Monday, March 9, 2009

The Lost World of Tambun... we lost our tube!

Saya ada urusan coklat di Ipoh dan kami ambil peluang ke taman air di Tambun bila kerja-kerja saya selesai pada pagi Ahad. Happy nya anak-anak, tangkap singa sorang seekor!

Can I take you home?Pseudo beach.. organising themselves all in one float tubeHahaha, turtle turn from the slides, that is KakNgah underneath giant float
Seronok sangat main slides, saya tak sedar tube yang kami sewa di curi. Pusing keliling mencari dan bertanya, seorang pemuda India yang duduk berhampiran kami menjaga tube mereka beritahu bahawa tube kami di ambil oleh sepasang lelaki dan perempuan Melayu. Dia katanya cuba menghalang tapi mereka lari membawa tube itu pergi. Marah betul anak-anak saya, mood mereka terhenti dan sepakat mencari pencuri.. ya la kemana sangat mereka nak pergi...tempat ini bukannya luas sangat. Clue yang kami ada ialah couple Melayu muda. Lepas 40 minit saya nampak 2 lelaki Melayu kurus duduk atas tube dengan seorang gadis gemok dalam aliran sungai. Macam curiga bila meraka nampak kami, apalagi perempuan tu macam terkejut tengok saya pandang tepat pada mereka. Lelaki paling kurus tu cuba menutup nombor tube dengan paha tapi bila perempuan gemok turun dalam air, tube tersendeng dan ternaik dari paras sungai, jelas tertera nombor tube kami. Saya bagi isyarat jari' come here, that is MINE! Mereka diam, dan menyorong tube pada saya. Sinis saya kata," kalau nak belanja awek, sewa tube sendiri!
Mereka buat bodoh saja, geram saya. Saya angkat kamera dan petik, perempuan gemok bersuara...."lhooo, jangan la di ambil gambarnyaaaa...."
Ohhhh, Indon rupanya engkau, padanlah tak tau malu!

Amboi santai nya dia....tapi mood happy sudah kurang walaupun tube dah jumpa
pancuran air suam...best nampaknya Ammer. Tu kat belakangKakak dan KakNgah pun tak segembira tadi...hehehe.. cukuplah marah tu, tube dah dapat dah...
Say aajak mereka pergi fun riding. Macam kat funfair saja, OK lah..habis terbang marah bila turun dari fun-ride, ketawa-ketawa sebab tak pening sikit pun.

Tempat ini comel saja, cukuplah 3 jam kalau nak habiskan masa di sini. Kami masuk pukul 2 petang dan sebelum pukul 5 sudah habis explore. Begitupun, saya suka dengan kombinasi alam semulajadi dengan seni reka taman moden. Unsur gunung batu kapur menjulang tinggi bagai pagar, bersatu dengan taman tema air menjadikan ia unik walaupun tak sebesar dan seluas Sunway Lagoon atau Bukit Merak Lake Resort.

Dek sibuk mencari tube tadi kami lupa menjengok harimau Siberia walaupun dah lalu dekat kawasan itu. Ada juga tram membawa penumpang keseluruh kawasan, tapi anak-anak ni dah jadi itik bila dah jumpa air.Apa-apa sajalah kan... asal mereka seronok!

21 comments:

Kak Elle said...

oh nice place tak pernah dengar tempat ni...Ipoh?

wah sempat mencuri hak orang si Indon2 tu ye...ish buat macam kat negri ler tu...cuba tengok gambar dia cikmilah...haha

Tie said...

Wow ! Bestnya........

Tie tak pernah bersantai di tempat2 begini...memang jakun pun, he he..

Tapi bila cerita pasal tube tu, Tie pulak rasa nak marah...senang2 je mereka rembat tube tu tanpa rasa malu, ekk...

Abang Long said...

Bab main air. Anak suka, ayah pun suka !

Mengasyikkan, dan boleh jadi terapi minda.

Abang Long said...

Main air. Anak suka, ayah pun suka.

Boleh menjadi terapi minda.

Ummi365 said...

best.. nak gi jugaklah..dah lama tak bawa anak2 main air

Unknown said...

hi dan selamat pagi,kunjung ka disini dari uncle lee blog,

so, which one is better,Sunway or Bukit Tambun water theme park,

akan datang lagi,,,, take care now my friend

Neeza Shahril said...

bagus kak cik pergi cari balik tube tu.. kalau che' abang neeza agaknya.. tak kuasa nak mencari.
Kalau neeza pun mesti pergi cari sebab tak pasal kena ganti kan..
tak senonoh mencuri. Nak datang situ tak nak sewa tube.. apalah jenis orang..

macam seronok tempat tu.. bila lah dapat bawak anak2 neeza.. kalau sekarang, jawabnya diorang je lah enjoy.. neeza mesti kena jaga anak kecik uuwaaaa!!!

aNIe said...

Hehehehe...padan le kene sound ngan cik Milah...yelah...betul ler tu...kalau nak belanja awek...pakailah duit sendiri....

tulipurple said...

syioknyee adik2ku itew main air...akakku itew plak tak mandi ka?hehe..takdak pic nya ka?
tu dia...cikgu cekelat telah menunjuk belangnya..free2 jer mereka2 itew kene sound.wat pasal lg!

silversarina said...

salam,

wah bestnya, akak yang duk Ipoh pun tak pernah pergi lagi tempat tu walaupun tak jauh dari rumah mak sebab bila balik Ipoh ramnai sedara mara nak kena dilawati. Nanti nak jugak curi masa nak berendam kat situ.

Nong said...

Nampak cantik tempat tu. Nanti gi court case kat Ipoh boleh gi jengok kejap...

Lee said...

Hello Cikmilah, tempat ni Tambun, Ipoh?
Wow! And back in the 70's semua hutan. I remember ada tu Polis Field force camp, Tanjong Rambutan.
And the waterfall....today a theme park.

Okay, bila kita balek kampong must go jalan2 there.
Nice pics, now I know, ha ha. Lee.

maklang said...

selalu dah dengar tempat ni..Angah dah pergi last year class trip...nampak macam seronok...nak jugaklah pergi kalau ada umur satu hari nanti, InsyaAllah...

cikMilah said...

kakElle, sesuai utk weekend escape:)
dah delete pun gambarnya kak.. hehehe

cikMilah said...

sesekali bawa anak main air, Tie...seronok. Tempat ni tak luas macma Sunway Lagoon, senang nak kawal anak-anak..

cikMilah said...

sekali ingat nak let go jer, tapi bebudak ni bersemangat bila barang mereka di ambik orang...hehe

Ala Ja, bawak jer Sumeiyyah turun dalam air sekali.. lagipun dress code nya tak ketat sangat..

cikMilah said...

Abang Long, saya lagi suka air terjun semulajadi dari taman tema macam ni...damai dan bersih!

Ummi, jom gi SUnway Lagoon!

cikMilah said...

hi eugene, terima kasih sudi datang...Sunway lagi best rasanya!


KakAnie, kalau dia nak pinjam pun boleh kita kasi.. ini mencuri ni.. heyyyy..

KakRina,tentu Mimi suka kalau ke sana, ak besar sanagt so kita pun tak la terok sangat nak monitor bebudak ni...heheh

cikMilah said...

KakNong,
sekejap pun memadai..I lebih suka tengok gunung yang timbul satu-satu tu..

cikMilah said...

Aha, betul tu U.Lee, jalan Tambun-Tg Rambutan. Mmg ada kem tentera dekat situ..

Eppp, you naughty.. tau apa tu.. so u are wrong about me?! haha.

cikMilah said...

ala Maklang sayang, sambil lalu pun boleh singgah temapat ni, InsyaAllah. Happy vacation ya...