Tuesday, March 24, 2009

Kenapa ya...

Dalam sibuk-sibuk tadi saya dapat panggilan ke hp dari satu nombor yang tak di kenali. Biasalah, terima panggilan dari pemanggil yg tak di daftar waktu kerja; itu mungkin supplier dari mana-mana..Saya menjawab dengan tenang.
Suaranya saya cam dan dapat mengagak pemanggilnya tapi dia berdolak dalik pada mulanya tak mahu perkenalkan diri. Suruh saya teka siapa dia. Saya cakap saya kenal suara dia tapi lebih manis kalau pemanggil yang kena perkenalkan diri. Betul tak? Akhirnya dia mengaku dan telahan saya benar. Kami agak rapat waktu belajar dulu.
Say ateruja dapat dengar khabar , tapi
Adoi, saya di soal siasat! Kawin bila, anak berapa, kerja di mana, suami siapa, rumah kat mana, suami orang mana, kerja apa dan macam macam macam macam. Tapi bila saya balas bertanya soalan sama ,dia tak jawab pulak!!! Dari mana dapat nombor telefon saya pun dia tak nak beritahu. Adoi! what a game?
Gelihati saya bila dia kata dia belum kawin. Apalagi, saya guna pakai tektik domino (hehehe.. don't play play arrr...20 years had changed me a lot!) Lastly kawan kita menyerah kalah bila saya tanya, isteri you berapa? Hah, boleh pun berterus terang,awat tadi susah sangat nak mengaku - cakap sajalah dah kawin.

Dia juga terkejut bila saya tahu di mana dia bekerja. Dah kena soal dengan banyak sangat tadi, saya pun tarik harga jugaklah. Saya cakap, dari mana saya tahu tak penting, yang pasti, apa yang saya tahu itu betul dan tepat.

Kenapa ya, kenapa ramai yang sukar bercerita pasal anak isteri? Tak rasa bangga kah mereka sebab sudah punya rumahtangga, isteri dan anak penyeri hidup. Memang lah tak semua macam itu, tapi ini bukan kes pertama yang saya lalui. Ada yang saya kenali, tak pernah pun mahu bawa isteri bertemu kawan-kawan lama. Apa salahnya isteri kenal kawan lama,kan.

Pada saya di usia sekarang, jika mahu menyambung semula persahabatan yang di pupuk sejak zaman sekolah atau universiti, lebih elok jadikan seluruh keluarga sebagai kawan. Biar para suami berkawan, para isteri berkenalan dan anak-anak pun dapat kenalan baru. Meriah hidup jadinya!

33 comments:

zura aini said...

kesian isteri dia, suami mengaku bujang, tak patutkan.

Neeza Shahril said...

bagi Ja la kan kak cik.. kalau orang tu tak nak cerita pasal family, dia tu tak ikhlas..
kenapa perlu sorok kan..
tapi kan, dalam kes kak cik ni Ja rasa si dia tu ada hati dengan kak cik kot..
that's why tanya serba serbi.. he's comparing yours and himself!
huhuuuu...

tak bagus lah gitu kan..

Insaflah said...

Biarlah rahsia menjadi sudah tiada rahsia.

Abang Long said...

Salam hormat wahai CikMilah.

InsyaAllah akan diberikan ulasan didalam Blog Abang long.

Kak Elle said...

cikmilah ni old flame ye? sebab masih ingat dan tau cerita terkini...hehehe

mungkin segan nak beri tau tentang keluarga nya tak?atau nak sembunyikan mereka:)

silversarina said...

Memang ada jenis manusia yang memang suka berahsia, tapi hal orang lain dia nak tahu.Syok juga bila ada kawan lama bertanya khabar :)

Kak Ezza@makcik Blogger said...

Tak tau la mengapa setengah lelaki enggan bercerita pasal isteri dan anak anak pada kawan kawan mereka. Tak kan nak privacy kot. Mereka bukan nya artis atau selebriti yang nak kan privacy pun. Bila usia dah meningkat..sepatut nya dah senang nak membawa isteri kemana mana...join dengan kengkawan dan bertukar2 fikiran...ni tidak,,orang rumah tempat nya di rumah jer..mana nak berkembang pemikiran isteri macam tu..asik nampak dapur saja...
Saya rasa lelaki macam ni patut di beri kaunseling laa...

cikMilah said...

Zany, tu la..kakcik cakap dia kalau my hubby mengaku bujang, I akan kecil hati.. dia gelak jer..heyyyyy...grrrrr

Ja,entahlah ya, jangan-jangan he's spying for someone.. hahahaha!!!


Insaflah...betul tu, pecah rahsia tak pa, jangan pecah tembelang...

cikMilah said...

aha.. saya memang nak minta pendapat Abang Long!! jawab bang, jangan tak jawab:))

cikMilah said...

Kak Elle, si dia ni punya suara yang unik.Mmg mudah recognise.
I saw his photo in my cousin's office staff outing and had confirm with my cousin of his name; kiranya I know his whereabout, cuma tak contact!

cikMilah said...

Mulanya seronok KakRina, tapi kena soal bertalu-talu macam polis pencen, eh, pelik la saya rasa!

cikMilah said...

Tu dia, KakEzza pun jagi grrrrr jugak!
Sepatutnya homelife and outdoor life shall blend harmoniusly.

Unknown said...

betul dan saya setuju...
jika nak berkawan biarlah ihlas.
errr....suami cik milah org mana?

pp

cikMilah said...

Pp,
pekena saya pulak ya..
suami saya orang Penang,Inspector Sab!

MAMAMIA said...

Agaknya dia tak nak Cik Milah report kat wife dia pasal his past behaviours....

Tie said...

Hmm...ada juga lelaki gitu, ek.

Suami Tie berbeza, suka ajak jumpa dan kenalkan kengkawan lama dia... Kadang2 Tie yang malu sebab rupanya pernah kenal masa di ITM dulu...hi hi..

Eh, cantik bunga2 tu...macam timbul je...he he..

tulipurple said...

sib baik suamiku tidak sebegitu..dia kalu buley nak angkut anak bini dia ke sana ke sinun..hehe,kalu dia mcm kwn sis..mmg nak kene piat telinge..hehe.

maklang said...

manusia berbeza2kan...

Alhamdulillah..Paklang tak macam tu...kemana saje nak diheret anak isteri dia..he.he...

maklang said...

manusia bermacam ragam..ada suka sembunyi ada suka terang2...

maklang said...

manusia bermacam ragam..ada suka sembunyi ada suka terang2...

pB said...

pB cukup bangga kalau orang tanya pB anak berapa orang dah sekarang nie



he he he

cikMilah said...

Past is past kan..Mamamia. Biarlah dia.. kalau dia tak nak perkenalkan,nak buat camana, sebagai kawan kita terima kawan kita seadanya...

cikMilah said...

Tie, itu pasallah, kita yang selalu di ajak suami jumpa kawan lama, rasa pelik pulak bila ada kes gini. Semuga dia berubah.

Button Planet said...

pelbagai ragam orang .... kita harus berpegang kepada prinsip kita dan harus berlandaskan Islam...

Ada orang memang suka bermain api...

cikMilah said...

Tulip, kalau tak nak bawak isteri jumpa kawan pun. tak mengapa..tapi usahlah mengaku belum kahwin...Bayangkan kalau istrinya dapat tahu; hancur hati isteri mengenang dirinya macam tak dapat pengiktirafan dr suami sendiri untuk dibawa ketengah bersama kawan-kawan suami...sensitif kan?

Kanda awak tu mmg sporting....:)

cikMilah said...

Betul cakap Maklang tu. tak semua wanita di lahirkan bertuah dapat suami penyayang...

cikMilah said...

pb, bukan kah anak dan isteri itu perhiasan dinua paling baik untuk lelaki...?

Min said...

salam kak cik, suami yang malu menceritakan ttg isteri & anak2 ni biasanya yang takut 'rejection' bila nak mula berkawan...

Mulan said...

nak maintain macho la tu.. he he..

cikMilah said...

Azzah8,
usia la ni, dah tak kuasa kita nak main-main kan...

cikMilah said...

Min, kawan dah kenal lama, kita terima macma dulu, dah la ni ada anak isteri, berkawanlah denagn anak isteri seklai...kakcik malas nak fikir! hehe

cikMilah said...

Mulan,

nak macho tapi hanco.. hahahaa

Cat Cat said...

Kak Mulan,
Sesetengah lelaki ni suka mengaku bujang... Ada chance lagi lah konon-nya... Ramai lelaki orang putih kat sini kurang berminat nak cerita pasal hal keluarga... Very the secretive... Nak pasang girlfriend lagi kot... :D