Sunday, January 18, 2009

Dendang Ringkas Pagi Minggu

Bila celik mata dari tidur, Alhamdulillah
diri masih bernafas, tiada pening, tiada mual, tiada sakit-sakit sendi atau otot
pendeknya sihat wal-afiat
syukur kerana mendapat nikmat tidur yang baik

Toleh sebelah, si dia masih bernafas,
tengok muka dia sekejap
letak tangan kat dahinya
tak panas tanda tak demam
dan tak mengeruh
tanda pernafasannya baik
Alhamdulillah

Masuk ke bilik anak lelakiku
tidur tertonggeng, meniarap
hish...tibai bontot..
ku ubah posisi tubuhnya
supaya tidur melentang
tapi dia menyendeng ke kanan
itu lebih afdhal!

Terkenang anak-anak perempuanku
semalam pukul 11 hampir tengahmalam
ku hantar pulang ke asrama
setelah senja itu
aku jemput mereka dari sana
ke jemputan dinner
pagi ini kena bangun lebih awal kata mereka
ada solat jemaah fajar
dan kuliah subuh
Alhamdulillah,
kalau mereka di rumah
sudah tentu waktu ini masih dalam selimut

Jengah ke dapur
tengok ke setiap ruang
rumah kecil ini bersepah sikit
tak apa, sekejap lagi touch-up sikit
kemas la tu..

Buka pancuran
tadah air panas
memang sejuk pagi ini
nikmatnya menjirus dengan air suam

Kutip pakaian kotor
masukkan dalam mesin
lega satu tugas ringkas selesai
kerana kalau ringkas pun jika bertangguh
memang tak menjadi

terkenang abangku di hospital
kerana pembedahan
khabarnya masih sakit
kerana tulang rusuk di cungkil sedikit
untuk menampal tulang lengannya yang patah
akibat di libas lembu
waktu sembelihan korban kami musim lalu
haruslah aku ziarah hari ini
sakitnya dia, terasa jua sakit padaku

Sunyi pagi ini
berbalam bunyi zikir munajat
mungkin dari menara Mesjid Batu,
ataupun corong pembesar Politeknik SP di sebelah pagar di sini

belum pun masuk waktu subuh
ada sedikit waktu untuk diri
Alhamdulillah...

maafkan aku
wahai saudaraku ibu, isteri dan anak Palestine
hidupku biasa di sini, tapi dilimpah nikmat
tidurku selesa
pelindungku di sini
anak-anakku sihat dan selamat
rumahku selesa walau tidak mewah
sekolah anakku masih berdiri
mesjid dan surau masih utuh
hospital tersedia khidmatnya

Maafkan aku saudaraku
terkenang keluh kesahmu
pilu melihat hidupmu;
semuga terangkat doaku
dari secebis hati nan parah dan pedih
semuga sejahtera jua milikmu

aku bangun dalam sedar
waktu ini bukan masa untuk aku
memikirkan kenapa kejamnya mereka
waktu ini bertangguh tidak menjadi
lebih baik mengental iman
memperkasa amal
kerana bila hampir dengan Allah Yang Satu
aku juga hampir denganmu

14 comments:

Leyla Shuri said...

salam cik milah,

syahdu...

always reading you...

Kak Elle said...

menitis air mata...

tak tau your bro in hospital hope he is doing ok ..

doa ku juga pada saudara2 di Palestine.

cikMilah said...

Salam kakLela
Terima kasih.
apa khabar hidung dan bibir kak ?
Semuga bengkak dah surut dan cantik sediakala.

tulipurple said...

semoga abg sis cepat sembuh...adoiii,sakit terasa sgh bila baca dilibas lembu.
hehe...baca pasal adik2 ungu sy tu,teringt zaman sek dulu,pantang dpt cuti dr asrama..memang qada' titon..hehe

moga segala doa kita dimakbulkanNya.

Ibnurashidi said...

Seputar perjalanan pagi hari..

Semoga hari-hari yang dilalui memberikan seribu satu pengajaran..untuk masa depan diri atau sesiapa saja..

aNIe said...

Cik Milah...sentiasa bersyukur kepada ALLAH...apa yang kita ada...dan pastikan kita mendoakan mereka yang kekurangan...

Semoga abang cikmilah akan bertambah baik kesihatannya....

Ummi365 said...

kenapa ya hari ini ummi syahdu je. baca ni pun meleleh airmata. agaknya dengar lagu afgan banyak sangat kut. it is good isn't it?

Abang Long said...

Sajak yang 'menceritakan'.

Semoga tabah. Itulah hakikat kehidupan yang perlu dilalui.

Neeza Shahril said...

syukur atas apa yang kita rasa dan alami..
saudara2 disana menunggu masa untuk ke sana..
makan minum tak tentu lagi..

Nur said...

sedih nyer,

sayu jer hati, saya ini pun, makan sangat mewah, tidur sangat lena tanpa memikirkan bom, mandi sangat bersih kerana mampu membli sabun dan syampu, serta air nya bersih!

aduhai palestine...

Nong said...

Alhamdulillah, kita di sini harus bersyukur jika dibanding dgn mereka di sana yg menderita...

Semoga abang cik milah bertambah sihat.

Take care

Abang Long said...

Tunggu jawapan memori di episod akhir.

cikMilah said...

To all; thanks for all yr doa for my brother. He's discharged from ward on Tuesday...


To KakElle and Ummi
I am sorry to make you sad pepagi hari minggu ni.Tak pe, itu tandanya lembut hati pada kesengsaraan orang Palestin -semuga dpt pahala tu.. InsyaALLAH.

DikTulip,
betul sangat la tu.. adik-adik Ungu awak tu, kalau mak tak jerit, memang subuh gajah ler jawabnya...kwang kwang kwang....

Farid, bukankah baik bermuhasabah:)

KakAnie, betul, kita patut mendoakan segala yagn baik untuk sesama kita.

silversarina said...

salam,


Sedap puisi ni, cikmilah memang berbakat , sebak bila baca .

Kita hanyalah insan kerdil yang tak punya apa-apa, kepadaNYA juga kita akan kemabali.