Friday, October 10, 2008

A better day...

Assalamualaikum, semuga ceria selalu

Sepuluh hari Syawal masih segar....Alhamdulillah, I feel much better. Ramai juga antara kita yang masih buat jamuan rumah terbuka ya, terutama yang balik kampung bercuti raya. Saya sendiri baru siap bersolek rumah dan nak keluarkan balang kuih raya esok...He he he...:)
Seminggu ini, kalau ada tetamu, saya hidangkan biskut raya dalam 3-tier plate saja...Bila ada kawan cakap nak bertandang, barulah saya masak yang simple-simple. Sebab siangnya berkerja, tiap-tiap malam kami ada tetamu. Saya hidangkan koay teow, mee atau meehon. Rencahnya saya siap tumis dan udang dan ayam sekali saya siap potong kecil-kecil dan simpan dalam peti ais. Bila nak masak, keluarkan saja, panaskan rencah dan masak. Dari satu rencah tu saya dah kemudian "mamak"kan, "goreng"kan dan "bandung"kan . Mudah kerja. Untung juga ada orang jual lemang ekat depan Politeknik tu, beli lemang panas dan panaskan rendang tok yang saya sejukbeku juga. Ala kadar jer hidangan raya kali ini...
Hari ini stok rencah tumis dan rendang dah bo ka liao....Saya nak lari.... balik kampung.

Masih bersemangat nak beraya sebab satu syawal dulu saya tak keruan. Makan ketupat pun sehiris saja, rendang tak boleh masuk sebab tak terasa lidah..Dah siap pesan orang kampung... saya nak balik makan ketupat...jom....
Ada majlis heboh-heboh kat kampung ku....orang itu nak kawen di Jitra....dan sepupu saya pun jemput saya sertai rombongan pengantinnya ke rumah besan di SP. Petang nya MamaAni jemput kenduri tahlil, dan malam nya ada jemputan open house cum birtday party kat rumah jiran...
Selamat berhujung minggu dan terus memeriahkan syawal....

9 comments:

MAMAMIA said...

Alhamdulillah Che Milah dah sihat.

Saya pun masih bersemangat nak raya...

Kak Elle said...

wah nampak nya cikmilah kita ni sibuk hujung minggu ni byk rancangan dah pun.

cendawanintim said...

syawal sebulan kan...selamat beraya..

U.Lee said...

Hi CikMillah, Bahasa saya da karat, ha ha, from before Merdeka, but boleh la faham about 38%...and can see you're a gourmet cook.
Saya suka ketupat dan rendang. Ada kari ayam merah? Ha ha.
You have a great weekend and keep well, Lee.

zany said...

kak cik milah dah pulih ye, selamat berhari raya kak cik, he, he.....

nurazzah8 said...

Salam Cik Milah,
apa khabar? dah baik?
Saya ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN (walaupun dah hampir 2 minggu) .. sebab b4 this tak sempat ...

sedapkan tgk cookies cikMilah buat... mmg terror lah cikMilah nih.. saya semuanya kuih tunjuk2 aje... mmg takde masa nak mengadap dapur buat kuih...

mdanish said...

Foto raya cucunda 2008.
http://mdanish.fotopages.com

cikMilah said...

Mammamia, ya... masih terasa nak raya.. keep it on...

Ya la kakElle, sampai dah demam balik ni.. h ehh he he

Salam cendawan.. iya betul tu. La ni kiata tengah puasa enam, before deepavali ni kita nak buat open house, datang ya!

Hi U.Lee
it's OK, baca selalu lama-lama dapat catch-up lagi.. he he he. Suka rendang ya, balik sini sya masakkan...

cikMilah said...

Ya Zany, come and join me!

Salam Azzah, selamat hari raya maaf zahir batin dari saya jua.
Saya dah jadikan kuih mih dan kek dari hobi dan pendapatan sampingan.
Next year, tunjuk kuih dengan saya ya... he he he...