Wednesday, July 30, 2008

Salam Isra' Mikraj

Assalamualaikum & salam israk mikraj untuk semua...
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.Dikatakan penting kerana peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tecantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad s.a.w didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.

1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Betlehem, tempat lahirnya Isa putera Maryam.

2. Jibril juga mengajari Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.

3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Siti Masyitoh dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.

4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.

5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama. Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang wajib dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

9 comments:

Neeza Shahril said...

dalam pada solat 5 waktu pun, ramai yang tinggal.. ini pulak 50 kan..
Allah maha pemurah tapi manusia ni selalu lupa diri...

ells^aiRiN said...

salam isra' mikraj jua...

ummu asiah said...

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran..

dalam sebuk kemelut harga brg naik dan isu politik yg menyakitkan jiwa..harap kita semua tak terlepas dgn peringatan peristiwa penting ini.

Dah looking fwd since a few days before..surau dekat my hse ada ceramah Isra' Mikraj oleh penceramah yang memang best and power walaupun pernah di ISA kan..who else..Ustaz Dr Badrulamin...tak sabaq nak pi dengaq.

cikMilah said...

betul Ja.. di sini pentingnya kita saling ingat-mengingati...

Salam La dearie .. lama tak dengaq habaq. balik ka utk occassion hari ahad ni..meh kita buat kapkek utk majlis tu....

cikMilah said...

Bagus tu N, zikir munajat Dr Badrulamin tu.... meresap...

Anonymous said...

Salam buat kakCik,

Lama tak jenguk. Thnks 4 the tazkirah.

Kak Elle said...

salam isra' mikraj cikmilah:)

maklang said...

best...tadi maklang menghadiri kuliah di masjid tentang isra' mikraj!

ni yang buat rasa nak berenti keje aje, boleh join majlis2 agama macam ni!

cikMilah said...

waalaikum salam MamaNumyinm
terima kasih kembali.. sekadar peringatan utk sendiri , and sharing is fun...

KakElle, semuga kita mendapat berkat...


betul tu maklang....tak terkejar rasanya kan...