Thursday, July 3, 2008

Melayan selera orang demam

Demam virus tak akan sembuh dengan antibiotik.. Begitu kata doktor. Selain makan ubat,take good rest and eat good food. Pesannya lagi. Pening menyusun menu dan melayan tekak payau dan sakit kerengkong...saya main teknik rebus saja sepanjang minggu ini. Antara yang sempat di ambil gambar nya bubur nasi ni. Orang yang tak demam tu minta bubur nasi/moi sup sebab dia concern sangat kakaknya sakit tekak. Lembut senang nak makan...tak sakit nanti nak telan. Beria-ia dia bagi sebab mengapa mesti buat moi sup...Hei...macam lah orang tak tau! Akhirnya orang demam makan semangkuk, yang sihat 3 mangkuk sekali jalan!

Daging goreng kicap dengan sedikit minyak, boleh la kannnnn. Ada selera sikit makan dengan nasi panas!


Puas lah pujuk makan buah naga ni untuk menyejukkan tekak...



Abah masak dumpling; nampak sedap waktu tengok siaran TV tu , citarasa oriental ka apa namanya yang tunjukkan cara masakan orang Islam di China, Abah pun buat ikut gerak hati.. Amboi sedapnya. Kulit dumpling itu pun abah yang uli dan bentukkan sendiri . Supnya pun sedap!Tak cukup semangkuk! Kata Kakak yang tolong abah buat dumpling.

KakNgah nak makan pula asam pedas, orang selatan panggil asam rebus. Memang favorite dia, dihirup macam makan kuah laksa.

Ikan kembung segar dengan keledek merah, mudah dimasak habis di makan!
Lepas ni dah hilang idea dah ni, nak rebus apa ya!

18 comments:

ummi365 said...

sedapnya nampak makanan tu.. baguslah cik abang pandai memasak.. boleh cik milah relaxkan..

Kak Elle said...

cikmilah tengok menu macam untuk org yg tak sakit yg nak makan...haha

dlm semua saya minat ngan dumpling nak jugakkkkkkkk

cikMilah said...

Ummi jangan tak tau, lepas masak kita kena kemas..he he he

kakElle, tu la pasal, orang sihat yang makan lebih...
Nak dumpling ya.. nanti saya massage cakar harimau sama itu abang... ha ha ha..

Mama Numiyn said...

Hai tengok gambaq pun dah terliur kita dibuatnye. Mmg tak heranlah kalau yg sihat makan 3 mangkuk.

Tu yg mcm stimbot tu nak mintak sikit..

KAMATO said...

tenguk gambar tu, orang deman pun terus baik

Queen Of The House said...

Baru tadi dok fikir apa nak masak. Coincidentally ada ikan kembung .. ikan temenung .. and your asam pedas looks so good sampai terlioq I tengok! So, asam pedas ikan temenung lag nampaknya malam ni. Makan dengan daging masak kicap and ketam, sure sedap kan?

The dumpling soup with macam-macam di dalamnya tu pun nampak sedap juga .... dan moi sup menanglah favourite in my house. Tiba-tiba rasa lapar la pulak .....

ZLAA said...

Macam ni nak sakit selalu-lah. Kita ni biasanya sakit, diberi antibiotik oleh doktor. Kami di sini, demam/sakit, susah agt doktor nak bagi antibiotik. Melarat-larat lamanya sakit tu.. Siksa betul. Jam-jam tu jugak rasa nak balik Malaysia. Rindu pada antibiotik.

maklang said...

maklang nak resepi buat kulit dumpling serta isinya boleh tak??

nmpk sedap betul!

cikMilah said...

Mama, hulur mangkuk mai sini meh...:)))

cikMilah said...

Berkat doa Kamato... Amin...

Asam pedaih tu macam epitiser kan Queen, boleh berpeluh-peluh kalau di hirup panas-panas. Sedap dinner kat umah you malam ni!


Alahai Zlaa, tok sah la sakit...
Dr tu pun awalnya tak nak kasi antibiotik, tapi I mintak juga sbb nak cepat baik..waktu sekolah ni tak kan nak mc lama-lama. Lagipun nak balik hostel tu.. biarlah sembuh betul.

ummu asiah said...

sedap-sedapnya...memang tengah tak lalu makan jugak ni dua tiga hari ni...terliyorq sangat-sangat...kalau ghumah dekat bestnya....

cikMilah said...

Maklang, iron chef ni cakap...kulit tu tepung gandum dgn air garam jer, gaul macam serbuk roti lepas tu tambah air garam sikit, uli sebati tapi adunan tu biar keras sikit tapi agak2 boleh canai nipis dan kasi ada elastik sikit bila kita tarik.
Inti:
Daging cincang.
halia muda,b.putih, b.besar & lada merah di dadu halus-halus.
daun ketumbar, daun bawang diracik halus,
lada hitam,
kicap pekat,
minyak bijan,
garam gula. Gaul sebati.

Sup tu biasa la kan ..boleh juga letak ubi sengkuang supaya lebih manis dan minyak bijan utk naikkan rasa oriental tu!

Kalau cuba buat N3 ya!

Neeza Shahril said...

kecur air liur neeza kak cik... sedapnya nampak kesemua masakan tu..
nak lah resepi.. nak try masak.. tapi tak lah semua kot.. satu-satu..
sedapnyaa!!!
semoga kakak cepat sembuh makan makanan berkhasiat tiap tiap hari...

MAMAMIA said...

Kalau menu hospital macam ni, gerenti hospital overcrowded, sebab pesakit tak nak balik...

Tengok buah naga tu teringat kat buah naga yg saya baru beli. Warna isinya tak putih macam ni, warna purple pekat. Maybe ada letak colouring kot, sebab ada sepotong yg terendam, saya perhatikan warna dia jadi putih. Ada kemugkinan tak CikMilah??

pakpayne said...

cik milah.....:-)

tak aciiiiiii....tunjuk gambar kat kita yang tak leh nakcari semua tu....

ikan kembung yu first time nampak masak macam tu...

Abang Long said...

Kalau demam begitu seleranya. Kalau tak demam bagaimana ya ?

cikMilah said...

Ummu Asiah & Neeza
lauk-lauk ni dimasak sejenis untuk sehari...kesian tengok org sakit tak lalu makan.. yang tak sakit ni.. lagi lah!:))

Mamamia, apa lah buah naga gitu. Ada 2 jenis, yg satu isi putih dan satu lagi jenis is merah tua. Kalu buah original, memang di keluar air merah kalau di rendam dlm air, tapi isinya mantain merah gitu..

cikMilah said...

Abg Id,orang san tak demam pun nak juga ke makan moi sup?!! he he he

Abang Long, kesian nengok anak2 tak selera makan..lagi pun dia orang duduk asrama, sesekali balik tu layan lah kan...