Tuesday, September 16, 2008

Alahai hero ku...

Back-dated posting.. kejadian berlaku pada 15 Ramadhan..

Selepas menghidang juadah, sempatlah saya rehat sebentar. Waktu ini Ammer ambik port dia kat balkoni atau tingkap bilik. Di situ dia tunggu azan dari mesjid politeknik sambil tengok budak-budak main di taman permainan atau tengok langit merah kala matahari terbenam. Ya.. dari tingkap rumah kami boleh nampak laut dan pulau berbalam-balam. Waktu matahari terbenam cantik sekali.

Bila saya panggil dia duduk dengan saya, dia tak menoleh, diam saja. Saya pun pergi tengok apa dibuatnya tu.
Tengok-tengok airmata sudah basah kat pipi.. Kenapa Ammer, sakit perut ke, saya meneka segala kemungkinan..ammer ingat kakak ka, Ammer sakit kat mana.. sapa marah
Semuanya dijawab dengan geleng kepala...hujan makin lebat lagi.
"Ammer lapar..." lemah dia bersuara sambil tu berlagulahhh menangis
"Alaahai... puasa mmg camni".
"tak tahan...nak buka"
"3 minit saja lagi. 2 minggu posa OK saja, Ammer buat apa kat sekolah hari ni".
"Tadi dah la sakit tekak , kena azan dua kali, kena azan kuat-kuat ;lepas tu susun meja,lepas tu buat homework, lepas tu..."

Hari ni memang agak panas...kesian tengok anak ini. Diam saja kalau letih.
Sejak umur 6 tahun dia tidak tinggal puasa. Kiranya tahun ni pun berazam nak puasa penuh...

Ok lah.. tapi Ammer tahan kan, Ok jom basuh tangan.
Saya bagi dia sabun pencuci tangan baru. Dia suka wanginya. Senyum kemewek...bila dapat main buih kat sinki, leka lah dia sebentar. sampai azam berkumandang...

Lauk berbuka hari tu....sup sayur dan udang masak lemak cili api dengan cendawan tiram


14 comments:

cendawanintim said...

owhhhhh..cendawan itu..

simah said...

alahai ameer...kesian dia... pandai jugak akak lekakan dia yek?

alahai akak... lemah saya tengok lauk udang tu... bahaya ni.. :0)

akak sihat? salam ramadhan utk akak sekeluarga... maaf lama dah tak datang sini..

Kak Elle said...

nasib baik ada sabun baru kan?ni bolih buat iklan sabun di bulan ramadhan...hehe

saya tak makan cendawan tak tahan bau dia bolih nak muntah...ini lah saya tak bolih bau yg semacam:(tapi udang nak.

zany said...

salam kak cik,

ammer dan ammar, he, he, lebih kurang sama je "peel" tu, nangis senyap2, nak dipujuklah tu.

MULAN said...

kus semangat.. sini pun panas, tepi laut kak.. mak ayah pun kekeringan, anak2 apatah lagi..

terlior tengok lauk tu..

Ibnurashidi said...

Baguslah, dari kecik dah diajaq berpuasa..nnti besaq tak ketegaq plak..

Waduhh..makanan Malaysia...mesti sedap ni..mula teringat Malaysia..

maklang said...

betuk kata mulan..maklang oun dah batuk2 dan selsema...


sian ameer..

simah said...

akak...
salam aidilfitri dari kami sekeluarga.. maaf zahir dan batin... :0)

Akak said...

Salam CikMilah...

Hurmmm udang masak lemak dgn cendawan tiram tu sungguh menyelerakan..

Nanti singgah blog akak ambil kad raya k..

MAMAMIA said...

Macam anak saya jugak yg Tahun 1 tu , ada hari2 lembik dia berpuasa. Lagi2 bila tengok si adik makan dapan dia. Kenalah kita distract dia dari fikir pasal makan. Alhamdulillah, sampai hari ni belum tinggal lagi...

Tak pernah terfikir cendawan tu boleh campur dlm udang masak lemak cili api. T.kasih bagi idea ni...

cikMilah said...

Salam utk semua. Maafkan saya lambat reply...bersilat dengan kuih raya mengejar deadline..!!!

Dear Cendawanintim.. aha...alergic cendawan ke?... he he he..
Maaf ya, nanti akak gi ambik award ya..,boleh gantung utk raya ni...Terima kasih...

Salam Simah.. itu la kan, manja nya tak abis-abis..layan jugaklah nak kuatkan semangat dia...
udang memang bahaya!!!!!hiks...

cikMilah said...

happy dia main sabun....
OK, note taken. No mushrom .Fresh mushroom pun tak leh ya kak?

silversarina said...

alahai siannya Ammar tapi memang cekal kanak-kanak kan kalau berpuasa , cuma memang diaorang kalau letih sangat tu yang sampai nangis.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.

Neeza Shahril said...

mengancamnya nampak sup sayur kak cik..

Ja nak sikit buleh kaaa??? ;)