Sunday, July 27, 2008

Aduhhhhh, penat!

Seminggu berlalu. Pantasnya masa berlari. Tak terkejar rasanya. Sedar-sedar minggu depan sudah pun Israq Mikraj. Asrtaghfirullah...kesal sangat sebab puasa sunat Rejab tahun ini sikit sangat...paling sedikit . Nak buat macamana, kesal pun dah tak guna, kan. Masa dah terlepas persis permata yang hilang di bawa arus ke laut, ia tak akan berulang kembali. Sepatutnya makin tua ni , amal makin bertambah. Ini sudah terbalik, makin kurang pulak jadinya. Itu lah pasal mengejar masa dan urusan dunia. Leka!
Tanda-tanda iman semakin menurun...

Sepanjang mingu ini balik kerja pukul 7 malam! Tak dapat mengelak lagi sebab counterparts di dunia sebelah sana, jadi kena conference call waktu lepas kerja. Tak cukup dengan itu, bawak balik kerja di rumah, pukul 10 malam conference call lagi.
Saya paling tak suka bawak balik kerja kat rumah. Kalau bawak balik pun memang tak buat punya! Tapi conference call ni memang tak boleh nak elak dah...Kalau dulu saya tak kisah begini, sekarang ni dah jadi semacam beban.
Tanda-tanda malas nak kerja.

Sepanjang minggu ni juga beli makanan kat luar!...Mana nak sempat masak jadi saya tapau saja dari kedai. Mula-mula nasi kandar, esok tomyam, lusa sup tulang., tulat kari ikan bawal....ala hai jemu! Balik rumah sempat masak nasi, dan buat side dish saja...goreng ikan atau telur dan tumbuk sambal atau gaul salad. Nampak nasi berlebih saja tiap-tiap malam.... cuma ada yang belum merungut...he he he...
Rumah pun macam apa entah, Saya cuma buang sampah dan cuci kain baju.
Nasib baiklah petang-petang hujan, kalau tak, alamat layu la pokok-pokok foliage kat balkoni tu...
Tanda-tanda kena cari bibik!

Minggu ini saya pecahkan record tak ada satu pun kek dan kek cawan yang masuk gaung. Nasib baik agaknya, bancuh adunan dalam mengantuk semua menjadi elok dan tak banyak kerenah. Alhamdulillah.Saya paling benci kat diri sendiri kalau kek masuk gaung sebab kena buat lagi sekali. Macamana nak jual kalau kek tenggelam kan!
Sudahnya hari Jumaat malam saya flat. Punya lah letih hinggakan saya terpaksa minta tolong jiran , tumpangkan Kakak pergi TKD dengan anak nya. Lepas solat saya telan panadol dan baring kejap.. Selalunya bila azan Isya' saya akan terjaga. Rancangan saya lepas solat nak pergi hantar kek kat rumah Simah dan terus ambik kakak dr TKD . Tapi saya hanyuttttt...pukul 10 malam baru terjaga sebab berpeluh-peluh.....alamak....terus sms Simah cakap saya nak hantar esok pagi...
Tanda-tanda badan ni dah seasoned....

Say anak rehat betul-betul hari ini...baring-baring. Abang ajak pergi makan durian, ada jemputan di Batu Kurau. Best jugak tu, pergi konvoi motosikal sejauh 200 KM dan makan durian dalam dusun yang ada air terjun. Terimakasih atas jemputan. Cuti sehari ini amat mahal untuk galang ganti keseronokan berkonvoi motor dan makan durian.
Salam hari minggu....

15 comments:

Kak Elle said...

Busy semacam ye cikmilah...bawa berehat ye?

cikMilah said...

ya kak.. hari ni saya terbaring jer..

Neeza Shahril said...

neeza baca pun letih.. dah la kerja, buat cake lagi.. rajin betul kak cik ni kan.

kalau neeza, memang tak terkejap la agaknya...
bawak2 rehat ye kak cik..

cikMilah said...

Ja, Cake tu minggu ni saja. Untuk fund raising PIBG.
Aha..baring saja ni...

ummu asiah said...

kak cik..terlepas makan durian n jalan-jalan naik moto..tapi just imagine if p jugak mesti lagi penuh angin dalam bdn..saya lepas mkn durian mesti rasa tak fresh bdn..good decision utk rehat..moga esok boleh get a fresh new week ahead..

cikMilah said...

Salam N, ye lah.. esok dn minggu depan, hari-hari kian mencabar. ASal tidak terlepas peluang Rejab yang kian ke penghujung ..

cikMilah said...
This comment has been removed by the author.
Mulan said...

salam kak cik..

waahhh.. konvoi makan doghian..!! seronok, seronok..!! sini durian kijal pun tengah hangat..

waahhh lagi.. sodap kek2 tu..!! bolah ajar kat youtube? kita bayar la.. he he..

Abang Long said...

ISH... makan durian di Batu Kurau ... dekat sangat dengan kampong cek.

Ibnurashidi said...

salam kak..

kali pertama melawat..hope admin sihatla dismping kuarga tersyg..

Anonymous said...

Jangan makan durian jee...makan laa manggis atau pun jus manggis untuk kesihatan badan tu...

MAMAMIA said...

Tak boleh nak bayangkan saya berkonvoi motosikal 200 km.... Duduk dlm kereta lama2 pun, dah lenguh pinggang...

Hopefully, Che Milah dah segar lah hari ni...

Akak said...

Salam CikMilah...

Dah ok ke badan tu, cukup ke rehatnya?? Kena amik maid ni bulehla rehat2 sikit..

maklang said...

jangan kerja kuat sangat...kang dah sakit susahkan!

cendawanintim said...

takder kek cawan masuk gaung erk...usaha semakin maju tuh..alhamdulillah.