Wednesday, July 9, 2008

Pejamkan Mata, Pekakkan Telinga

Sudah berminggu-minggu; sakit hati dan bengkak jiwa kerana bernafas dalam pertelingkahan suasana . Di mana aman dan makmurnya bumi bertuah ini. Yang di dengar adalah amarah nafsu dan serakah ego. Mata kita tidak lagi mampu terpejam kerana telinga terngiang bicara bertingkah dan riuh berkemelut di media massa. . Arah mata dan dan arus kata lebih kepada soal fitnah dari masalah ekonomi, pulangan, carian, rohani, pendidikan, keadilan sosial dan pembaikan. Zaman ini bukan lagi zaman rakyat di bela pemerintah. Yang di atas bertingkah, yang di bawah berceragah. Pertelingkahan dan percanggahan, walaupun atas nama mencari kebenaran, menyakitkan hati dan telinga.
Ya ALLAH, selamatkan bumi bertuah ini dari serakah nafsu manusia angkuh dan rakus. Ke mana mahu kami melarikan diri selain dari ke pangkuanMU; mencari sunyi dan damai hati, mencari tenang dan menyerah pasrah.

Dari Tafsir Hanafi : Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebesar lautan:-

1) Mengucap BISMILLAH pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2) Mengucap ALHAMDULILLAH pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3) Mengucap ASTAGHFIRULLAH jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4) Mengucap INSYA ALLAH jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.

5) Mengucap LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6) Mengucap INNA LILLAHI WA INNA ILAHI RAJIUN jika menghadapi dan menerima musibah.

7) Mengucap LA ILAHA ILAL ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahanjadi bisa, kerana sudah biasa. Semuga ketenangan segera menghampiri kita.

12 comments:

Anonymous said...

Kalau tak silap, ni keluhan 'rakyat'. Tak tahu betoi ke telahan saya ni. Tapi kalau betol.. bukan kakcik sorang. Sampai anak kita pun dok tanya kita macam2.
Mmg dunia dah akhir zaman..

cikMilah said...

Ummi Asiah,ya benar, ini suara rakyat. Dari perbualan dgn rakan dan jiran, malah dalam kelas agama, rata-rata bernada kecewa! Kebenaran sukar di cari di dinia ini. Zaman sekarang bukan zaman rakyat di bela pemerintah. Ini zaman fitnah. Hanya kebenaran hakiki penenang jiwa.

Nek Rock said...

salam cikmilah,

minta maaf yaa nek tak nampak cikmilah ada tanya bag kat under LC,baru tadi perasan,boleh tak cikmilah email nek,email nek ada kat butik yaa dear,bag LC yg cikmilah tanya ada lagi

nek

Neeza Shahril said...

bosan dengan keadaan semasa di malaysia..
orang tua perangai macam budak2
pemimpin perangai macam orang tak sekolah..
tak tahu apa nak jadi..
semoga kebenaran bersama pihak yang benar...

Anonymous said...

cik milah..
ni cik liza nih..
mmg bangsa kapir duk tunggu 2pertilingkahan antara melayu ( umat islam ).
mudah2 an dijauhkan kita dari negara yg tak selamat

silversarina said...

memang menyampah sangat dengan apa yang sedang berlaku, putar alam sekali...nak ikut neeza duk saudi je rasa .

Kak Elle said...

alam politik dah jadi alam tuduh menuduh skg nampak nya kan?tapi saya org luar tak leh lah nak komen apa2...semoga semua nya akan selelsai dgn aman.

Unknown said...

Betul lah apa yang cik Milah cakap kan tu. Sebab kuasa manusia jadi lupa . Hilang malu, maruah pun sanggup di jaja. Diorang ni macam lupa je yang dunia ni sementara.

cikMilah said...

Neeza, KakRina...sabor jer lah! Memang pening!

Nekrock, ya nnati kakcik email balik ya.

Cik Iza, KakIna,
terima kasih kerana sudi singgah.
Semuga perkenalan di siber jaya ni lebih murni...InsyaALLAH

maklang said...

Maklang pun mengeluh nak menaip ..entahlah...malas nak mendengar khabar ni seme..last2 berita di tV tak tengok, surat khabar pun malas nak dibaca!

MAMAMIA said...

Gajah dgn gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah2. Maybe kita belum sampai tahap mati lagi, tapi dah lemas rasanya....

Kalimah2 Allah ni bagi saya penenang jiwa yg sangat effective.

Tie said...

Salam kenal.. Tie pertama kali intai kat sini. Memang itu yg Tie rasakan. Dah menyampah tgk berita dan akhbar. Dlm parlimen bergaduh tak habis2. Bagi Tie dua2 pihak sama aje,... ada kepentingan. Kalau benar2 jujur tak jadi begini. Rasa malu pada bangsa lain lak.