Saturday, December 20, 2008

Jalan-jalan Pesta Pulau Pinang

Sejak pertengahan November saya buat-buat lupa event ini.. ingatkan boleh escape! Kalau ikutkan hati memang nak duduk saja di rumah; sehari dua ini memang rasa tak "fit". Hati pun tak ceria entah mengapa. Suami pun ada cakap kalau Mama tak sihat kita tak pergi. Tak apalah, kesian kanak-kanak ribena tu...jom.
Macam hati saya jugak nampaknya pesta tahun ini kurang meriah. Tengok tu kat gerai makan pun lengang..Lepas maghrib kami masuk terus cari nasi beriyani daging keema yang kami makan tahun lepas. Sedap sungguh beriyani dia,lauknya wangi. Haa.. tu pun dia; tahun ni mamak kulit putih tu masih ada gerainya di sini. Sekali kami makan tahun lepas, selalu teringat tapi tak tahu nak cari di mana tempatnya. Suami terkejut saya minta nasi beriyani juga. Ada dua sebab. Pertama sejak hari Rabu lalu saya survive dengan roti wholemeal dan crakcer jacobs dengan air suam saja...Kedua kalau makan di restoren nasikandar saya order naan, bukannya nasi.
Sebenarnya kami jarang ( seingatnya tak pernah!) makan nasi mamak kat Penang sebelah pulau sini. Di sebabkan nasi beriyani yang ini lain rasa sikit, saya mencari lagi. Selalunya mamak nasi kandar kan mamak gelap, tapi mamak yang ni putih kulitnya. Macam Arab pun ada, muka Afghan pun ada kot. Bukan saya pilih warna ya, tapi itu kelainan yang saya nampak, selain manifestasi rasa nasi dan laukpauknya memang lain dari nasi beriyani kat restoren nasi kandar yang biasa saya jumpa. Tentu sekali lain suku bangsa lain masakannya kan. Kami tanya kat mana kedainya. Saya lega bukan kat Georgetown. Kedainya dekat simpang empat di Balik Pulau.. ok..nanti kita pi buat assessment.. he he..Kalau menepati piawaian ie jauh dari longkang dan bukan yang style atur meja kerusi kat atas jalanraya tu...saya tak kan kaciwa...
OK, itu pasal nasi beriyani pesta. Harganya? Nasi beriyani ayam dengan kari kuah daging kisar untuk 5 orang cuma RM30.00. Murah dan sedap.

Lepas itu kami susuri booth pameran. Ruang pameran tak ada yang nampak istimewal. Boleh dibilang dengan jari agensi kerajaan yang ambil bahagian tahun ini. Semuanya agensi kerajaan negeri. Kesian orang Penang.... Kami mencari-cari pavilion Thailand. Tahun lepas meriah sungguh dengan pameran permata, serba lengkap satu Siam agaknya depa bawak - tahun ini tak ada. Yang ada pun hanya gerai makanan dan jualan cenderamata, pakaian...tak ada specialty. Baru teringat tahun lepas salah satu penganjurnya ialah Tourism Malaysia.. hmmmmm..
Pavillion Sumatera, rumah Acheh tak ada perubahan pun, macam tahun-tahun lepas...boring!
Kami singgah sebentar di pavillion Perpustakaan Awam PP, ada pertunjukan makyong dan tarian kebudayaan..Kemudian mencari orang utan. Dengar kata ada seekor di bawa ke sini - tapi tak jumpa pun. Masuk ke ruang Perhilitan terbau semacam. Ammer teruja tengok musang,landak, tenggiling, biawak yang diawet. Saya rasa nak muntah tak tahan bau. Dalam hati berkata binatang awet mana ada bau. Bila saya dongak baru nampak dan tahulah baunya dari kulit dari seekor ular sawa yang lebih dari 12 kaki tergantung di atas kepala kami...erghhhhh.. ini baru thrilled!
Kulit ular sawa jadi langsir khemah!!!
Kemudian melayan anak-anak dengan paratrooper, drop zone, racing car entah apa-apa lagi. Area funfair inilah yang paling ramai orang berpusu-pusu...Saya dapat special spot bawah duduk di atas akar kayu besar di bawah pokok sementara menanti anak-anak selesai bermain. heeiiii.. macamlah tak pernah main padahal tiap-tiap tahun benda yang sama depa ulangi...dan asyik cakap kat BTS lagi best, tapi nak jugak ke pesta...
.............girls.. just wanna have fun a drop zone.............
Mama tak nak try ka..KakNgah tanya bila nampak ramai jugak parents sebaya kami menyertai anak-anak mereka. He he.. Mama dah puas main dulu .. tak larat dah nak oi...
Sebelum balik kami melencong ke pavilion Medan . Di satu sudut ada khidmat urutan. Bagus juga kalau dapat diurut kepala yang tak betul ni. Sedap nampak seorang kakak sampai berpeluh-peluh dahinya dipicit-picit juruurut wanita tu! Abah cakap pergilah cuba. Eh seganlah orang tengok. Bila di beritahu ada di sediakan bilik, ok saya nak!
Saya pilih urutan kepala dan wajah. Hmm nyaman, memang lain cara urutannya mengenakan tekanan dengan logam bulat, kemudian baru di urut dengan tangan. Di tekan pada kepala, rasa berdenyut tapak kaki. Power! Urutan terakhir dengan batu marmar berwarna putih bentuk telur. Cerah mata dan ringan kepala bila keluar dari bilik urutan tu. Memang power la. Dalam perjalanan pulang saya buka cermin kereta.. he he.. fahamlah kan, lepas berurut...Paling ketara, pagi tadi bila bangun subuh, sembab muka yang saya alami sejak 2 minggu lalu dah hilang...
So, I have reason to claim my facial massage allowance from him, once a month.. ha ha ha!

24 comments:

sya said...

Cik Milah, kita ni kan penat keja.. penat masak.. jaga rumah .. jaga anak2 sesekali kenalah manjakan diri kan?

aNIe said...

Cik Milah...akak tak pernah pergi ke Pesta tersebut biarpun 2 tahun lepas akak 2 minggu berada di sana...

Malas nak berasak...lagikpun dah malas nak ke Pesta2 dah...tak larat dah...heheheh

Cik Milah...bagus jugak teknik urutan tu ye...

Ibnurashidi said...

salam ..

wah macam best ya..dah lama tak tengok Malaysia..ini kira pesta apa ya makcik?

tu betulke kulit ulat?besaq nyaa..

Nasi Beriyani apa rahsianya nak bagi sedap?kalau ada sapa2 tau bagtau saya..

Kak Elle said...

wow best nya kalau kesana skg ye cikmilah ada pesta penang.

urut muka tu facial ek?

Neeza Shahril said...

agaknya mamak putih tu Afgan ataupun Turkistani kot kakcik. Kat sini pun yang masak beryani bukan arab pun tapi Turkistani atau Afgan.. sememangnya beryani bukan masakan arab kan ;)

ooo.. baru neeza tahu kalau urut muka, nanti muka boleh berseri.. ye ke gitu? tak perasan pulak selama ni.. ke neeza jarang pergi urut kot.. hehee..

zany said...

kakcik, masa pi penang lepas, dari george town boleh nampak lampu cahaya terang di pesta, tapi nampak muram je masa lalu tu. Orang sekarang berjalan tempat2jauhkan, kalau kecik2 dulu siap ada rombongan cik kiah dengan bas, ha, ha.....

kat simpang 4, balik pulau, tak perasan pula mamak jual beriani sedap, nanti kena cari. Biasa tak makan mee rebus pokok ketapang, belah sana juga. Ada sekali tu, lalat dalam mee so kami bagi balik kat mamak, selamat tak sempat makan pun. Sekali mamak tu buang lalat, dia bagi mee tu kat orang lain. Hampehhh betul.

cikMilah said...

Sya, kalau kita tak jaga diri kita, tak da siapa ayng nak tolong jagakan ya...Jom kita peruntukan waktu untuk belai diri sebulan sekali.

cikMilah said...

Tahun-tahun lepas banyak pameran yang bermenfaat; tahun ni muram sikit nampaknya. Ikutkan hati mmg tak larat KakAnie, tapi kesian kan budak-budak...

cikMilah said...

Farid,
Pesta Pulau Pinang ni acara tahunan, sebagai wadah pembangunan dan pencapaian negeri dan membuka peluang pelaburan bagai.. tapi bila dah bertukar pemerintah ni , nampaknya sokongan dari kerajaan pusat; Zero. Hendaknya tahun-tahun depan is akan lebih meluas dan bersepadu.

Makcik pun tengah mencari rahsia beriyani, nanti bila dapat makcik bagi tau ya.
Mmg itu ulaq real dan mmg besar ulaq tu..

Abang Long said...

Baru 2 minggu lepas kami berjalan ke Pulau Pinang, cuma tidak tunggu sampai Pesta.

maklang said...

he..he...maklang lama tak buat facial..masa terlalu mencemburui ku...

seronok muka di urut2 tu...nanti pergi urut badan pulak ye..

ummu asiah said...

kakcik..

saya pun tak ingat bila la last sekali pi pesta penang tu..zaman keck2 dulu tiap2 tahun mesti tak miss punya..time tu syok main-main saja..naik ndoi pusin..tu la paling glamer sekali...la ni.

tumpang rasa kenikmatannya diurut muka dan kepala..how much kena tu kak cik?

mass said...

salam kakcik....amboi sioknya dia...

cikMilah said...

Salam Abang Long,
ni Abang Long nak kena rotan. Awat tak call chek masa mai Penang???

To maklang:
...ya. memang syiok habih...mmg dah lama pun tak buat facial dan mengurut...


To Ta: mmg nostalgic Pesta Pulau Pinang ni kan. Dulu mak bawak kita, la ni kita bawa anak pulak.. hihihi..
Tak mahal pun charge nya urutan tu..murah dari kat salon..


To Mass: part paling best pasai mengurut tu la.. heheheheh

MULAN said...

thai dessert tu sure sedap kan... yumm yumm...

manlaksam said...

Salam Cik Milah,
Pak Man biasa urut betis saja.....lenguh bawa lori.

mama said...

salam perkenalan cik milah.

cikMilah said...

Mulan,
tu la.. nampak sedap especially mangga tu, tapi tak lalu la pulak nak makan...non-Muslim tu..
Last year banyak gerai Thai Muslim..kali ni tak dak pulak...

cikMilah said...

PakMan, kita sakit kepala pikirkan tak dak kerja kat kilang.. kena urut dah lega..he heheh

cikMilah said...

Waalaikummussalam Mama,
salam kenal, terima kasih sudi berziarah..Ada bertembung kat blog Silversarina...semuga perkenalan berkembang mesra...:)
Comel Batoul dengan Zahraa tu...

silversarina said...

salam,

masa sebelum ke Pennag hari tu memang ada sebut pasal pesta penang tapi akak ni malas lah pulak nak pergi pesta, jadi taklah ke sana.

dapat urut kalau duk berjam-jam pun tak pe...claim urut jangan tak claim ..hehehe.

cikMilah said...

KakRina, nothing much to loose...compared to last year exibition.
Sempena tahun baru kan, claim pun kena review jugak... hahaha!

drNO said...

nmpk lengang je dalam gambar tu...
kita x penah urut muka la...
nk try la g facial :)

Musliha said...

cik milah..
simpang 4 balik pulau tuh di rumah mus tuh..
ada satu kedai nasi kandar..
serta ada satu kedai kecil bhai kulit putih berniaga nasi dan roti..
dia pakai baju mcm punjab kah?
ada pakai ketayap kah?
cik milah nak merasa kalu..
datang la ke sini..
mus boleh bawakan..
tak sangka.. di rumah mus yer..
hahahaha..