Saturday, September 27, 2008

Sesuci Lebaran


Salam Aidil Fitri..... Kad ucapan ini untuk semua pembaca dan pengunjung yang amat istimewa. Sudilah kiranya menerima nya. Terimakasih dengan kehadiran semua ynag memeriahkan suasana tak kira ketika. Seluruh kemaafan saya pohonkan pada segalanya, terutama pada pertingkahan kata , jika ada yang kurang manis sepanjang kita kenal di arena cyber. Saya pohonkan agar anda halalkan makan & minum, & juga segala pemberian samada yang saya ketahui lebih-lebih lagi yang tidak saya ketahui.

hampir berlalunya bulan ramadhan
terasa waktu semakin singkat
sekadar doa saya ucapkan
harapkan kejayaan dunia akhirat
*
yang merantau pasti merindu
jejak manis budaya raya kita
usah risau, usah hiba di hidu
seluruh alam bumi Allah semesta
*
rindu sajian lestari puan
ketupat lemang di putik rasa
adik kakak dan abang sekelian
itu petanda nikmat belaka
*
salam lebaran saya berpantun
mengusik andai penambah mesra
jemputlah kalian menyunjung santun
ke teratak saya sama merasa
***
Salam Aidilfitri dari saya dan keluarga. Semuga barakahNya milik kita.
pst... next entry saya hidang kuih raya ya...

10 comments:

Kak Elle said...

Sepuluh jari ku susun mengucapkan selamat hari raya untuk cikmilah dan family...ampun dan maaf ku pinta juga.

Neeza Shahril said...

Selamat Hari Raya untuk kak cik sekeluarga...

Mohon maaf kalau Ja ada terkasar bahasa ya Kak Cik...

ABDUL LATIP said...

Selamat hari raya diucapkan kepada CIkMilah dan keluarga semoga bergembira. Kalau saya ke Pulau Pinang singgah di istana CikMilah.

Abang Long said...

Selamat Hari Raya. Semoga panjang umur, murah rezeki, dan ceria bersama keluarga tersayang.

alaf21fc said...

Salam Aidilfitri, Salam Lebaran dan salam hormat. Semoga bahagia berhariraya bersama keluarga.

silversarina said...

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

Ibnurashidi said...

Salam Makcik MIlah..

Selamat HAri Raya Aidilfitri Buat Makcik Sekeluarga..

Terima kAsih atas Kad yang comel lotee tu..camna raya?

Sudikanlah ambik kad raya dari saya pula ya..silakanlah!

Umi Kalthum Ngah said...

Saya ucapkan

Eid Mubarak!

kepada Cik Milah sekeluarga...

Wasalam

zany said...

salam aidilfitri kak cik, meriah betul kuih muih tu, mesti sedap. One day saya nak singgah, nak rasa, tahun akan datang kot. InsyaAllah.

cendawanintim said...

salam aidilfitri dari kami sefamili...