Thursday, March 5, 2009

Letih tapi Ceria

Bila berbual, Dikma al-Bazrah selalu sebut Prof MKI dan dari situ saya kenali beliau melalui blog, buku,tv dan MIDI. Kedatangan beliau ke mesjid khariah ini mmg tak di duga, terima kasih pada puan-puan penganjur. Satu jam untuk mukadimah sahaja. Majlis berhenti rehat tak lama selepas pembukaan memberi laluan pada waktu Isya', sekaligus memberi ruang pada yang bercuti mendekati Prof.
Prof bercerita bagaimana beliau membahagi masa

Bersemangat sungguh mendengar Prof. membicarakan mengenai falsafah dan hikmah di sebalik ibadat haji, berkisahkan pengalaman beliau sendiri. Kisah beliau kisah luar biasa, manifestasi doa dan istiqomah. Beliau menekankan tentang doa yang yang menjadi nadi amal ibadat dan segala niat. Doa yang tulus dan bersungguh-sungguh akhirnya mengubah sempadan iman, mengubah sebuah kehidupan; mendapat seperti yang diimpikan . Dalam fikiran saya, apalah agaknya doa yang diamalkan oleh isteri Prof, Puan Roza yang merupakan tulang belakang kejayaan lelaki ini.

Satu lagi tentang konsep kun fayakun.Allah itu Maha Berkuasa, Maha Pengasih Maha Penyayang, semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah SWT sahaja, jika Allah berkehendak, apa sahaja mungkin berlaku. Sebenarnya saya rasa banyak lagi yang hendak di sampaikan tapi nampak benar beliau keletihan. Sesekali terbatuk-batuk ; yang pasti pengisian lebih 2 jam cukup mendalam. Semuga Prof MKI dan keluarga sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah, kesihatan yang baik. Semuga satu hari nanti dapat saya bertemu Puan Roza.

6 comments:

NURAZZAH8 said...

Salam Cik Milah,Alhamdulillah akhirnya dapat berjumpa Prof MKI....

cikMilah said...

Salam Azzah, ya benar. Semuga satu hari dapat jumpa Azzah juga.

Kak Elle said...

wow bonus tu dapat jumpa Prof ... semoga dapat berjumpa Puan Rosa kelak:)

tulipurple said...

penuh nikmat sebenarnye hadir majlis ilmu nie kan,sis..mencuci hati.teringat dulu,hati selalu mengeluh kalu dipaksa hadir ke ceramah masa mula2 tggl di hostel...skrg berterima kasih yg amat pd mereka!

Neeza Shahril said...

Ja ada baca buku dia. tapi tak pernah jumpa dia lagi.
Best kan jumpa orang berilmu ni kak cik..

cikMilah said...

Salam kakElle,
ya kak, tengok tv dan baca tulisan tak sama dengan jumpa in person, kan.

Tulip, mmg terkesan dihati. Semuga Allah menerima sebagai amal baik bagi kita pendenagnr dan penyampai ilmu..Amin.

Ja,dari selatan beliau datang ke sini dalam persinggahan, alhamdulilah ada rezeki berjumpa.