuning keemasan. Ohh.. baru aku tahu rupanya manusia mengopek pisang , sama seperti sang monyet ya. Aku memang kenal monyet. Sejak kecil aku kenal , tapi kami budak hijau selamat sebab monyet tak datang hampir dengan kami. Monyet selalu pergi pada pakcik makcik aku yang dah kuning masak atas pokok. Pst... pasal tu aku kata encik penjual tadi auta!..Suku sakat aku kalau masak atas pokok, jarang sampai ke pasar. PakDali akan ambik dulu sebagai makanan dia anak beranak. Itu pun kalau monyet tak nampak pisang masak atas pokok tu. Kalau monyet nampak menang Pak Dali kira sedekah saja kat monyet dan kera sebab selalu sangat makhluk ini datang sekawan. Senang hati saja bising bingit memulas pakcik makcik aku yang dah masak, kupas kulit jadi 3 kelopak kemudian sumbat penuh-penuh dalam mulut. Kemudian, bila dah penuh perut monyet ni diam-diam saja masuk semula ke hutan di pinggir ladang Pak Dali. Monyet…monyet…memang monyet suka kami!
Tapi puan ini tak buat macam monyet tu. Dia letakkan kami 5 sekawan dalam satu bekas, kemudian setiap kami di potong serong jadi 3 keping. Sekaligus kami di masukkan dalam bekas atas api tadi. Adoi, panasnya! Tapi aku redha. Di sini aku berkenalan dan bermesra dengan kawan-kwan baru. Si hitam manis tu, gula merah namanya. Yang jernih berbiji-biji tu sagu. Tapi mana santan, tadi aku nampak dia masuk sini. Agaknya bila berkawan dengan gula merah tu , dia pun jadi tak putih lagi agaknya.
Oh tidak, aku mahu kekal kuning. Aku enggan berpisah dengan kecantikan isi ku. Aku mahu kekal kuning. Biarlah aku berwarna kuning ini tampak mengancam selera hingga akhir hayatku…Doaku termakbul. Aku kekal kuning bila puan ini selesai pengatkan kami. Dia tutup bekas dan hilang entah kemana. Aku masih bernafas. Tidak lagi berdebar, kena aku pasti, aku akan jadi makanan manusia. Aku redha dan terus berehat….Tiba-tiba aku terjaga dari rehatku. Bunyi bising-bising orang bercakap. Ada 4 suara yang berlainan. Aku fakamlah sekarang. Puan ini tidak makan aku sendirian.
“Ehhh wanginya.. mama masak pengat .ye ye…”
Siapa pulak ni…ada budak lelaki. Ini Ammer agaknya yang puan ini sebut tadi. Ohhh nama puan ini mama…
“Ya. Pengat pisang raja. Kan sejak awal puasa lagi mama nak makan..Mama beli kat pasar tadi. Dah kakNgah kat asrama ni, elok mama buat, nanti kalau KakNgah balik, dia tak suka.”
Ohh, ada orang yang tak suka pisang rupanya atas bumi Allah ni ya. Kenapa pulak ya. Dia sebut KakNgah , lantas aku teringat Adik Ngah aku, entah apa la nasibnya…
“Err.. kakak, tolong sendukkan pengat dalam manguk besar tu, kemudian letak 4 biji mangkuk kecil kat sebelah ya… Ambil sudu sekali. Jangan lupa letak senduk dalam mangkuk tu ya..Letak atas meja sekali” .
Heyyy, betullah puan bernama mama ni sangat pot pet.!
Aku rasa terhormat dimasukkan dalam mangkuk yang cantik dan dimuliakan berada di atas meja bersama yang lain. Hajatku tercapai. Aku menanti saat ajalku dengan tenang.
Kemudian aku terdengar satu suara yang amat syahdu. Selalu aku dengar alunan ini bersama keluarga aku di ladang dulu. Suara azan menandakan masuknya waktu maghrib dan waktu berbuka di Permatang Pauh dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Aku dengar Ammer membaca doa..kemudian aku di ceduk ke dalam mangkuk kecil, kemudian terasa aku dipotong dengan sudu.....dan….masuk ke dalam satu rongga kecil, dimamah dan dicerna, kemudian aku sendiri relai dan hilang melayan selera seorang puan bernama mama. Alhamdulillah.
Wednesday, September 10, 2008
Aku...
Posted by cikMilah at 9/10/2008 05:26:00 PM
Labels: Cerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
hehee... dari awal lagi bila tengok word sikat tu, Ja dah agak pisang.. seronok baca cerita pisang ni..
sesuai bagi anak2 baca.. banyak iktibar kat dalam ni..
thanks kak cik for sharing..
panjang nya cerita si pisang raja...kesian ajal nya pendek kena buat pengat olih si mama yg suka pot-pet tu.....hehehe
kak cik
berseni bermacam-macamlah..
bagus cerita ni banyak pengajaran terselit, boleh buat buku campur ilustrasi kartun2 sikit untuk anak-anak..pengajaran, berdoa, berzikir, adab yg baik macam2..
serius ni tau...
cute la citer nih, saya ske...
Ja.. ha a.., pisang boleh bercakap kan. Memang masa tulis ni pun ternampak-nampak pisang katun!
KakElle, ni lah jadinya mengidam pengat pisang raja lama sangat. Tak pe, pisang tu happy...:))
Ummuasiah, usahakanlah....boleh kita kembangkan cerita ni...:)
Cendawan.. macam tengok katun kan kan ..
cikMilah, dulu belajar di NC kat mana? tahun berapa? kot kot kita pernah jumpa kat USA dulu, macam saya dgn silversarina@loveujordan... bila jejak kasih, rupa2 kami pernah jumpa masa sama2 belajar kat US dulu...........
Nurazzah,
sya di NC 2 semester jer sbb ECU Greenville is not accredited by JPA. Fall 88-Summer90 saya di St Louis. Memang kerap ke Charlotte , Chapel Hill and Norfolk jumpa sisters kat sana
hehehe..
pisang kat sini harganya LE3-4 sekilo..tak sesuai dibuat goreng pisang..tapi cekodok pengat, kek boleh buat..manis mcm pisang mas..
Mak saya buat kerepek pisang..
Bestlah cite pisang nie...tentu pengatnye best gak kan..
Post a Comment