Sunday, July 19, 2009

NiKmaT

Alhamdulillahi bi iznillah…hari ini ada waktu terluang untuk berehat seperti yang diimpi-impikan sejak beberapa hari yang memenatkan . Ada peluang duduk diam-diam di rumah tak buat-apa-apa. Tak buat apa-apa bermakna tak ada urusan yang kena mengena dengan orang lain, tak perlu buat penghantaran, tak perlu mengajar.
Sepatutnya hari ini saya dijemput menyertai pameran dan jualan coklat di Expo Pertanian. Notis diberikan terlalu pendek, kalau hendak memang boleh buat tapi kena bersengkang mata buat coklat. No no no…kata LENGAN... rehat!!!

Pagi tadi pun,waktu menyarung track bottom, no no no... no earobik, though I love sweating out tapi dengar kata KAKI .. nak rehat. Apa lagi kelmarin sepagi melaram kasut tumit tinggi, terasa juga kejang urat betis sebab lama tak ber-high heel. Petangnya pula, 3 jam saya berdiri dan berlegar sekitar kelas cupcake di Komtar. Kelas ganache tu dah lama dijadualkan, jemputan sekolah baru minggu lepas dapat tahu. Mahu tak mahu harung semuanya.
Hari Sabtu ada 3 majlis di tiga sekolah. Semuanya antara 8 pagi hingga 12 tengahari.
Awal saya hantar Ammer kesekolah kerana ada jokathon. Cikgu mohon satu lagi sumbangan utuk cendera hati. Dah sumbangkan 2 kotak coklat 35 biji pada hari Jumaat untuk cabutan bertuah dan sebakul coklat permintaan hari ini untuk cenderahati. Selesai serahkan hadiah, saya pecut kesekolah kakNgah . Report Card Day . Had laju 80km atas Penang Bridge, saya langar mencanak! Jalan pula lapang, hari Sabtu, Penangite masih tidur waktu pagi.. hehehehe . Saya sampai paling awal. Alhamdulillah dalam kurang sihat kerana low BPnya, keputusan KakNgah agak baik. 7A, 3B. Tak banyak cerita dengan cikgu. Kiss and say goodbye to KakNgah, pecut ke sekolah Kakak pula sebab ada majlis menanti pada pukul 9. Majlis Anugerah Kecemerlangan, Kakak diantara penerima hadiah kecemerlangan akademik pelajar untuk Tingkatan 3…dan anugerah kecemerlangan Ko-ko untuk TKD.
Majlis itu belum selesai, saya minta diri, jemput Ammer. Sampai sana waktu acara penyampaian hadiah.Ammer , anak bujang ini beria-iya berlatih, dapat no 18.. Tapi tak dapat hadiah kerana hanya 10 hadiah pemenang diberikan. Kesian budak-budak, berpeluh berkilat berlari pusing. Sebelum balik tu , cikgu pengelola hadiah beri tempahan, 4 orang cikgu order coklat, ½ kg setiap seorang.. Alhamdulillah.. rezeki.
Pagi ini , isteri VVP telefon ….order coklat jugak. Sebakul tu tak cukup! Katanya melawak! Terkejut jugak saya sebab saya tak letak pun no sticker/laber kat hadiah tu. Rupanya dia dapat nombor hp dari sekolah. . Alhamdulillah….
What goes around, comes around….nikmat manakah lagi yang hendak kita dustakan?
Alhamdulillah dengan rezeki kesihatan,kelapangan waktu, anak-anak yang sihat cerdas dan rezeki yang tidak putus-putus…

11 comments:

NURAZZAH8 said...

Salam CikMilah, melelh air liur dengar coklat tuh.... bila eh nak dapat coklat I?

silversarina said...

Baca entry ni pun dah memang amat terasa betapa hidup cikmilah memang penuh nikmatnya Alhamdulillah.

Tahniah buat anak2 yang cemerlang , InsyaAllah semua akan kekal cemerlang , itu doa saya .Amin.

zino said...

berdesup ke sana berdesup ke sini... anak anak pun mendapat menunjuk kejayaan.. rezeki pun bertambah...alhamdullilah..

cikMilah said...

Astaghfirullhal'azim... AZZZAHHHHHHHHHH!
Ampun. Ya ampun, ya ampun. I usahakan minggu ini. 100% overlooked!

cikMilah said...

Kecilnya kita tanpa nikmat dah rahmah dari Allah kan? Hatta nak mengangkat jari pun tak mampu tanpa pemberian nikmat dariNya...Alhamdulillah, sejak mencapai 40 carat ni baru sedar, kepayahan yang sedikit itu sebenarnya nikmat yang tidak terhingga.

IKHWANI said...

Alhamdulillah, dapat rehat pun nikmat juga, belum lagi hitung yang lain..yang sebenarnya terlalu banyak nikmat Allah dari Allah yang Maha Pemurah, kadang kita lupa dan lalai nak hitung...bila boleh rasa coklat cikmilah agaknya??

Sya said...

Alhamdullilah rezeki

Abang Long said...

Kisah orang sihat pun sudah terasa nikmat. Kisah coklat pun nikmat.

Kak Elle said...

alhamdulillah rezeki dtg bergolek kan?

Rest pun busy jugak ye?

Abang Long said...

Emel telah dikirimkan melalui alam siber.

Buku telah dikirimkan melalui abang pos men.

:)

Neeza Shahril said...

Nikmat mana yang kita dustakan? surah Ar Rahman kan kak Cik...

ALhamdulillah.. rezeki dari Allah untuk kak cik tak putus putus nampaknya...