Saturday, March 7, 2009

Saya dan Hasnah

Saya duduk di hadapan beliau dalam majlis syarahan Prf MKI. Bila waktu solat Isya', saya menoleh dan senyum, nampak dia kesaorangan macam saya. Kami berbual. Dia bertanya mana saya dapat buku THMSI. Saya akur susah nak dapat buku ini di daerah ini. Cepat benar stok habis.Saya cadangkan kami jumpa sendiri Prof, kalau-kalau dia bawak buku untuk jualan.
Tapi Prof cakap tak bawa buku dan tanya Puan Syam. Tapi kemudian katanya ada sebuah buku dalam kereta. Nanti lepas majlis, ikut dia ke kereta. Saya nampak mata Hasnah berseri-seri!
Kami duduk dan sambung bercerita pasal buku ini. Dia tanya kenapa ada helaian tisu di celah-celah muka surat, buat penanda ke..
"Hehe... bukan penanda kak, tisu tu untuk saya senang nak kesat airmata."
Seterusnya kami duduk bersebelahan, dapat kawan baru.
Selesai majlis, kami berbual lagi sebab saya rasa wajah dia memang familiar, pernah jumpa. Mungkin juga kami satu khariah, berselisih di jalan atau di market atau di mana-mana. Katanya dia jarang ada di sini ,cuma hari minggu balik ke Seberang Jaya. Hari biasa katanya dia berniaga nasi di Juru.
"Juru? berniaga makan? kat mana tu?" Bertimpa soalan saya.
"Restoren sebelah TNB dekat Sg Juru, sebelah belakang kawasan industri.."
"La....kak, saya selalu makan di situ masa kerja kat XYZ. "
"Aha la, memang kakak pernah jumpa adik kat sana."
"Ya lah, akak cashier kan."
Hahaha..kami baru sedar selalu berjumpa sebelum ini.
"Maaflah tak perasan, sebab selalu tengok pakai busines suit. Saya pulak dengan apron."
Memang pun Hasnah dengan apron duduk di meja cashier kat restoren tu. Makan harian Hasnah memang sedap. Ikan segar, penuh ulam-ulaman. Ikan bakar dengan air asam di restoren ini memang jadi "pemanggil" ke sana! Kalau lambat keluar dari ofis waktu makan tengahari, memang terlepas menu , dan kena order ala-carte/ goreng-goreng!
Hasnah gembira sangat dapat buku berkali-kali berterima kasih pada Prof.
"Teriam kasih ya dik, bawa kakak jumpa Prof. Kalau kak sorang, memang tak berani jumpa orang bijak pandai ni.."
"Apalah sangat kak, saya tak tolong apa pun, dah memang rezeki kakak."

Satu kebetulan. Memang ramai yang kita kerap berjumpa tapi sekadar berpapasan dan berurusan saja. Kita jarang berharap untuk bertemu semula dengan seseorang yang kita jumpa dalam urusan harian, kecuali orang tersebut sangat berbudi pada kita. Saya bayangkan, kalaulah antara saya dengan Hasnah ada pergerseran ke, masam muka ke dalam perjumpaan sebelum malam ini, tentu tak sedap hati bila berjumpa semula dalam situasi begini. Tentu tak ada rasa gembira dan teruja dapat berkawan. Kami berpamit dan berjanji akan bertemu lagi. Kelas haji di mesjid ini minggu depan, kami berjanji mahu jumpa di tempat letak kereta dan duduk bersebelahan lagi. InsyaAllah.

8 comments:

Kak Elle said...

Alhamdulillah dapat lagi satu kenalan kan secara kebetulan mmg dah berjumpa dulu.

Betul tu cikmilah tak rugi bermuka manis berjumpa kawan tapi kalau tersenggeh selalu mcm kerang busuk pulak...hahaha

cikMilah said...

kak. hahaha,
kena tengok kawan dulu sebelum senyum kan...

Anonymous said...

ntah2 kita pun penah berpapasan (ikut word cikmilah,hihi) di carefour,jusco,perda,juru autocity,foodcourt pokok ceri depan masjid sbg jaya dan kawasan2 yg sama waktu dengan nya.

:D


cikmilah, nnt leh x bg no hp...kot2 boleh jumpa :)

0174718679

Neeza Shahril said...

kalau boleh, memang Ja nak elakkan dari bermasam muka dengan sesapa pun.
Sangat tak seronok kalau kita tak bertegur sapa disebabkan bergaduh.
Tapi.. dengan husband takpelah pulak sebab nanti memang akan baik balik hehehee..

tulipurple said...

wahh...nak kene pi pekena nasi kat kedai kak hasnah nnt...weekend buka ka?
seronokkan..tambah ilmu,tambah kawan!

cikMilah said...

agaknya la Luna..besar kemungkinan tu.. nanti kakcik call ya.

Ja, kalau dengan cik abe tu, namanya merajuk minta di pujuk.. hehe

Tulip, ya la awak tu...time nak balik KL baru nak call...hahaha..
InsyaAllah next time balik kasi tau awal sikit...KakHasnah kita ni operating on weekdays only sbb pelanggan dia 95% orang industri dan yang berkenaan dengannya...
Sedap wooo, ikan bawal dia...

Mulan said...

seronok kan bila bertambah nya silaturrahim..

Abang Long said...

Indahnya Ukhuwah.

Terasa nikmat persaudaraan dalam agama.