Semenjak Ramadhan yang baru lalu saya telah menjejak 13 orang sahabat lama yang tak di temui kira2 20 tahun lamanya
Terbaru ialah Mufa.
Hari Isnin saya MC, boringnya rasa berbaring saja jadi saya kemaskan meja kerja suami dan terjumpa kad business Mufa. Terperanjat juga! Business kad Mufa ada pada suami saya. Dia salah seorang pengendali Asrama Anak Yatim yang kami sumbangkan sedikit sedekah pada bulan puasa dulu. Mufa adalah junior saya saya buat saya macam kakak sendiri. Kali terakhir kami jumpa bila dia datang ziarah saya di STL tahun 1989. Katanya dah lebih 20 tahun dia cari saya, tapi tak jumpa. Akhirnya dia give-up bila ada seseorang beritahu yang saya ( kononnya) berada di Qatar, kawin dengan Pak Arab dan jadi jutawan! Ha ha ha.. saya gelak besar...( sapa la yang punya cerita ya...ha ha ha)
Tunggu ya Mufa, kami memang sedang merancang utk melawat asrama anak-anak itu lagi.. nanti saya kenalkan Pak Arab Qatar or my Habibi saya pada awak...
Sehari sebelumnya saya terserempak RA waktu singgah bersarapan di Kopitiam dekat Menara Alor Setar. Dah lama kami nak makan di sini tapi kali ini baru ada kesempatan. RA adalah kawan ketika kami sama bertugas di SriManjung, Perak. Dah 15 tahun dia menetap di AS-Langkawi dan sekarang orang kuat Kedah.fm...
Sehari sebelum perkahwinan Azma, saya menghantar hantaran ( lihat N3 lalu), bertemu ayah bonda nya. Ustaz Mohd Khassim guru agama sekolah rendah dulu..MasyaAllah...
Hari Raya saya bertemu Dilah dan Mahadi. Kami berkawan baik sejak Tingkatan Satu. Masih in contact tapi tak pernah berjumpa sejak 1987! Waktu itu saya sebelum nak ke US saya ajak Dilah ziarah Syah dan Mahadi di UKM. Mereka berkahwin waktu saya masih belajar, kemudian masing-masing sibuk dengan rumahtangga dan kerjaya. Ramadhan lalu saya nekad mencari dan Alhamdulillah.. bertemu jua di Aidilfitri.
Bersama Dilah dan Mahadi, kami kerumah seorang guru, dan bertemu anaknya, Abu Zahrah..rupaya dia kawan baik suami!
Syah, sahabat paling rapat- Dia terperanjat besar bila saya hubungi hpnya. Saya dapat dari seorang pekerja pejabat sekolahnya....tunggu Syah.. nanti kita suprisekan awak lagi... he he he
Tak sabar tunggu Aidil Adha, semuga kita panjang umur dan dapat bersua...
Win dan Roshdan saya temui di alamaya. Win roomate saya di NC. dan Roshdan adalah jiran rumah sebelah! Di NC dulu cuma ada 2 rumah Melayu. Kami serumah 5 perempuan dan jiran sebelah selang 5 pintu di sana ada 5 lelaki. Di sana cinta mereka berputik dan berkahwin bila balik Malaysia...Saya jumpa bila hopblog melalui Zany - nampak gambar Win dan Roshdan dalam blog Tobiaq... masakan ku lepaskan dari menghubungi adik-adik ku ini...
Saya hopblog dari Neeza ke blog Hj Safian...ahhhhh.. suami Safiah rupanya dia! Safiah ni cute sangat, roomate saya di STL! Tak sabar nak jumpa lagi. Let me know bila you balik Penang...ya...
Minggu yang sama Rosma beri komen di blog saya... yayyyyy...kami kenal sejak di Jalan Gambang, kemudian sama-sma di STL.. Rosma dah half-Penang... jom jumpa ya....bila balik rumah mertua kita kasi gempaq ya!
Dan saya terus menjejak. Hari ini saya menjejak Diah melalui pejabatnya di UUM. Mengumpul kembali sahabat-sahabat lama yang pernah memberi kemanisan pada hati, terasa kasih sahabat dan ukhuwah yang perlu dikemaskan.
Sahabat baru saya kelek dan yang lama saya kendung...
Hari ini jua, saya mendapat jejak seorang sahabat lama melalui blog anak muridnya. Sedihnya saya "berjumpa" dia pada hari jenazahnya baru disempurnakan. Al- Fatihah untuk Allahyarhamah Napidza Abdullah, kawan sejak Tingkatan 1 hingga 5. Alahyarhamah meninggal duni pada 14 Oct 2008 jam 7.30 malam akibat kanser payudara. Semuga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Friends are forever...
26 comments:
wow jejak kasih eh?best kan dapat contact kawan2 lagi
Hello Cikmilah, hope you had a wonderful Raya? Da makan ketupat? Rendang? Ada sambal belachan? Ha ha.
I sure miss visiting my Malay friends....for Raya.
Anyway, here's wishing you the very best of health, you have a nice day, Lee.
kakElle,jumpa kawan lama rasa muda balik,, he heheh
ramainya jumpa sahabat lama, bila dah lama sangat tak betemu adakalanya dah susah nak kenal..orang ussah nak kenal akak sebab dulu akak cekeding, sekarang ni tau-tau ajelah..hehehe.
kak cik, sukanya saya bila kakcik dapat jejak kasih kawan lama, saya pun terasa bersemangat nak menjejak kasih geng sekolah dulu.
hello U.Lee
I tunggu you balik Penang, mau makan ketupat rendang sama you...he he heh
Thanks for dropping by.
KakRIna, betul tu, ada yang ingat nama tapi tak ingat rupa macamana..
Alaa....biasala tu, kita dah 4-CC ni mestilah ada isi.. baru sedap dipeluk anak cucu....he he
Terima kasih pada Zany jugak...cuba lah hubungi balik...masing-masing dah berubah...
Dalam seronok tu rasa sedih bila dapat tahu tentang kawan lama kembali kerahmatullah pada hari kakcik jejaki dia...
Bestkan dpt jejak kengkawan lama.
Tiada rezeki nak jumpa arwah Napidza, semuga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yg solehah
laaa.. kak cik kenal hj safian ad the wife ke? memang hj safian kahwin dengan student dia.. hj safian tu boss neeza dulu.. baik orangnya.. wife dia, safiah tu neeza tak pernah jumpa tapi memang anak mami pun.. :). what a small world kan..
Salam K Ja, Roshdan tanya mana gambar K Ja?
Sya, thanks for dropping by.
Ya.. semuga aruah dicucuri rahmatNya!
memang seronok menjejak kasih...tapi terkadang terjumpa sahabat ada yang dah berubah...
Ja, yes...she was my roomate and known him by name only.Satu hari , InsyaAllah all of us will be seing each other..
Win, nanti K Ja upload gambar ya.. siann.. org tu rindu kakak dia ke, dah lupa rupa kita...he he he.
Maklang, gitu la adat dunia kan. Kita ni berubah in size jer kot.. hati masih sama.. he he he
Salam..wah tentu seronok dapat trace kengkawan ni..tie tak jumpa lagi kengkawan lama tie..kecuali sorang je...mungkin kerana masing2 dah pun berumur..tak aktif dlm blogging ni..tie je yang perasan muda..hihi..
kak milah,
tunggu 3,4 tahun lagi leh jejak kasih ngan saya kat penang nanti.hehehe
Salam Tie, memang best.. rasa muda!Kawan sekilah menengah tak blogging - kita google dan call.Hingga hari ini dah hampir separuh kelas Tingkatan 5 Sastera 1 kita dah trace..
Dengan cikMimi nanti nak mengikat kasih, kat puncak minden!
cikmilah,
semoga sihat sejahtera. elok juga menjejak kasih mencari sahabat lama. menjalin semula silaturrahim itu baik. kalau saya ke pulau pinang nak jejaki cikmilah :)
MakcikMIlah..
Oh macam tu..smga ukhwah bertaut didahan yang kukuhh..
Hi Cikmila, just dropped by say hello.
You have a nice day and keep well, Lee.
Salam,
Jumpa kawan lama, tentu cerita pasal nostalgia lama..
Harap tak terlambat utk ucapkan 'salam syawal' buat CikMilah
-Faruha-
mesti banyak cerita yang nak diceritakan tuh..
Salam cik Milah...ni first time masuk blog cik Milah...salam kenal dari kak anie a.k.a. kaklady...heheeh
Seronok mencari kawan2 lama lebih seronok bila dpt bertemu...akak ni...dah lama tak berjumpa dgn kawan2 sekolah yang lama menghilang ntah kemana...
Alhamdulillah..kata org, bertemu rakan lama tu rezeki tu. Byk hikmahnya kan Akak..seronok rasa yg Allah bagi tu tak terkata bila diizinkan kita bertemu rakan yg bertahun di pisahkan.
Saya tumpang gembira Akak ..InsyaAllah adarezeki, kita juga bakal bertemu hendaknya..amin
Post a Comment