Selamat hari jadi ke 4*...selamat berbahagia sahabat tersayang. Selebihnya adalah doa semuga hidup Dilah sentiasa dalam kesihatan yang baik, kasih sayang dan berada dalam payungan rahmat Allah.
4 Nov yang baru lalu, hari jadi Syah, Milah ingatkan Dilah tentangnya.
Hari ini 25 Nov, hari jadi Dilah, Syah ingatkan Milah.
Masakan kita lupa 3 tarikh kelahiran kita! Kita kan masih muda...hiksssss...( hey.... apa tidaknya, ada antara class mate kita dulu, dah bercucu tau!)
Lebih suku abad lalu kita tidak pernah berjanji untuk bersahabat sampai tua. Tapi ya, kita amat sukar untuk melupai setiap sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati. Biar jauh terpisah selepas STPM, biarpun antara kita tidak hadir pada majlis perkawinan sesiapa pun antara kita, ingatan kita tetap ada. Bayangan wajah tidak pernah luput. Benar kata Mahadi pada Dilah,"Milah tetap ingat Dilah, tapi tak tahu nak cari di mana".
Selagi kenangan remaja tidak hilang warnanya, kisah kita tersemat dalam sejarah diri, kerana seorang dari kita adalah sebahagian dari setiap satu antara kita. Kita bukanlah nakal, tapi tak juga terlalu baik. Tak terlukis imbasan wajah dan emosi waktu itu, segala warna bermain ceria. Mana ada masalah, bukan lagi kekusutan jika kita duduk dan berdiri bersama. Masalah kita hanya untuk lulus dengan cemerlang, bermain hingga juara dan beraktiviti hingga memimpin. Tamat persekolahan menengah kita tidak risau untuk berpisah dan tidak sedih kerana tidak bersama. Daerah kita bukanlah sebesar mana; kita yakin akan selalu berjumpa. Waktu itu kita lupa bahawa tuntutan hidup tidak serupa. Masing-masing membawa haluan dan nasib kita rupanya berbeza. Azam kita untuk bertiga ke kampus yang sama tidak kecapaian.
Kali terakhir kita bertiga bertemu pada tahun 1987, beberapa minggu sebelum Milah merantau jauh. Kita ziarah Syah, kita jelajahi kampus idaman perbukitan Bangi. Kita rahsiakan perjumpaan kita dari Mahadi, walaupun dia juga warga kampus itu. Sebabnya kita bertiga hanya mahu bertiga. Tak mahu nanti Mahadi jika ada antara kita,datang mengepit buah hatinya yang jelita, nanti Milah dan Syah melopong saja! Ha ha ha...
Di sana kita kenal Anuar, kekasih hati Syah. Selepas itu aerogram dan gambar penghubung bicara kita. Syah di Sabah, Dillah di kota dan Milah terpelanting jauh di negara empat musim. Tahun-tahun seterusnya, sewaktu masing-masing memanjat tangga kerjaya, anak-anak juga membesar dan kita jadi lupa pada keakraban lalu dan tenggelam dalam persekitaran sendiri. Seorang di utara, seorang di ibukota dan seorang di selatan. Bukannya jauh jarak, bukan rajuk dan bukan lupa. Diam-diam sudah lebih 20 tahun kita tidak berjumpa.Dilah dan Syah,
rahmat Ramadhan dan Syawal tahun ini wangi dengan pertemuan semula. Kita sambung keakraban lalu, kita semarakkan ukhuwah , kita satukan sang suami dalam lingkungan keakraban yang sama. Manisnya Milah Dilah dan Syah menyambung persahabatan yang beku seketika. Kini mekar semula. Bahagia melihat Azhar, Mahadi dan Anuar juga selesa dalam dunia mereka. Anak-anak mungkin perlu masa yang lebih untuk kenal, tak mengapa, biar ada batas pergaulan meraka. Terima kasih dari Milah untuk kalian berdua.
Alhamdulillah, tahun ini , kita saling di izinkanNya mengulangi semula kiriman ucapan seperti kita muda-muda dulu. Salam hari lahir... bukankah ia manis...?
9 comments:
Happy Birthday buat kawan Kak cik..
seronoknya ada sahabat rapat macam tu... baik pulak tu..
semoga Kak cik dan kawan-kawan akan kekal bersahabat baik...
Selamat Hari Lahir kepada sesiapa menyambutnya:)
Apa khabar Makcik?
Happy birthday untuk Dilah semoga berbahgia selalu.
Kak Milah, sampaikan salam dan ucapan happy belated birthday untuk
Shah dan Dillah. Cakap la Diah kirim salam.Tak sangka ramai kekawan lahir dalm bulan ni.Diah pun bulan ni jugak tapi dah lepas
13 Nov hari tu...he..he Kak Milah
pulak bila ye...
cik milah ni boleh jadi penulis novel tau..maklang suka baca kata2 berbunga tu..kalau maklang..hampeh..
Selamat Hari Jadi kepada kawan Cik Milah...
tak kusangka puitis rupernye kakak yg sorang nie..hehe,sy pun mcm maklang...hahaha..tak reti.
selamat pjg umur utk sahabat istimewa sis itu...sedih lak sy baca,sbb sy semakin jauh ngan best fren the one n only tu :(
Bestnya ada lagi kawan baik yang masih berhubung....
Selamat hari lahir Dilah !!
Hi Cik Milah, happy birthday to Dilah.
And best regards to you.
Have a great week, Lee.
sedapnya kata kata cik milah. rasa sebak didada bila membaca.. betapa berharganya sebuah persahabatan walaupaun "beku" buat sementara waktu.
Post a Comment