Tuesday, July 1, 2008

Demam la pulak!

KakNgah masih demam. Lepas perlawanan hoki pada pagi Ahad , dia telefon nak balik rumah sebab tak tahan demam sangat katanya. Kata warden asrama, ramai juga yang demam dan dibenarkan pulang. Ada yang mahu terus tinggal di asrama di bawa ke hospital yang berjiran dengan sekolah itu untuk rawatan.
Petang Isnin, kami dapat tahu asrama ditutup. Malam sebelum itu, lebih 20 orang pengsan dan histeria...Astaghfirullahalazim...Saya hubungi ibu kawan-kawan KakNgah, memang confirm. Semua ibubapa dipanggil mengambil anak pada waktu tengah malam itu juga... Tak dapat saya bayangkan kecohnya suasana. Kesian ibubapa yang tinggal terpaksa datang dari Kedah, Perak...
Kadang-kadang timbul rasa bersalah anak berada di situ. Sekolahnya bagus tapi anak-anak kena ganguan makhluk halus...Dengarnya kes ini kalau berlaku pun sekali sekala dan hanya pada seorang, kemudian kembali seperti sediakala. Entah mengapa kali ini macam wabak pulak. Ya Allah, lindungilah anak-anak ini dari segala gangguan emosi dan fizikal. Peliharalah mereka dari apa jua gangguan.
Petang semalam Kakak pulak nampak pucat dan diam saja. Saya pegang dahi, agak panas. Cepat-cepat saya berikan ubat. Pagi tadi dia mengadu letih. . Bila adik balik dah berkepit, berhimpit , berebut tempat duduk dan berkongsi bilik walaupun masing-masing ada bilik sendiri...dah berjangkit lah tu..Anak bertuah dua orang ni, sejak kecil pun begini. Kalau seorang demam, nanti seorang lagi pun demamlah...terbawa sampai besar rupanya!
Semuga anakanda berdua sembuh sediakala. Kalau dah demam tu rumah ni diam saja...sunyi.
Kakak ada pertandingan TaeKwonDo hujung minggu ini. Dia sungguh-sungguh berlatih. Semuga tidak melarat demamnya dan bertenaga untuk dia bertTKD mencapai hajatnya.

14 comments:

ells^aiRiN said...

lah ciannyer..

semuga cepat sembuh..kim salam depa!

Neeza Shahril said...

semoga Kak Ngah segera sembuh..
seram jugak bila dengar2 kes makhluk halus ni kan..
memang betul, semuanya Allah yang tentukan.. tapi ada juga orang2 yang lupa akan kuasa Allah ni bertindak berkawan dengan syaitan...
mohon dijauhkanlah dari kita kan kak Cik..

Kak Elle said...

cikmilah mmg musim sakit semenjak buka sekolah on monday...2 teachers are down with fever dan juga murid2 dtg sickbay demam so warden I pun kena call the parents up to take them to see the doctor.

Anonymous said...

Anak perempuan mama yg form 2 suka bawak balik cerita hantu dari sekolah. Bila mlm, sendiri terbayang2.
..sklh asrama mmg sinonim dgn perkara cam ni kan..
..mudah2an anak2 kakCik cepat sembuh.

Unknown said...

semoga semuanya cepat sembuh.

Queen Of The House said...

Hopefully both your daughters feel better soon. Sekolah mana ni? Takut juga dengar kes-kes macam ni. Dulu zaman I di asrama pun selalu juga terjadi .... memang mengerikan. But usually terjedi pada certain students saja - yang agak lemah semangat.

cikMilah said...

Suhaila,
Memang kesian...depa kirin salam balik...tapi hari ni dah OK dah...

Neeza,
Sekolah lama zaman kolonial dulu memang macam2 cerita. Kononnya tempat tu "dia" punya sejak zaman Jepun!!!Dah masuk bulan Rejab ni kan, makhluk tu pun nak lepas gian agaknya sbb nanti bulan puasa kena rantai :)

KakElle, sana pun sama jugak ke. Cuaca juga tak menentu barangkali. Kalau sekadar sakit InsyaALLAH kita boleh ubat, tapi bila dah masuk bab macam ni, antara percaya dgn tidak kan.

cikMilah said...

Mama, kita zaman sekolah dulu pun camni jugak!Part of the survival duduk asrama kot! Masa tu tak kisah sgt, tapi bila anak terdedah pada suasana macam tu, bimbang rasa hati. ..

Abang Long said...

'Gangguan' yang tidak pernah habis ... semoga anaknya cepat sembuh.

Pondok Al Imran said...

salam, kesian kak ngah, semoga cepat sembuh, kak ngah sekolah kat mana

maklang said...

semuga cepat sembuh anak2 cik milah...

ni angah tidur kat sekolah, tapi bukan sekolah dia. Ada kem UPSR..moga2 anak2 di sana terpelihara dari segala macam gangguan, InsyaAllah...

cikMilah said...

Suria, terimakasih , ALahamdulillah merek beransur sembuh.

Queen, macam sejarah berulang,anak2 mengulangi jejak kita zaman sekolah. Semuga anak-anak kita di hijab dari pandangan makhluk begitu. Kata dr yg merawat, dia kena demam virus, itu kan mudah berjangkit dan ramai pulak yang kena..

cikMilah said...

AbangLong, kata doktor tu, bila kean deman virus ni kena rehat betul2 dan makan makanan berkhasiat. Jadi kami sepanjang minggu ni makan makanan orang sakit aje....he he he

cikMilah said...

Salam kembali pondok alimran, memang kesian tengok dia asyik tidur saja. Sekolah di Jln Macalister, Penang - tak jauh sangat dr rumah, menyeberang jambatan saja..
Terima kasih kerana berkunjung.

Maklang, InsyaALLAH Angah ok tu. Kadang-kadang kita ni yg risau tapi anak2 tu adventerous!