Tuesday, January 6, 2009

Kata Hati

Seminggu lalu ada beberapa perkara yang benar-benar menguris hati berlaku. Satu persatu sambung bersambung. Saya memilih untuk diam. Bercakap pun hanya dengan anak dan suami bila perlu. Malas melayan sengketa, enggan meningkah tohmah. Biarlah, Allah itu Satu. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Paling penting, saya menetapkan niat dan memperbetulkan arus perasaan yang kala itu bersimpang siur. Hanya satu harapan saya bahawa segala yang saya curahkan di terima olehNya sebagai ibadah dan sedekah pendinding diri dari api neraka. Saya ingat pesan abang saya,"kalau manusia tidak boleh menerima kebaikkan kita, hatta niat baik kita, Allah akan menerimanya". Benar, kita tidak berupaya menyenangkan hati semua orang, aduhai hati, berpadalah dengan apa yang ada. Biar hati di sakiti asal kita jangan sekali menyakiti hati orang lain. Ironinya, dalam menjunjung kemanisan budi, manusia jua sukar melupai kekasaran yang dilampiaskan oleh insan lain, samada ianya berlaku secara sengaja atau tidak. Sebab itu saya diam meminggir diri.
Hey... don't despair!!!!
Saya bisikkan pada diri berulangkali; Allah humm ma inni a'u zubikaminal hammi wal hazan.. hingga akhir ayat....
Bila kepala dah clear baru berani menulis; dari menulis merawan meraban macam mak nenek.... ada baiknya saya hilangkan diri sekejap...hehehehe.
Sorry Ummi365...( pst.. nama beg yang KakElle kasi tu cukup sweet!!!)

Pagi tadi, sewaktu menandatangani bbrp dokumen, jari saya automatik menulis 6/1/2009 di bawah tandatangan. Laaaa....hari pertama tahun 2009 saya di ofis. Saya merenung daun hari dan memasukkan kalendar 2008 dalam raga bahan buangan di bawah meja tanpa melihat sekali lalu. Mahu membuang segala yang masih membungkam...rain..rain go away...Betapa waktu yang berlalu bbrp hari ini saya bazirkan dengan mendung. Biarpun segalanya sudah reda, saya masih terbawa perasaan tidak ceria. Terkenang orang-orang tersayang.. bagaimanakah agaknya perasaan mereka mengadap wajah saya yang tegang seminggu lalu.. ohhh.. ampun..sungguh tidak adil! Kesian mereka.
Bukan saya bengkak emosi tapi fizikal juga ada masalah sikit. Saya antara mereka yang berbangga memulakan hari dengan kesegaran secawan nescafe, kalau tak minum rasa mengantuk. Sejak akhir-akhir ni lepas minum rasa berdebar pulak. Ini bukan petanda yang baik. Tambahan pulak rasa dedar badan dan ada kesulitan lain yang sungguh tidak selesa. Dari melayan hati baik bawa diri jumpa doktor. Saya dinasihatkan supaya berhenti dari minum nescafe, diberi 3 jenis ubat dan MC. Makan, rehat, dan tidur sambil menguruskan keperluan anak-anak di awal tahun.
Now..I 'm back to normal. Looking into new ventures positively. Pray hard.. pray harder...

( Blue Tulip, minta izin menfaatkan doa pada header anda. Jazakallahu khoiran kathira..)
Ya Allah! Sesiapa saja yang bermaksud buruk kepadaku, tahanlah dia, Sesiapa saja yang memperdayakan daku, gagalkan dia, Jadikan daku hambaMu yang paling baik nasibnya di sisiMu, Dan yang paling dekat kedudukannya denganMu, dan yang paling istimewa tempatnya dgn Mu, Sesungguhnya, semua ini tidak akan tercapai, melainkan dengan kurniaMu, dan limpahkanlah kepadaku kemurahanMu, Dan sayangilah daku dengan kebaikanMu, dan peliharalah diriku dengan rahmatMu...

21 comments:

Nur said...

sure kak, sure, apa2 sahaja tulisan saya, sekiranya mau disebarkan, sebarkan sahaja, moga2 pahala2 nya kita kongsi bersama, biar ia berterbangan diudara membawa wangian syurga.

tabahlah kak, bukan kan untungnya menjadi muslim, setiap ujian itu penghapus dosa, maupon pengangkat darjat?

menangis lah, kalau itu cara yang paling untuk akak menenangkan diri.

mengadulah pada Allah yang Maha Gagah itu, kerana kekuatan nya sealam semesta tunduk dan patuh.

Saya doakan akak sentiasa dilindungi. Yakinlah, perlindungan Allah swt itu, tiada bandingannya.

:D

Unknown said...

:-) memang kadang2 kita akan mengalami perasan begitu la kut naa...sbb saya sendiri juga ada kalanya mencari sudut yang sunyi membawa hati, mengubati luka perasaan, dan paling penting mencari kedamaian untuk memperbaiki diri...
soal hati, soal budi, soal yang rumit di fahami.

semoga cik milah selalu mendapat kedamaian dan saya aminnnkan doa di hujung entry itu!!

ells^aiRiN said...

hurmm...maner tumpahnya kuah kalo x ke mangkuk kan.. :)
hati ditimpa duka lam waktu yg sama,menjulang musibah dikepala dek kesilapan org lain..kamelia yg kecik tu pun bleh perasan perubahan mak menakan dia yg sorg neh..lg syahdu bila naluri abah dari jauh dpt merasa..kalimah yg sama abah ingatkan..Allah humm ma inni a'u zubikaminal hammi wal hazan..

cikMilah said...

Salam Fakhzan, thanks dik...
terharu sangat. jazakallhu khoiran kathira..

cikMilah said...

Thanks Abg Ariff..asam garam hidup manusia memang gini kan. Nothing wrong to let ourselves emotionally flowing...thank for the du'a.

cikMilah said...

Suhaila,
berderai ayaq mata maksu ni ha..Awat la kita ni senoneng serupa; masa yang sama pulak.
Dia memang camtu - telepati dia kuat; dan dia ajar kita peringatan yang sama. Missing him loads...
Take care dear; sometimes you need to let yr chest out, and I am here for you, all ears..
Take extra care and pray hard....

maklang said...

dugaan Allahkan..sabar tak kita menghadapinya...YA ALLAH...tabahkan hati kami , YA ALLAH...

Kak Elle said...

cikmilah dlm kehidupan harian byk asam garam yg kita kena lalui,selalu nya kalau kita buat baik banyak yg cemburu itu ada lah satu2 nya punca yg membuat jadi masaalah betul tak?

Apa2 pun niat baik cikmilah ada pahala nya dimata Allah yag maha adil dan pengasih jadi cikmilah jgn risau te insya'allah di belakang hari nanti akan yerbukyi juga.

Apa yg cikmilah lalui skg pernah di lalui arwah mak dulu jadi saya faham pedih nya hati cikmilah tapi hanya kesabaran sahja yg dapat saya hulurkan.

Semoga Milah cekal kan hati dan mudah2an selamat semua nya.

Neeza Shahril said...

sabar kakcik.. kadang2 ada benda yang kita tak puas hati tapi lebih baik diam sebab mungkin berkata2 pun akan lebih menyakitkan hati..
semoga kakcik diberi ketenangan dari Allah selalu.. Insyaallah..

NURAZZAH8 said...

Salam CikMilah, lama akak tidak berkunjung ke sini, Harap cikMilah faham...
bila baca n3 terbaru, kisah sedih pula...Akak harap cikMilah bersabar dan sentiasa berserah diri ke hadrat Allah SWT...semua yang Allah takdirkan sebenarnya ada sebab musababnya, hanya tetapkan iman agar sentiasa berada di dalam lindungan dan Rahmat Allah SWT, Amin.

cikMilah said...

Maklang, dugaan ini akan buat kita jadi bertambah kuat, InsyaALLAH.

cikMilah said...

KakElle, great thanks for being there for me. It does help a lot. I am OK now...Alhamdulillah. Thanks for doa dan nasihat. Saya ambil ia sebagai pedoman hidup.

cikMilah said...

Betul sangat tu Ja. Alhamdulillah , dalam sebak pilu tu mulut terkunci dari mengeluarkan kata yang mungkin tidak enak di dengar orang lain.
Alhamdulillah, I am OK now.

cikMilah said...

Nurazzah,
lepas tulis entry ni, I dah OK dah...Jangan sedih ya..Pusingan hidup memang macam ni kan. Kalau nak dibandingkan dengan sengsara orang lain, saudara kita di Palestin misalnya, hal ni kecik sangat sangat sangat,kan.
Malu pada Allah, Dia bagi dugaan macam ni dah rasa nak terbalik dunia! Petanda nipisnya taqwa I ni.
Thanks for the do'a.

Tie said...

Nampak gayanya kita ni sama je...mulakan tahun baru dengan kesedihan dan monyok je...tak tahu laa...dunia Islam pun gitu gak..harap2 tak berlarutan hingga ke ujung tahun...

Lee said...

Hello Cik Milah, Here's hoping you fully recovered, batteries full charged.
I wish you well and a happy new year.
Best regards, Lee.

Anem Arnamee said...

Salam..
semoga diberi kekuatan selalu,
sekali dugaan datang itu tnda dia syg kita..Alhamdulillah..kan?=)

salam ukhwah..=)

Nong said...

Harap bersabar, hanya padaNye kita berserah.

Hope you are blessed with good health always. Take care ye...

aNIe said...

Salam cik milah...lama akak tak menjenguk blog cik milah...

Dalam hidup kita ini kita sentiasa diduga oleh ALLAH dengan berbgai jenis dugaan...Tabahkanlah hati agar cik milah lebih kuat menghadapi dugaan hidup...

Semoga segalanya akan baik2 sahaja nanti...jgn minum nescafe lagik...memang tak elok tu...kena jaga kesihatan tu...

Take care ...

Abang Long said...

Wahai Puan.

Nasihat setulus ikhlas dari Abang long. BERHENTI dari mengambil minuman berkafein. Tiada faedah langsung, selain dari rasa sedap. Abang long telah mengalami perkara yang sama.

silversarina said...

salam,

Akak harap perasaan sedih cikmilah telah berlalu . Memang adakalanya kita akan rasa sangat down dan doa yang dibaca akan meredakan kegundahan perasaan .

Selamat beristirehat di hujung minggu.