Wednesday, December 10, 2008

Anekdots Aidil Adha


Entry yang saya buat pada petang hari raya hilang $T%)^$(%&(&$(#)( entah apa-apa mesej dan it was gone with the wind from the nearby mountain!



Hari Tashriq belum berakhir dan takbir masih beralun selepas solat jadi belum terlewat saya ucapkan salam Aidil Adha untuk semua...semuga pengorbanan kita memberi menfaat pada orang lain dan di terima olehNya sebagai amal soleh pemberat neraca kebaikan. Ameen...

Hari Raya Haji di kampung halaman saya sama meriahnya macam sambutan Aidilfitri jadi persiapan kuih muih untuk balik kampung macam biasa. Awal-awal lagi saya ingatkan diri agar tidak terlalu memberatkan diri macam raya puasa dua bulan lepas! Tempahan kuih raya dan kek saya hadkan jumlah dan jenisnya. Saya buat jem tat, makmur, biskut peanut butter dan samperit saja. Hari Khamis saya selesaikan penghantaran jauh dan dekat; jadi saya ada tiga hari untuk tumpukan pada persiapan keperluan rumah dan rumah mertua. Tapi saat akhir begitu perlu juga melayan hantaran cupcake pertunangan dari jiran terdekat; tak sampai hati nak tolak lagipun Jumaat hari shutdown, dapat tolong selesaikan hantaran dia. Saya tidak tidur lagi selepas sahur dan terus "bekerja" hingga matahari terbenam. Usai solat Isyak saya tidur.. betul betul zzzzzzzzzzzzzzzz...dan bangun lagi awal pagi esok menyambung tugas seperti yang dirancang...Begitulah jadual 3 hari sebelum Raya. Dengan bantuan dua dayang kat rumah ni, ringan sikit kerja...sayang mama rupanya boleh di harap. Seorang teliti membentuk biskut dan seorang lagi suka buat cupcake...

Pagi Sabtu kami bertolak balik dan pergi jemput Tok kat rumah adiknya. ( Seminggu dua Tok kat rumah MakNgah)- nampak muka Tok macam sembab , bawah mata ada eyebag dan nafas pendek-pendek ;tapi saya tak cakap apa-apa. Sampai rumah Tok, saya bersilat lah apalagi - dah sebulan rumah tu kosong- faham-faham sajalah kan...Lepas solat zohor Tok tidur nyenyak . Agaknya dia rindu kat katil sendiri.. hujan pulak tu, sedap dia tidur. Petangnya sahabat lama yang baru di temui, Diah datang berziarah dengan anak-anak. Rancak kami bersembang hingga dekat maghrib.. rasa tak mau berpisah macam-macam nak di bualkan. Thanks Diah for a pleasant visit :) Malamnya kami ramai-ramai buka daun palas, sambil tu saya pujuk Tok pergi hospital buat check-up.

Pendek cerita esoknya pukul 7 pagi kami tiba di hospital dan Abah terus ke pasar beli bahan basah...Panjang list saya untuk dia.. he he he. almaklum lah petiais kosong!
Pukul 9 pagi kami dah balik dari hospital. Paru-paru Tok sedikit kembang, dia diberi dos tambahan untuk urinate dan saya suruh dia rehat saja. Tak larat dia berulang ke bilik air, akhirnya dia bawa selimut bantal tidur dalam bilik yang paling dekat dengan bilik air! Sementara dia rehat saya balut ketupat palas. Alhamdulillah sebelum azan zohor saya selesai balut ketupat dan buat agar-agar santan. Leganya bila ketupat dah naik api! Sambil merebus ketupat, saya dan suami tolong Tok kerjakan rendang daging, ayam dan kuah kacang. Masakan tradisi ni kena juga ada sentuhan orang tua, baru ada umph! Setuju tak?
Ipar dan biras tiba waktu kami sedang berbuka puasa. KakSyimah terus dengan projeknya kari daging mamak dan bihun sup! Cekapnya dia, szup szap zsup zsap... dua periuk besar bertenggek kat dapur dalam masa setengah jam saja. Sementara tu saya buat kek aiskrim ; ganti biskut sebab biskut raya yang di bawa balik sudah habis!!!! Nasib baik biskut makmur terlindung bekasnya- adalah jugak biskut raya untuk pemanis mulut nak dikawankan dengan kek buah dan agar-agar!
Malam raya ni ingat nak balik rumah pusaka keluarga saya yang didiami kakak. Biasanya malam raya ni kami berkumpul dan bertukar juadah; tapi bila Abah setuju balik sembahyang raya kat mesjid kampung saya esok pagi tak lah jadi balik. Rasa macam nak melompat ke langit! Thanks darling. Saya rindu sembahyang jemaah dengan orang kampung. Apatah lagi sembahyang raya gini,yang merantau jauh pun balik dan boleh jumpa.
Syahdu dan meresap alunan takbir. Puas mendengar qutbah raya yang di"qutbah"kan - bukan yang di"baca"kan. Qatib dan Imam anak kampung sendiri ; mereka lulusan al-Azhar yang kembali berbakti pada anak-anak dan wargatua kampung sendiri. Tanpa naskah, qatib berqutbah dengan tertib dan bernas; satu persatu perkataan bernas lancar di lidahnya.
Turun mesjid kami ziarah pusara ayah bonda, datuk nenek.. kemudian berkampung kat rumah pusaka. Abang1 datang dengan konvoi 5 buah kereta , riuh rendah anak cucu. 4 hero kecil ni sepupu antara satu sama lain, cucu Abang1 . Kat kolam antik ni la suka benar depa menyempit..Penat bergelak ketawa kemudian pergi tempat sembelihan korban. Abang3 buat nak berkenduri korban malam nanti. Tapi saya mengelat tak nak tolong masak! Selepas zohor kami pergi rumah Abang2 daerah yang agak jauh. Di sana dah siap hidangkan juadah daging korban. Sepetang kami di sana....relax dan lepak dibelai angin sawah. Tengoklah gambar ni, hati mana tak di sentuh damai...


Sebelum maghrib kami pulang semula ke rumah kakak dan Abang3. Kena "marah" dengan kakak ipar3 sebab tak tolong dia masak.. he he, jahatnya saya kan! Tapi saya tak kesah pun.,. marah-marah manja.. Pagi tadi waktu bersalam dengan dia kat mesjid pun dah kena marah sebab saya tak balik malam sebelumnya.. ya lah orang dah tunggu dengan lemang siap bungkus tapi kek coklat saya tak sampai-sampai!
Kenduri kali ini saya betul-betul lepas tangan. Anak dara ramai semua rajin buat kerja kenduri. Saya duduk melayan cucu saudara..menjeri-jerit budak-budak tu saya gomol.


Selesai tahlil dan kenduri kami balik rumah Tok. Tak jauh, 10-15 minit jer.
Pagi Raya kedua kami ziarah ayah angkat Abah di Pedu. Petang kami bertolak balik Penang tapi Tok tak nak ikut sekali. Abah cuci periuk besar bekas memasak dan saya kemaskan pinggan mangkuk semua sebab ipar duai pun dah balik ke rumah masing-masing; sekurang-kurangnya tak lelah Tok nak mengemasnya nanti. Memang berat hati nak tinggalkan dia seorang kat rumah tu tapi apakan daya. Ikut lah saja kehendak dia, agaknya dia rindu kat rumah sendiri .Doakan yang terbaik saja.
Kami tak terus balik, sebaliknya singgah ke rumah sepupu saya. Melekat lagi kat situ sampai tengahmalam. Saya sempat tidur kat sofa sementara semua orang sibuk kat laman! Not only that, saya diberi cenderahati dari kilang dia.. he he he.. boleh tambah koleksi miniature roses roses...
Pagi ini.. malasnya nak pergi kerja; tapi saya dah tau kerja bertimbun-timbun. Balik ke sini, sirna segala suasana raya. Mujurlah masih dikumandangkan takbir selepas solat dari corong pembesar suara mesjid.. masih ada roh Aidil Adha di sini....

20 comments:

Abang Long said...

Ketupat palas. Memang dahulu ku tarah habis - habisan. Kini, tinggal kenangan selama - lamanya.

Abang Long said...

Ketupat palas. Dahuku, ku tarah habis - habisan. Kini, ianya tinggal kenangan.

Kak Elle said...

hmmm sekali2 buat entry huh berjela2 saya kena baca....hahaha

seronok nya raya cikmilah di kampong:)mmg cantik pandangan sawah tu ye bila lah saya nak merasai tu semua.

cikMilah said...

Abang Long, ada kesempatan kita jumpa nanti saya bawwakan ketupat palas ya. InsyaAllah, rahmat Allah masih ada.

cikMilah said...

Waktu padi sedang menghijau sekarang, memang cantik sekali kak.Mai Penang nanti saya bawak akak balik kampung..:)

Neeza Shahril said...

kak cik ketupat guna pulut merah ke? neeza tak pernah lagi rasa.. selalu tu pulut putih.. Arwah nenek neeza letak kacang apa entah dalam tu.. pas tu kalau yang tawar, cecah dengan manisan cair.. sedapnyaaa... :)

khutbah kalau setakat baca, baik tak payah bagi khutbah kan kak.. kalau Imam tu seseorang yang berkhutbah kerana Allah, pastinya dia tak payah baca text sebab berkhutbah ni untuk ingatkan diri kepada Allah.. bukan sebab nak ikut suruhan manusia ;).

neeza suka suasana kampung.. aman damai.. especially bila tengok pokok padi menghijau tu..

cikMilah said...

itu ketupat pulut hitam Ja; campur sikit pulut putih, jadi purple in color.Makannya macam ketupat palas yang putih juga..
U r right. Khutbah dari hati dan iman seseorang khatib puas didengar, meresap ke akal dan naluri, menggerakkan seluruh urat saraf

Abang Long said...

Wahai Puan yang dirahmati Allah.

Sebenarnya Abang Long memang sudah tidak boleh menjamah pulut lagi. Harap maklum.

maklang said...

seronok baca entry cikmilah...boleh bayankan betapa meriahnya di sana...

tulipurple said...

rinduuunyeee suasana kampung...jelessnye tgk org ada kampung..ahaks'.
sy baca N3 sis kali nie pun naik terasa penatnye sekali...ehehe.

Mulan said...

waahhh.. saujana hijau mata memandang.. saya paling suka gambar pemandangan.. masyaAllah cantiknya..

Nong said...

Meriah nye beraya di kampung. Kami disini raya dalam hujan lebat, banjir sampai kat lutut...

ells^aiRiN said...

:) cantek jga view blakang umah tu ehh..hehee
bila jauh baru rindu..

Sya said...

Ketupat palas tu menggoda kalbu tapi boleh makan sikit buat ubat.. Meriah raya cik milah

cikMilah said...

Oh gitu ceritanya.. maafkan saya Abang Long, tak faham bahasa saya ni...Tak pa nanti kita makan benda lain..

Maklang, sama meriah nya raya haji denagn raya puasa akalu kat KEdah ni...:)

cikMilah said...

Tulip tak balik mai Kepala Batas ka, tu PakLah banyak buat korban tu, Meriah! Ada lembu, kambing, kibash pun ada...

cikMilah said...

Mulan, hijau dan sejuk...nikmat Allah masih ada alam sekitar yang terpelihara..
Tpi sedih tengok sungai mengalir lesu...

cikMilah said...

Kak Nong raya dalam anjir kat mana tu? Last year kita kat Kedah pun sama; tapi rumah pusaka kami tak dinaiki air; ada juga sedara mara yang tetap beraya dalam banjir, ; dan padi di bendang yang sedang berbuah rosak teruk...

cikMilah said...

ells,
yang jauh di rindu yang dekat di sayang.. ahemmmm!

cikMilah said...

Sya tak boleh makan pulut ya..
MIL pun sama sebab tu kita buatkan ketupat pulut hitam - kata orang pulut hitam tak "bisa" macam pulut putih.
Dan dia makan pun tak la berangin/semput.