Saturday, March 21, 2009

I love weekend... yeaayyyyy...

Pantasnya masa berlalu, hari ini sudah 21 haribulan, maknanya dah hampir sebulan di tempat kerja baru. Satu perkara yang saya suka tentang tempat kerja baru ini ialah kurang tekanan. Agaknya belum kena yang betul-betul hit lagi kot.. entahlah. Budaya kerja di sini kental dengan dengan teamwork. Timbul saja masalah, semua tangan dan kepala bersatu, cari jalan selesaikan masalah tanpa menuding jari kearah sesiapa atau tikam belakang orang lain. Saya bersyukur kerana Allah telah mengalihkan saya dari suasana kerja yang amat menekan sebelum ini pada keadaan yang lebih baik sekarang. Skop kerja lebih fokus. Industri elektronic memang begitu - kerja ikut buku. Tak banyak songeh manusia jadi otak tertumpu pada kerja. Lebih terarah ke situ sekarang, malas nak ambil tahu hal orang, asal tugasan dah tip-top dan bos puashati.OK. Aside of work, orang-orang industri di sini friendly dan lebih menghormati orang lain.
Official hour starts at 8.00, pukul 9 ada 15 minit break. Kalau tak smpat breakfast kat rumah atau dalam kereta saya join satu group 6 orang perempuan dan seorang lelaki lembut. Masing-masing ambil turn bawa breakfast dish dari rumah ( ataupun beli jer) sebab dah boring dengan makanan kantin ( biasala kan...)Saya dah masuk kandang kambing ni kena mengembek juga lah kan...Tapi, mmg best la kongsi breakfast gini.. macam morning coffee la pulak. Yang lelaki tu Pengurus Kejuruteraan -pandai masak woooo..dan ada salon rambut as a side business. Mereka panggil dia Awang. Tapi saya tak sampai hati la pulak, kita orang baru kan...
Geng morning coffee saya ni hampir semua ada side business. Seorang lagi ada spa kat rumah; yang seorang lagi pandai buat sulaman benang. Nanti saya cerita kan lagi ya!
Di sini mereka panggil saya "Sis". Janggalnya!!! Kalau engineer, planner muda tu , ok lah, tapi dengan boss depa sekali panggil saya Sis. Tak kira bangsa. Pelik kan kalau Finance Director panggil you "Sis" dalam meeting - habis semua orang panggil saya Sis sejak itu! Bukan nya tak boleh terima hakikat kita ni senior aged, tapi aahhh..janggalnya kalau dalam urusan formal ber"adik-kakak". Akhirnya kena akur lah. Dah masuk kandang kambing kan...Setakat ini 2 orang wanita panggil saya adik; rakan sebelah meja dan seorang Pengurus QA yang sudah 50-an. Apa-apa je lah kan. Nampaknya dah jadi kebiasaan, orang besar pun di panggil dengan nama pendek saya; kecuali yang berPhD tu, saya dengar di panggil Doc.
Jadual padat, tak sempat nak berym mamcam dulu.. hehe. I miss you KakElle! Apapun, saya happy bekerja dalam suasana produktif begini. Semua orang sibuk. Tak terasa impak krisis ekonomi di tempat baru ini. Kita bekerja sekarang untuk laksanakan perancangan untuk projek 6 bulan akan datang dan untuk fasa seterusnya. Semuga kemarau ekonomi berakhir. Dalam rancak bekerja, kelmarin saya terkejut juga membaca headline "D**l akan offer VSS untuk 5000 pekerjanya...Saya masih phobia, kalau ia berlaku di sini, I am very vulnerable of being LIFO ( Last in First Out)!
Semuga di jauhkan Allah dari kejadian itu lagi. I am happy with my new work. I need to make a WONDERFUL weekend and looking foward on days ahead.
Have a good weekend , everyone.

11 comments:

Kak Elle said...

Bagus lah serasi bekerja di situ 'sis'...hehe

wow kumpulan morning breakfast tu semua nya ada sidelines ... bolih bergabong tenaga satu hari nanti kan?

have a nice weekend too cikmilah.

silversarina said...

Woww, cantik rumah baru cikmilah, I love it !

Cikmilah happy saya pun tumpang happy, Alhamdulillah.

Saya kat sini pun biasa orang panggil kak ina walaupun dia dah bertaraf nenek pada saya, ianya panggilan pangkat dan diterima .

Happy weekend !!

Ummi365 said...

alhamdulillah, good to hear you are doing well over there.

IKHWANI said...

Alhamdulillah, nampaknya dah dapat kerja baru..one door closed another door is surely open for us kan?

kisah beradik kakak ni teringat pulak saya dulu kalau among executive memang panggil nama, mr or madam..tiba-tiba pegi meeting ada sorang kontraktor panggil saya adik..terkejut badak masa tu! hehehehe..lain padang lain belalang!

Hopefully you will be happy - this is surely a new chapter in your working life! Best of luck!

Insaflah said...

BERSYUKUR dengan rezeki yang berada dihadapan.

Neeza Shahril said...

Sis?? hehee.. lebih mesra walaupun macam tak berapa formal kan.
Tapi kalau mereka professional dalam kerja, tak kisahlah kan kak Cik..

seronok dengar Kak Cik happy kerja disitu..
dan kebetulan kawan2 Kak Cik macam Kak Cik jugak.. ada side business.. boleh lah saling support kan..

Abang Long said...

Alhamdulillah, yang penting fokus pada kerja dan merapatkan ukhuwah.

Lee said...

Hello Cik Milah, ha ha, can see you one very postive lad....
Hardly read nowdays of people 'looking forward on days ahead'.

Yes, keep a song in your heart and have fun. Best regards, Lee.

cikMilah said...

Uncle Lee, keep the spirit going on....haha.Thanks for dropping by.

Abang Long,betul tu, sakit kepala kalau 2 benda no tak ada pada suasana kerja kita, kan.

Ja, awalnya mmg janggal sikit.. masih menyesuaikan diri...:)


Insaflah,
terimakasih sudi berkunjung. Nanti saya berkunjung balas ya,

cikMilah said...

OO, mmg terkejut badak. Tapi maintain cool:)
thanks for the dua, semuga kelicinan di sini jadikan hati lebih ikhlas dan rezeki lebih berkat.

Hi Ummi, Alhamdulillah...


Hi KakRina, saya tukar langsir jer.. hehh, rumah lama jugak...
People here are easy going. Alhamdulillah.


KakElle, macam Neeza cakap, we're supporting each other in our side business..what a good network, kan?

Queen Of The House said...

CikMilah ... can feel your enthusiasm shining through. Semoga kekal di tempat kerja yang serasi ini. It's good to love your work and it's great to have a good workplace!

Enterprising nya your colleagues semua dengan side business masing-masing.