Nota:
Ini entri ke 100. Belum pun setahun berblogging, Entri ni akan meminjam perkataan yang selalu Maklang dan Ummi365 sebut; hangin dan blood go upstair.
Ingatkan nak buang saja dari ingatan, tapi menggelodak rasa hangin ni tak habis lagi...
Hari Isnin lepas, bila balik kerja nampak kakak merenung pc macam nak tembus screen. Ingatkan dia buat homework, biarkan lah.
Saya pergi aerobik satu jam, bila balik dia masih tak bergerak dari PC. Selalunya bila saya balik aerobik pukul 7 dia dalam bilik air, mandi kemudian bersiap solat maghrib.
Sambil tunggu badan sejuk sikit, saya panaskan lauk dan guide dari dapur saja bila dia tanya:
Macamana nak kira jumlah bagi cepat sikit; saya suruh dia guna summation, click kat icon macam Z tu.
Macamana nak nak susun jumlah paling tinggi ke jumlah rendah: pegi Data, Sort, Decending.
Macamana nak cari top three.....: Hahhhh, kakak buat apa ni ????
Bila tengok excel spreadsheet yang Kakak buat tu, my blood betul2 jump upstair!
Kenapa Kakak buat ni?
Cikgu minta tolong, cikgu tanya kat rumah ada komputer tak, tolong cikgu kira ni.. esok pagi cikgu nak.
Kenapa mesti tolong, ni kerja cikgu. Cikgu ada laptop kan?
Ada.
Zaman Mama sekolah, cikgu kira pakai calculator saja; tak pernah suruh murid buat kerja ni.
Rajin sangat kenapa, homework dah siap?
Belum, sambil hujan lebat kat pipi.
Stop this and take yr bath, and pray. Maghrib dah nak masuk. Lepas makan buat homework sampai habis.
Hujan lebat betul. Kesian pulak dia. Saya marah sangat kat cikgu tu, dia yang kena sembur!
!!!!!!!!!!!Tutup Kes Pertama!!!!!!!!!!
Hari Rabu petang, Kakak telefon minta keluar dengan cikgu nak belanja makan. Cikgu yang itulah..OK lah, bagi chance kali ni. Bagi tau cikgu mesti sampai rumah sebelum pukul 5.30 petang. Kunci pintu, bagitau Makcik Ani dan banyak lagi lah pesan saya yang semuanya dia jawab, OK mama, OK mama. Thank-you Mama.
Petang itu juga, Kakak beritahu ada perjumpaan Cikgu dengan parent pada hari Jumaat dari pukul 10 hingga 12 tengahari untuk sign report card.
Hah! Abah pandang Mama, Mama pandang Abah.
Kenapa last minute?
Mana surat ?
Tak ada, cikgu suruh anak-anak jemput saja.
Sorry, Mama tak boleh abik cuti atau time-off sbb ada audit kat kilang. Boss Mama cuti half-day hari esok. Potong jari pun tak dapat cuti emergency. Lagipun Mama perlu apply cuti 3 hari sebelum tarikh nak ambil cuti.
Abah diam dan buat tak tahu... Memang dah maklum, Abah tak suka emergency macam ni
Lebih baik begitu, baik dia diam dari bercakap sesuatu yang tak sedap....
Lepas makan an laama diam Abah bersuara,
...ni Kakak lupa bagitau ka?
Taaakkk, (sambil tu nak hujan lagi...) cikgu baru bagi tau tadi!
Sebelum Abah hot;
OK lah,Mama pi sekolah awal pagi esok sebelum pergi kerja.
!!!!!!!!Tutup kes kedua!!!!!!!!!!!!
Pagi Jumaat tadi lepas hantar Ammer, berpatah balik ke sekolah Kakak dan tercongok kat depan pintu bilik guru pada jam 7.25pagi. Mudah-mudahan ada lah sedikit ihsan cikgu muda tu untuk saya berurusan awal. Tunggu dengan Kakak kerana mesti tiba awal sebab pukul 7.40pagi hari Jumaat, seluruh sekolah akan baca Yasiin. Nasib tak baik, saya di beritahu cikgu tu belum datang. Saya tak percaya sebab nampak cikgu tu masuk tadi , siap saya bagi tahu dia pakai baju biru tudung putih. Senyum-senyum saja kerani tu, sambil minta maaf. Terdengar satu suara yang boleh membuatkan my blood go upstair.Ini entri ke 100. Belum pun setahun berblogging, Entri ni akan meminjam perkataan yang selalu Maklang dan Ummi365 sebut; hangin dan blood go upstair.
Ingatkan nak buang saja dari ingatan, tapi menggelodak rasa hangin ni tak habis lagi...
Hari Isnin lepas, bila balik kerja nampak kakak merenung pc macam nak tembus screen. Ingatkan dia buat homework, biarkan lah.
Saya pergi aerobik satu jam, bila balik dia masih tak bergerak dari PC. Selalunya bila saya balik aerobik pukul 7 dia dalam bilik air, mandi kemudian bersiap solat maghrib.
Sambil tunggu badan sejuk sikit, saya panaskan lauk dan guide dari dapur saja bila dia tanya:
Macamana nak kira jumlah bagi cepat sikit; saya suruh dia guna summation, click kat icon macam Z tu.
Macamana nak nak susun jumlah paling tinggi ke jumlah rendah: pegi Data, Sort, Decending.
Macamana nak cari top three.....: Hahhhh, kakak buat apa ni ????
Bila tengok excel spreadsheet yang Kakak buat tu, my blood betul2 jump upstair!
Kenapa Kakak buat ni?
Cikgu minta tolong, cikgu tanya kat rumah ada komputer tak, tolong cikgu kira ni.. esok pagi cikgu nak.
Kenapa mesti tolong, ni kerja cikgu. Cikgu ada laptop kan?
Ada.
Zaman Mama sekolah, cikgu kira pakai calculator saja; tak pernah suruh murid buat kerja ni.
Rajin sangat kenapa, homework dah siap?
Belum, sambil hujan lebat kat pipi.
Stop this and take yr bath, and pray. Maghrib dah nak masuk. Lepas makan buat homework sampai habis.
Hujan lebat betul. Kesian pulak dia. Saya marah sangat kat cikgu tu, dia yang kena sembur!
!!!!!!!!!!!Tutup Kes Pertama!!!!!!!!!!
Hari Rabu petang, Kakak telefon minta keluar dengan cikgu nak belanja makan. Cikgu yang itulah..OK lah, bagi chance kali ni. Bagi tau cikgu mesti sampai rumah sebelum pukul 5.30 petang. Kunci pintu, bagitau Makcik Ani dan banyak lagi lah pesan saya yang semuanya dia jawab, OK mama, OK mama. Thank-you Mama.
Petang itu juga, Kakak beritahu ada perjumpaan Cikgu dengan parent pada hari Jumaat dari pukul 10 hingga 12 tengahari untuk sign report card.
Hah! Abah pandang Mama, Mama pandang Abah.
Kenapa last minute?
Mana surat ?
Tak ada, cikgu suruh anak-anak jemput saja.
Sorry, Mama tak boleh abik cuti atau time-off sbb ada audit kat kilang. Boss Mama cuti half-day hari esok. Potong jari pun tak dapat cuti emergency. Lagipun Mama perlu apply cuti 3 hari sebelum tarikh nak ambil cuti.
Abah diam dan buat tak tahu... Memang dah maklum, Abah tak suka emergency macam ni
Lebih baik begitu, baik dia diam dari bercakap sesuatu yang tak sedap....
Lepas makan an laama diam Abah bersuara,
...ni Kakak lupa bagitau ka?
Taaakkk, (sambil tu nak hujan lagi...) cikgu baru bagi tau tadi!
Sebelum Abah hot;
OK lah,Mama pi sekolah awal pagi esok sebelum pergi kerja.
!!!!!!!!Tutup kes kedua!!!!!!!!!!!!
" Kalau nak sign report card pagi2 ni , kenalah bagi tau awal-awal, senang la cikgu JN get ready. Last minute nak mai jumpa, mana sempat nak prepare, report card pun kat bilik Pengetua lagi"
Ringan saja lidah ni nak menjawab ;
" Yang kelmarin baru cikgu bagi tau suruh parents mai hari ni tu, bukan last minute ka?
Nasib baik lidah ni boleh control lagi.....gumam kat dalam saja, suara MUTE!
Saya control sopan dan beritahu yang saya tak dapat datang sebelum pukul 12, boleh ka extend masa untuk setengah jam lagi...dia pun tak boleh sebab....bla bla bla!
Hei... panas tau!
Sebelum meletup, saya keluar.
Petang tadi Kakak cakap , pelajar perempuan, hanya parent dia dan Farra saja yang belum pergi jumpa cikgu. Tadi saya YM dengan Mak Farra yang mengajar kat U dekat rumah ni. Dia pun belum dapat fixed time dengan cikgu JN sebab masa kita free cikgu sibuk, masa cikgu suruh kita datang, kita pulak ada hal yang tak boleh di elakkan. Habih camno ?
Yang mengherankan tu,
kenapa last minute baru bagi tahu,
kenapa tak ada surat resmi, at least ada surat tu boleh dapat time-off duty.
kenapa masa pulak 2 jam sahaja,
dan kenapa tak di buat pada hari Sabtu macam sekolah-sekolah lain?
Tak perihatin kah mak Alia dan mak Farra ni?
Sapa nak jawab ni?
(Panjang pulak gossip saya dengan mak Farra)
Saya cakap,saya tak kan pegi, sebab saya dah tau in details result Alia. Ada A , ada B ada C. Dapat nombor 4.
Macamana tau?
Hari tu, cikgu suruh Alia buat kira markah dan placement dalam kelas,
Hah! Mak Farra pulak terkejut. Siap icon smiley blink-blink mata kat screen.
Errrr, kalau Dr nak saya kira markah student Dr pun boleh, saya buatkan!
Ha ha ha...
Boleh hangin tak?
10 comments:
cikmilah sayang.. macam sama je bunyi cerita tu. ummi dah banyak kali kena macam tu dengan cikgu cikgi ni.. sampai bloog go upstairs.. yang kena marah anak kita jugak. ingat kita ni free memanjang je dengan benda2 impromptu.
oooo...kak cik..
ini memang betul betul berangin n nak meletup ni..ish..ish..bab kes ada suara-suara mengata kat belakang tu memang la sakit hati kan..tak ada adab lansung..rasa mcm nak lempang je mulut tu kan..
Maybe kita kena ajar anak-anak kita perlahan-lahan untuk always stand for their right..berani membela diri..berani mengatakan..tidak..kalau hak kita dicabuli...pandai saja saya cakap..but do u think we should?...tapi lepas tu mungkin anak kita terpaksa 'dianaktirikan' oleh cikgu..even if kita pi tegur cikgu pun maybe anak kita dpt nasib yg sama..tu lah masalahnya dgn manusia ni, susah menerima teguran dan bersikap negatif bila ditegur..
Congratulatiuons on yopur 100 entries....bravo:)
penat saya membaca entry kali ni dan saya yg membaca blood go upstairs..
kat my school all parents get letters and emails from the principal and we have parents day open all day and this function is done in the school multipurpose hall.
saya tak faham kenapa panggil Alia buatkan dia punya kerja?????cikmilah you should ask that question when you get to see her.
Tu la pasal Ummi. Yang cikMIlah dok nampak ni, bila parents bagi kerjasama, nanti kerja yang patut cikgu buat tu jadi tugas kita pulak. Kalau kita tak involve tak kan nak biarkan anak kita sendiri, betul tak!
N, itu lah yang kakcik souind kat Alia tu; tak reti ke nak bagitau cikgu tak boleh tolong. Dah respect dan sayang cikgu tu agaknya dah tak reti nak bezakan antara tugas cikgu dan kerja murid.
Betul kata N, kalau kita tegur, nanti anak yang jadi mangsa. Last year Alia juga, asyik buat fotostet kat rumah.Heran ke apa ink pinter cepat sangat habis. Rupanya cikgu suruh buat photocopy untuk satu kelas ! Dia dapat 10sen untuk sekeping! Kes tlong cikgu jugak, murid yang ada printer kat rumah kena tolong photostet untuk kat kelas!Hangin besar. Kakcik bawak kertas tu pi jumpa Pengetua dan cikgu, lepas tu Alia asyik kena perli dalam kelas sampai balik rumah nangis-nangis.
KakElle, sekolah kat Malaysia pun macam tu, ada satu hari khas perjumpaan gitu. Hari ni pun nak pergi meeting cikgu kat sekolah Adik ni. Tapi entah hapa yang ni kes terpencil ni.
Macam kata Ummu Asiah, kalau kita pegi face in dgn cikgu tu, adalah yang berlarutan nanti berlaku pada anak....
Semalam dah plan dgn mak Farra, kita akan bawak usul ke PIBG, ( parent-teacher association)Tak boleh di biarkan, kita nak bombard secara menyeluruh. Tapi kena slow-slow dan ikut channel yang betul. Pagi esok mak dua orang ni ada morning coffee dengan YDP PIBG. Pray for us...
congrats kak cik di atas entry ke100..
sungguh berapi entry kali ni.. sapa naik dengan number dia hehe..
tapi memang geram jugak neeza ni.. naik berapi jugak neeza membacanya..
bukan salah etika ke cikgu tu bagi anak murid buat kerja dia, kira markah exam pulak tu. orang lain boleh question. kalau lah Alia nak alter markah dia ke, markah kawan2 dia ke.. bukanlah neeza kata Alia buat macam tu tapi orang lain boleh question. Rasanya, cikgu ni kalau dapat tahu lah kat pejabat pelajaran, memang kena ni.. tak senonoh kerja sendiri bagi anak murid buat.. kalau cam tu, bagi lah gaji dia kat Alia kan..
lagi satu, bab last minute dan dah lah last minute, tak convenience pulak tu masa.. baik tak yah jadi cikgu cam tu.. contoh yang tak baik utk anak murid..
salam ziarah from Dublin.. :)
Ja, ada lagi penyakit lama di zaman siber ni...yang tak menghargai profession perguruan yang mulia.
Salam Jhaz, rindu entry awak...lamanya cuti blogging...semuaga sihat dan berjaya.
Salam cik milah,
memang hangin satu badan baca entry cikmilah ni. Macam ni punya cikgu pun ada.
Post a Comment