Monday, July 21, 2008

Awal sangat kah

Baju kurung untuk 3 perempuan - checked
Baju Melayu untuk lelaki kecik - checked
Baju Melayu untuk lelaki besar - nak beli yang dah siap...tunggu stok baru masuk bulan Ogos
Kasut anak-anak dara - checked
Kasut Mama / Abah - waived ; pakai yang mana ada
Kasut lelaki kecil - tunggu sale @ al-I3**8
Tudung untuk perempuan - waived - pakai apa yang ada pun rasanya cukup nak matchkan dengan baju raya.
Pin and brooch - sponsored ( Uncle Ijat kawan Abah dan belikan 5 pasang dari Sabah. Terimakasih daun keladi !)
Sarung kaki lelaki dan perempuan - checked
Butang baru lelaki - waived;tahun lalu Tok bagi, masih berkilat
Kain pelikat - sponsored by MIL beli kat Bandung bulan lepas.



Maaf ya , bukan berniat menunjuk-nunjuk tapi hari ni rasa lega sebab keperluan raya dah selesai . Rasa ringan kepala tak payah dok teringat-ingat dan merancang-rancang ; what to do next, atau where to find what. Selalunya saya memang bersiap awal-awal sebab tak suka shopping waktu bulan puasa. Bagi saya shopping di bulan puasa amat meletihkan pada siangnya dan amat merugikan pada malamnya... Teringat lagi 2 tahun lepas, saya termakan kata-kata seseorang bahawa seronok shopping dekat nak raya, terasa meriah dan semangat berhari raya. Saya pun plan shopping dengan dia, itupun saya letakkan syarat kita pergi waktu saya uzur.. Frust. Saya penat. Over budget sebab mata dah rambang. Tak beli beberapa barang-barang kecil spt butang baju dan anak tudung. Kena marah dengan suami sebab balik lewat dekat sangat waktu berbuka. Memang saya yang salah sebab tunjuk contoh tak baik pada anak masa tu. Serik!

Kenapa ya, kita mesti nak beli semua baru untuk sambut raya padahal itu bukan perkara wajib. Kita kan di galakkan pakai pakaian baru menyambut kemenangan berpuasa tapi tidak semestinya nak beli semua baru, kan? Saya bataskan pada pakaian saja sebab saya tidak mengambil alasan raya untuk menukar langsir atau beli perabut baru. Saya ada 3 pasang langsir yang saya tukarkan bila nampak kotor atau jemu. Lepas cuci, semuanya pun nampak baru dan wangi. Kalau langsir ni saya ada bermain dengan tessel, pin atau cangkuk dan bunga untuk kelainan dari hari biasa .

Berbalik pada kemestian sediakan baju baru; saya tak berani berhujjah sebaliknya ikut kebiasaan sejak kecil dan kelaziman masyarakat kita. Cuma sentiasa ingatkan diri berbelanja dalam lingkungan bajet yang saya sediakan sejak awal tahun. Biasa la kan, apa pun mesti ikut bajet dan sesekali tidak akan berbelanja lebih dari pendapatan.

Hari Sabtu selepas jumpa YDP ( ingat entri 'Hangin") , saya ke sekolah KakNgah untuk perjumpaan ibu-bapa dengan guru untuk sign report card dan laporan kegiatan anak. Lepas itu bawak dia keluar ; kami ke Queensbay Mall. Kebetulan ada sale, jadi saya withdraw cash dan cari listing yang dah sedia dalam begtangan. Saya paksa diri gunakan cash, sebab kalau pakai kad kredit, nanti saya tak ingat dunia!!! Sesetengah barang hingga 70% discountnya. Saya tak tahu pun pasal jadual sale ni sebab saya beli barang ikut keperluan saja atau pun kalau terjumpa barang yang betul-betul rugi kalau tak beli , macam beg tangan ini.


Saya berkenan sebab belum ada beg macam ni. Saya jenis yang tak kisah guna beg tangan yang bukan new arrival, yang penting tahan. Tahan lasak dan tahan poket menampung nya...:)))Selepas 80% discount, saya bayar $68.00 sahaja.. Rugi tak kalau tak beli?

Masa agak panjang untuk kami, lepas makan kami teruskan operasi menabur RM...kemudian ke surau. Dapat jugalah rehatkan kaki sekejap sebab dah sakit betis mengukur mall terpanjang di Malaysia ni...Surau di sini, besar dan bersih, memang selesa. Lepas solat dan baring sekejap, kami menyambung tugas yang belum selesai! Sebelum Asar masuk kami dah selesai..lega .. masa masih panjang. Sambil jalan-jalan kami cuci mata dan nampak la benda ni. Cantik, terus teringat KakElle.. Matching short skirt with spaghetti strip untuk anak 1-2 tahun.. Cute kan....









Sebelum balik, kami turun ke bahagain groceri. Saya nak tinjau harga barang-barng untuk baking project dekat J.Kalau harga di J lebih murah dari T, C atau G, boleh juga stock up untuk inventori kuih dan kek jualan raya. Macam minggu lepas kami ke G di Bayan Baru, ada offer tepung gandum pada harga $1.49; sedangkan jenama lain yang paling murah pun $2.50. Ia terhad untuk 3 pack bagi seorang pembeli. Dengan 2 orang anak dara ni, kami berulang alik dari stack tepung ke kaunter, kami berjaya bawa balik 15 pack tepung gandum.

Rata-rata harga di sini lebih tinggi. tapi saya jumpa gelatin halal dan marshmallow halal. Elok juga saya tangkap sekarang sebab bulan Ogos nanti ada tempahan kek fondant. Kaki pun dah penat lagi sekali, kami pun balik dan hantar KakNgah ke asrama. Sampai asrama baru dia teringat, kasut hitamnya sudah rosak, lekang dan nampak jari...,, Eeiiii anak bertuah! Nak suruh Mama shop till drop?

10 comments:

Abang Long said...

Syukur Alhamdulillah dengan apa yang ada.

Tahun ini tiada persiapan langsung.

cikMilah said...

Abang Long, hiba saya..selalunya saya akan siapkan hal dalam rumah.Menjelang Syaaban , saya dan bbrp rakan warga kilang akan meneropong mana-mana yang patut di beri perhatian...InsyaAllah rancangan untuk tahun ini sudah di rancang, sebab itu keperluan rumah perlu saya siapkan awal-awal.Semuga kehidupan Abang Long bertambah berkat dan di limpahi rezeki..Amin.

Anonymous said...

Tak awallah cikmilah. Ummi pun dah beli kain baju melayu dari bulan lepas dan dah suruh adik jahit untuk yang lelaki. baju kurung dah pun suruh mak jahit minggu lepas.

pB said...

salam Cik Milah

pB pun kira 3/4 tu dah settlekan.

Tak nak bila puasa tu baru nak mencari.
Mesti pengsan nyer ...

ummu asiah said...

Alhamdulillah...dimurahkan rezeki...ikutkan hati malas nak membeli..that's y every year kena juga beli bulan puasa..this year nak try shopping awal..may next 2 weeks ke PKNS Shah Alam sambil2 hantar anak balik asrama...tak pernah menempah baju melayu lagi..baju kurung adala 2 kali tempah..

Kak Elle said...

alahai cikmilah awal nya dah siap semua nya tapi tahun ni saya tak raya agak nya...masih berkabong.

Nak belikan kak elle spagetti strap top tu ke?

Neeza Shahril said...

seronoknya shopping awal.. neeza memang macam tu.. tukar baju setahun sekali dan masa raya lah. memang baju baru dibeli time dekat raya. jadi, kami tak lah asyik beli baju baru aje..
tapi tahun ni.. nampaknya neeza dan che abang masih belum beli baju lagi.. anak2 saja hari tu masa balik beli di Sogo..
mungkin kena mintak tolong adik neeza tempahkan lah agaknya..

cikMilah said...

Ummi, kalau tak bersiap awal sikit nanti kelam kabut kan...

N, kakcik kena plan awal sbb waktu terhad, nak tunggu wiken macam-macm nak buat...baju anak-anak memang kean beli sbb dah tak muat. Cepat membesar...

cikMilah said...

Kak Eeelllle.....kita nak akak knit untuk kita...he he he.
Apapun akak mesti create suasana raya nanti, sebab rumah akaklah jadi tempat tumpuan the Jellanies...

cikMilah said...

Ja, sama la tu, buat baju baru setahun sekali, cuma anak-anak ni kena ganti sebab mereka cepat tinggi.