Wednesday, April 22, 2009

Coklat enak import didakwa ada lemak babi

Mungkin agak kena, dan mungkin boleh di anggap petikan akhbar Kosmo ini adalah satu peluang baik dan diguna sebagai "promo" untuk pengusaha coklat homemade seperti saya. Sebenarnya bukan coklat saja terlibat malah banyak lagi jenis makanan mengandungi bahan terlarang ini. Hakikatnya kesahihan halal haram bukan perkara enteng. Ia menjadi darah daging yang mempengaruhi perlakuan jasad dan kesejahteraan roh manusiawi.

Dari pengalaman mencari bekalan coklat mentah untuk di guna dalam pembuatan coklat, saya jumpai yang dijual di pasaran kita TERLALU banyak jenama yang menggunakan EMULSIFIER yang DIRAGUI sumbernya. Emulsifier berasaskan 2 bahan samada dari sumber tumbuhan ataupun haiwan.Contoh emulsifier yang di ragui ialah E471. Cara untuk mengetahui sumber bahan ini hanyalah dengan bertanya pada pengeluarnya. Selalunya pengeluar dari luar negara seperti AS dan negara-negara Eropah tidah sukar memberi kenyataan kerana mereka perlu menepati piawaian yang di tetapkan badan khas kawalan mutu makanan. Di negara kita sendiri agak sukar dan tempat rujukan yang ada cuma JAKIM. Begitupun, tidak semua soalan dan status makanan dapat di jawab oleh pihak berkuasa ini kerana keterbatasan yang ada.
Bagi saya , ambil pendekatan mudah; samada mencari sumber emulsifier itu dengan menghubungi pengeluarnya untuk bertanya apakah mereka menggunakan sumber bahan itu; atau tinggalkan saja jenama itu. Kalau ia berasaskan tumbuhan , memang tidak ragu lagi tetapi andai sumbernya dari lembu, saya masih tertanya adakah lembu itu di sembelih dengan cara yang betul?
Cara terbaik bagi saya, tinggalkan saja jenama itu dan terus mencari yang sahih halalnya. Bukankah mencari yang halal itu fardhu bagi setiap muslim?

Keratan akhbar Kosmo : Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my
KEBANYAKAN coklat import dari Eropah dan Amerika Syarikat didakwa mengandungi campuran lemak babi. Banyak jenis coklat import bukan sahaja dihasilkan dengan campuran minuman keras tetapi tidak kurang juga yang menggunakan lemak haiwan yang tidak halal termasuk babi. Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat.Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat.
Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat.Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendedahkan, pengusaha coklat di kebanyakan negara Barat lebih gemar menggunakan lemak babi kerana penternakannya meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis.Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, emulsifier memang ada dihasilkan daripada tumbuhan tapi penggunaannya sangat kecil.“Ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu juga sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi,’’ jelasnya.Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak.

18 comments:

NURAZZAH8 said...

salam cikMilah,

yaee.. dapat yang pertama bg komen...

ya..mmg banyak coklat yang dijual mempunyai emulsifier yg meragukan... saya setuju dgn cikMilah... jika ragu-ragu..tinggalkan sahaja...

sebab tu saya nak order lagi dari cikMilah...coklat hari tu 2 kotak dah habis...sekejapan aje...sekejap ada...sekejap lagi tak ada! balik rumah terus anak-anak serbu...

cikMilah...sedih ni...saya sms 2 kali tak berbalas... komen saya dlm n3 sebelumnya cikMilah tak jawab...sob sob sob...ingatkan cikMilah dah tukar no hp..sampai saya sms Ummi365 tanya no hp you...kot kot lah you dah tukar no hp pulak...tapi bila ummi kasi no..sama aja dengan yang Azzah simpan...

silversarina said...

Susah jugak nak cari coklat yang betul2 halal ekkk .

Buat masa ni saya masih belum teringin nak makan coklat, nanti bila mood sudah mari, saya nak order ye.

Neeza Shahril said...

takut jugak sebenarnya nak beli choclate yang pelbagai jenama tu..
sebab takut kes ni lah.
Kalau tak letak lemak babi, mungkin alcohol. sama je lah kan Kak cik.
still orang Islam tak boleh makan.
Kadang2 susah untuk kita check - ya lah.. berapa kerat sangat boleh hafal ingredients tu..
pihak berwajib kena ambik tindakan rasanya. Pada yang tak halal, kena tampal kat situ sticker tulis ada sumber tak halal...
tapi knowing them.. entahlah....

Sya said...

Sya ni tak amik lagik coklat dr kak ani nanti weekend ni baru free. tima kasih bebanyak

Kak Elle said...

cuma org yg membuat chocolates akan perhatin ..bagi saya habuk pun tak tau...hehe

the dark mint chocolates sedappppp

Inasaly said...

salam k.chik
aper yg akak ckp tu betul..E471 memang bahan yg selalu ada dlm coklat buatan luar negara..tp kebiasaan yer coklat dia org mmg ada senarai bhan2 yer..mmg kena selalu berhati2.Alhamdulillah so far kalau beli pn hanya satu dua brand ajer..memang x suka mencuba yg lain takut..yg penting kita berhati2

zlaa said...

Salam Cikmilah,

Terima kasih atas artikel ni. Kena lebih berhati2. Di sini banyak juga cokelat yang 'V' utk vegetarian. Ada tertera menggunakan kod E..., dan org2 yang 'V' ini agak strict pengambilan makanannya. Pengeluar di sini juga sgt berhati2 ttg bahan asas utk org2 'V' ini. Selalunya jika kita baca jawapan Pengeluar, mereka mengatakan kod E jika bahan makanan tertera V adalah berasaskan tumbuhan. Sejauh mana kesahihan, Wallahuaklam..

tulipurple said...

jutaan terima kasih atas keperihatinan sis...dan jua syabas atas perniagaan murni sis itew.
choc utk diabetic takdak ka?

Nong said...

HAPPY BIRTHDAY!

Sorry for a belated wish.

aNIe said...

Cik Milah...akak dah makan coklat tu...huhuhuh...tak cukup...anak2 berebut2...sedap pulak tu...the dark chocolate filling tu memang sedap...nak belajar buat chocolate dari cik Milah....berapa pengeras dia? Hehehhe

Happy belated Birthday dari akak buat cik Milah ...semoga dipanjangkan usia...murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik...ameen

cikMilah said...

Azzah, maafkan saya.. taqpi semunya kita dah kao tim kan...

Rina, mmg susuah di cari tapi petunjuknya ada:)

Ja, mmg tercabar kita dlm mencari yang halal kan, tapi itulah tuntutan pada kita...Tak pa.. if there is a will there is a way...

cikMilah said...

KakElle, I know you like yr chocolate minty..hehe

cikMilah said...

Sya.. hope you like it..

cikMilah said...

Salam Inasaly, yup...kalau yng ada senarai bahna, mmg mudah..

cikMilah said...

Salam Zlaa, di EUrpoe , mmg mudah sbb senarai bahan tertera pada bungkusan kan.

cikMilah said...

Tulip, ada satu pengeluar colat di Syah Alam keluarkan diabetic chocolate guna sebatian gula tiruan. Apa kandungannya.. tah tau la pulak..
more to find out...

cikMilah said...

Thanks a lot KakNong..enjoy yr weekend stay in Penang..

cikMilah said...

Thanks for the doa, ya KakAnie.
Nanti kena gi SA buat coklat ni.. hehe