Gadis kecil itu telah bertahun
dilanda derita
di khemah pelarian
yang menjanjikan dukacita
Munir tak mengenal erti cinta
telah kering airmata
menangisi
kematian
ayah bunda
dan
saudara
Pada satu senja
langit Shatila
menyaksikan pembunuhan
anak kecil dan wanita
Munir ditembak penuh luka
tapi ajalnya belum tiba
kerana Tuhan
mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September
telah menjadi bukti
sempurnalah
kekejaman
satu bangsa yang sombong dan hina
Lagu ini saya dengar pertama kali dalam satu pertandingan mencipta lagu, terus saya hafal lagu dan liriknya sampai saat ini. Waktu itu masih sekolah menengah, saya menggilai lagu puisi, apatah lagi lagu-lagu puisi dari pencipta lirik dan lagu ini, Zubir Ali. Saya selalu menyanyi sendiri lagu ini dengan airmata. Satu waktu pada majlis pembacaan puisi Palestin, selepas Sdr Puzi Hadi bersemangat membacakan sajaknya, saya capai mikrofon yang diunjukkan oleh Puzi, tapi tak baca sajak Tanah Air seperti yang di rancang, sebaliknya sepenuh hati mengalunkan lagu ini di khalayak. Sedar-sedar seorang seniman jalanan memetik gitar di sisi...dan Siti Zaleha Mohd Hashim turut sama menyanyi...Hari itu, kami mengutip jumlah wang yang besar untuk di salurkan pada tabung bantuan Palestin. Itu dulu, tahun 80-an...
Hari ini, sejak awal Muharram 919 saudara Palestin kita gugur di Ghazzah, termasuk antaranya 284 kanak-kanak dan 100 wanita di bunuh Yahudi laknat dan 4260 lagi cedera dan menerima rawatan minima. Berpuluh ribu lagi tak keruan hidup mereka; meletakkan nyawa pada satu risiko; demi al-Aqsa.
Lemahnya aku, hanya mampu menyumbang dengan doa dan sedikit dana, juga boikot produk mereka. Selemah-lemah imanku; cuma mampu melawan dengan hati. Tebal yakinku di hati, terus berdoa, kerana itulah senjata Muslimin yang paling ampuh.
Wednesday, January 14, 2009
Lagu itu...
Posted by cikMilah at 1/14/2009 10:30:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Hati ini tak pernah henti berdoa untuk saudara Islam kita yang bergelut dengan kekejaman zionis yang tak berperikemanusiaan itu...
Nama anak akak yang sulung Muhd Munir...lahir 17 september...semua orang ingat akak ambil nama gadis kecil tu...tapi itu hanya kebetulan
kak cik..
saya pun masih ingat dan hafal lirik ni..now ni org hafal lagu2 cinta sahaja..
wow...hebat kak cik...tak sangka ye..itulah..kan ada bakat yang boleh digunakan utk membantu...
salute to you for memorising the lyrics:)
my sympathy to our sisters and nephews and nieces who had suffered over there may Allah bless their souls.
bila kedengaran lagu itu dicorong radia...minitis air mata..menusuk ke kalbu...
Ya Allah...ku pohon pada Mu...kalau selamatkan lah hamab2Mu yang dizalimi itu..Amin...
First time terbaca ingatkan puisi rupanya lagu... tahun 80-an saya masih dgn botol susu lagi...
wahhhhhh hebat akak pandai menyanyi rupanya...bole la saya jadi peminat akak...hehehhe
Kekejaman diorang tu dah melampaui batas la.... sedikit dana dan doa je yg mampu saya usahakan utk umat islam di sana.... rasa sedih sangat....
sis...sayu tgk lirik lagu tu..semoga bantuan yg diberi oleh kita semua memberi sepenuh manfaat pd mereka yg amat memerlukan.
sy sampai tak sanggup nak tgk muka2 anak2 dan mereka yg tak bersalah teraniaya tu..tp gagahkan jua hati ini supaya dpt iktibar dan merasai keperitan mereka.bantu aper yg boleh.
Betul kakAnie, kita perlu mendoakan untuk sesama kita.
Hmm.. Mohd Munir dan 17 Sept ..satu kebetulan yang cukup cantik
Kakcik kagum dan bangga dengan Ta, apatah agi bila Ammar pun menjejak bondanya. Doa kakcik semuga Allah menerima dan memberkati usaha ini.
Itu zaman sekolah dulu .. semua redah saja, it was fun and nostalgic....
kakElle, this song penetrate through heart. Tersentuh sangat.
Ya.. doa kita untuk mereka .
Amin.. ya Maklang, terus kan berdoa ya..
Fara kecik lagi ye, masa pengeboman Sabra Shatila tu...
Masa sekolah dulu, nyanyi lagu puisi dan nasyid jer.. yang lain aruah ayah tak benarkan..hehehe
Teruskan berdoa, ya dik.
Betul tu Salwa, akak sampai phobia nak bukak email ..tragis..
salam,
Dah lama tak dengar lagu puisi , memang menusuk kalbu... kasihan mereka di sana terus bermandi darah :(
Ada sebuah buku yang baru dibeli. Menceritakan tentang perang di Gaza - 2009, dimana umat Islam di Palestin akan berjaya dihalau dari tanah air mereka oleh Zionis.
Buku itu diterbitkan tahun 2007.
terus lah berdoa... moga umat Islam di Palestin sentiasa tabah & kuat imannya, serta beroleh kedamaian yang segera..
Memori yang menghambat kenangan ya..
Bilakah segalanya akan terhenti?soalan ini tiada siapa mampu menjawab melainkan ilmu Allah SWT mengetahui..manusia harus berubah..ya manusia sememangnya perlu berubah!!itulah dinamakan HIJRAH.
Post a Comment