Hari Sabtu dan Ahad saya bakar kek dan buat topping kek coklat. Sejak malam Ahad hujan turun lebat seiring ribut. Lebat sungguh! Kampung-kampung di sekitar kawasan saya sudah banjir. Saya bimbang kalau banjir, macamana nak deliver kek esok. Pagi-pagi Isnin dalam hujan lebat, saya sumbat kereta matrix sampai ke bumbung...kalau JPJ tahan, mana nak tunjuk lesen perniagaan? Haru biru....he he heh. Dalam hujan lebat juga saya turun naik kereta.. yang penting kek tak masuk air, sudahnya saya yang basah kuyup! Pukul 11 pagi saya pulang dan mandi untuk bertukar pakaian. Saya isikan satu load lagi dan hantar ke kilang-kilang. Sebelum zohor dah selesai, saya pulang , tengok dapur sendiri , sebiji kek pun tak tinggal. Dah mulalah operasi lagi dan lagi bakar kek coklat untuk bawa balik kampung.
Alahai penatnya, macam nak patah pinggang...kepala pun dah rasa berat. Entahlah ya, kalau diingatkan penat dan sibuk , rasa tak nak buat dah tahun depan..... ya ka?!!
Pagi Selasa selepas solat subuh suami masih kerja jadi saya ke pasar ambil daging segar dan ayam yang kami pesan sejak awal. Memang kebiasaan kami beli bahan mentah dan bawa balik untuk masak di rumah MIL. Bila masuk kereta saya mula rasa berat kepala dan mata dah tak boleh angkat dah. sepanjang jalan hujan, sejuk pulak tu, sedap rasanya zzzzz. Tapi kesian Abah memandu sorang-sorang, Antara pejam dan celik, temankan Abah berbual , panjang rasanya waktu walaupun perjalanan cuma 1 jam setengah. Sampai rumah MIL, Abah tidur terus selepas zohor dan saya pulak kelentung kelentang dengan MIL kat dapur. Kalau ikutkan pening kepala memang nak tidur saja, tapi saya gagahkan juga. Dalam pada tu baru teringat, samping Ammer belum beli. Pukul 6.45 ptg, saya dan anak-anak keluar ke PJ, sunyi lengang.. ya la.. dah dekat waktu berbuka. Kami jer yang shopping tak habis. Masuk satu butik.. hmm apa yang kami nak semua ada di situ..sempatlah sauk 3 helai selendang panjang... Ada-ada saja la kan....Pecah rekod tau shopping 10 minit ! Lepas tu sempat lagi ke supermarket beli bbrp kelengkapan menyambut tetamu esok...kaunter bayaran pun tinggal seorang saja. Tersenyum anak siam comel tu tegur saya kalut menyambar pack tisu, kordial, dan bbrp pack makanan ringan. Makanan ringan itu saya kena siapkan goodies untuk anak-anak untuk majlis hari keluarga pada hari kedua Raya.
Saya cakap dengan MIL nak buatkan dia ketupat pulut hitam, sebab MIL tak boleh makan pulut biasa. Tapi sebab banyak kerja lain mak cakap tak payahlah. ( Agaknya dia pun perasan saya dah nak tumbang...) Saya telefon kakak sebab memang dia selalunya dia mesti buat ketupat pulut hitam untuk kami semua, jadi saya pesan bahagian saya lebih sikit.. He he he..TQ TQ...dapatlah juga tunai janji...
Usai solat maghrib saya ingat nak buat topping kek dan coating biskut almond london, lazaros dan choc rainbow. Sementara tunggu rendang masak dan dapur free saya baring kat dapur...Lastly, plan tinggal plan. Saya tidur kat dapur, bila anak kejutkan saya tak boleh buka mata sbb rasa silau dan pening. Sakit nya kepala berpusing-pusing..Agak lama...saya bangun perlahan-lahan, berjalan sambil pegang dinding, masuk bilik dan terus hanyut...Nasib baiklah terjaga pukul 4 pagi tunaikan isyak dan sunat sambil duduk sebab rasa nak rebah bila nak bangun nak sambung rakaat. Alhamdulillah..
3. Hari pertama raya
Macam biasalah berlalu kelansungan rutin syahdu syahdan di pagi Aidilfitri. Antara saat paling saya enjoy ialah kami berlima berjalan ke surau berdekatan untuk solat sunat Aidilfitri. Sejuk nyaman dan hening rasanya. Pagi ini kami berbaju coklat keemasan tapi tak sedondon. Saya pastikan baju raya kami ada tone warna senada tapi warnanya tak sama. Boring jugaklah kalau boria.. dah la mai dari Penang....! Rumah MIL raya ini meriah dengan anak saudara kecil yang ceria sepanjang masa. Kami dah lama tak ada anak kecil rasa terhibur melayan keletah mereka. Ammer lah paling teruk kena buli dengan adik-adik sepupu, tapi nampaknya dia ada bakat jadi abang yang sporting...
Separuh hari di rumah MIL, kami balik kampung saya. Jaraknya cuma 15 minit perjalanan. Tempat pertama kami tuju tentulah pusara ayah bonda...Mata saya yang separuh terbuka berair juga...semuga bahagia roh mereka di sana.
Kalau nak di ikutkan pening kepala yang berpusing-pusing, mahu rasanya saya tidur sahaja. Tapi kan raya setahun sekali, saya diamkan saja dan kami terus mengatur dari rumah ke rumah semua kakak dan abang-abang. Dalam perjalanan saya tidur...Anak-anak pun happy saja nak ke rumah adik beradik saya... biasalah kan... budak-budak..ada misi mereka sendiri...:) Rumah pertama, kami balik ke rumah pusaka yang sekarang di diami kakak saya. Mereka memang sedia menunggu kami. Selalunya saya akan balik ke sini sehari sebelum raya, tapi semalam pun kami balik lewat jadi pagi ini lah kami bertukar juadah. Sementara yang lain berbual dan makan-makan, saya zzzzz....mana-mana rumah pun saya ambil kesempatan lelapkan mata...tak malu lagi dah.. rumah abang-abang sendiri....Tapi bila pergi rumah mak saudara tu, maintain jugaklah walaupun kepala berdenyut-denyut....
Selalunya saya yang kecoh nak bergambar.. tapi sebab pening kepala agaknya sampai lupa nak ambil gambar...bukan lupa bergambar saja, kotak duit raya pun saya lupa. Tertinggal kat rumah MIL. Nasib baik Abah bawa duit raya extra dan sampul duit ada dalam kereta...nasib baik... nasib baik....
Balik ke rumah MIL hampir malam, kawan lama saya nak datang. Saya excited dan berdebar-debar sebab kami dah lebih 20 tahun tak jumpa. D&M kawan sekelas sejak kami Tingkatan 1 hingga 6 Atas. The last time kami jumpa ialah sebelum saya ke US, saya dan D ke UKM , ziarah M dan S, sorang lagi sahabat kami. Waktu saya senior year, D&M berkahwin.... Bulan puasa lalu saya menjejak kasih mencari sahabat-sahabat ini. Terkejut besar mereka dan selepas itu kami merancang untuk bertemu di Aidilfitri...
Wow.. D masih seperti dulu, cantik dan cool...macam ratu , berdiri antara suami dan semua anak-anaknya lelaki..M juga kenal Abah, malah aruah ibubapa D juga kenalan MIL....what a small world...Tak cukup bahasa kami bercerita...Abah dan M pulak ada cerita mereka sendiri...
Tak puas berbual, kami kemudian menziarah cikgu kesayangan kami yang tinggal berhampiran.. Cikgu Aiyub menyambut kami macam ayah menyambut anak yang pulang. Tak semena-mena tengok Abah dan anak lelaki Cikgu Aiyub berpelukan... oooo kawan lama rupanya depa. Dari situ pun tahu dia juga seorang blogger. Excited punya pasal, saya lupa ambil gambar lagi....
Raya pertama kami tutup di sini. Esok lagi gamat agenda menanti....Hari Keluarga..larat ke badan ni nak beraya sakan lagi....:)
3 comments:
panjang nya cerita penat saya membaca nya...hehe
next year kurangkan tempahan jadi tak terlalu penat:)
memang penat kak....
you're right:))
jangan cakap aje tak mo buat..kot2 tempahan mencecah puluhan ribu..he..he..
take care of yourself cikmilah...kalau tak sakit..satu keluarga kang susah!:)
Post a Comment