Wednesday, November 12, 2008

Tempias.....

"Let's think of xxx families, that is supported by this organisation" . Bigboss ended today's meeting with this phrases.
Sedar atau tidak, nak mengaku atau tidak, kami yang bekerja dengan kilang yang berpusat di AS terkena tempias krisis kewangan. Kalau di sana sudah demam di sini tentu dah seram sejuk da bersin. Bulan lepas sudah digariskan lima platform untuk mengawal kos. Tumpuan kami untuk mengekalkan jumlah tenaga mahir dan kurang mahir yang berkerja di organisasi kami. Faktor manusia agak sensitif. Minggu ini sejumlah operator pengeluaran yang kontrak mereka tamat ; tidak dapat di sambung kontrak baru, dengan ertikata lain, terpaksa diberhentikan. Permintaan menurun sebanyak 12 peratus. Ramalan untuk 3 bulan akan datang dijangka pada tahap penurunan 15-18%. Kami menganggarkan pola penurunan tidak kurang dari 22% sehingga Mac. Ada juga yang kurang setuju bila saya unjurkan ramalan penurunan hingga Mei 2009 - alasan saya satu saja; "Mr Obama is not a magician". Bbrp orang ketawa....Ketawa lah... saya serius. Saya bukan arif berpolitik tapi Obama will needt least a couple of years to straighten things.....
Sheila, pakar sumber manusia kami datang memeluk saya dari belakang, senang kerja I kalau kita manpower kita tak di usik! Nakal dia!

Saya pernah kena VR ( tak lama kemudian kilang S yang nampak macam hotel dari hiway terus tutup) - memang sakit hati dan sedikit rasa rendah diri walaupun dapat wang besar. Walaupun tak sempat tanam anggur dan bulan seterusnya saya dapat kerja di satu syarikat yang lebih besar; bayang-bayang VR menggerunkan.
Tiada kerja lebih masa sekarang. Operator pengeluaran, store hand, despatch boy, securiti guard, ramai yang mengeluh. Tapi budak-budak ni kreatif. Pandai promosi, hari ini ada sample karipap atas meja, esok bungkusan kacang...siap dengan contact number pada packing. Macam-macam mereka jual. Dari pampers hingga ke madu lebah. Kesempitan hidup membuka minda mereka untuk cari pendapatan sampingan.

Aci yang kerja sapu sampah tunggu saya datang, suatu pagi. Dia minta saya buatkan kek coklat banyak-banyak. Dia mau beli dengan saya dengan harga murah , nak di jual pada kawan dan jiran yang nak sambut Diwali. Saya minta maaf sebab masa tu ibu mertua sakit dan saya tak ada masa nak baking. Saya bagi resepi suruh dia buat kek coklat sendiri dan bawa dia ke kedai pembekal yang saya berlanggan. Dapatlah dia harga bahan yang murah sikit berbanding harga biasa pasaran runcit. Lepas Diwali dia bukan main riuh bercerita kek dia laku sungguh. Saya pun tumpang gembira. Sekarang ni tak habis- habis senyum...katanya, hari-hari duit masuk sebab dia hantar kek potong untuk jualan ke kantin kilang anak dia bekerja. Rezeki awak lah aci...andai rajin berusaha tentu ada hasilnya...Mungkin pada sesetengah kita berpendapat berapa la sangat hasil jualan kecil-kecilan begitu, tapi air menitik kalau ditakung, penuh juga tempayan kan?
( ada yang tak tahu ka, tempayan tu apa?....saja cikMilah nak usik!)

Seorang lagi minta ajarkan buat kek dan pulut serimuka. Dia jiran sekampung saya, ada juga bau-bau bacang. N namanya bekerja di kilang mikrocip terkemuka di Bayan Lepas. N ni mangsa tsunami dulu. Waktu itu dia bercuti syif, mereka suami isteri turun memukat di laut Balik Pulau. Kedua mereka di telan ombak dan dia dijumpai terdampar atas batu dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Sejak itu dia phobia dengan laut. Hanya suaminya turun ke laut pada waktu lapang mereka. Kesian mereka sekarang berkerja hanya waktu biasa dengan sekadar gaji pokok, sedangkan belanja keperluan meningkat. N sejak dulu ambil upah menjahit untuk tampung pendapatan. Oleh kerana kesihatan terjejas akibat tsunami dulu, majikan benarkan dia bekerja waktu pejabat, jadi sebelah malam, dia ambil upah jaga anak kecil kawannya, jika kawan itu bekerja shif malam. Dia kan buat segala kerja untuk mengumpul duit lebih.
Bak kata N, siapa nak di harapkan untuk menolong, jadi perlu berusaha sendiri.

Tengahari kelmarin saya tengok Buletin Utama kat kedai makan, tentang seorang cashier sambilan di tetak perompak hingga mati. Dia juga seorang ustaz...Lihat lah dan fikirkanlah. Kalau imbuhan seorang ustaz itu mencukupi semua keperluan, tak mungkin dia sanggup bekerja sambilan...

Saya ceritakan tentang Aci dan N bukan untuk membangga diri atau menghebahkan pertolongan kecil saya pada mereka, Nauzubillah...Saya ingin berkongsi contoh kecil masyarakt kita yang berpendapatan sub-RM1K. Demi hidup yang lebih selesa mereka memerah keringat dengan idea kecil dan kudrat yang tak seberapa. Pada kebanyakan kita, berapalah sangat hasil jualan kuih, upah menjaga anak orang, atau kerja menyapu sampah. Mereka kurang bernasib baik dari kita yang ada pergantungan kukuh, aset yang stabil dan ijazah bekalan ekonomi. Mereka tak tahu apa itu blog dan tak kisah kecoh-kecoh politik tanahair kerana waktu yang ada mereka gunakan untuk bekerja menambah pendapatan. Mana ada waktu untuk membaca atau blogging macam kita....rezeki dan nikmat dari ALLAH datang dalam berbagai bentuk.

Mungkin ramai yang tak sedar bahawa ada kilang yang bekerja 4 hari dalam seminggu sekarang.
lagi baca di sini....

24 comments:

Unknown said...

coretan ini membuat saya ...berfikir....!
syabas Cik Milah...
memang seram bila ekonomi merudum!

Kehilangan pekerjaan boleh membuat kita hilang punca...punca pendapatan, punca self esteem dan berbagai.

teruskan - hasrat dan sumbangan murni itu.

Nur said...

cik milah...salam..sedihnyer saya baca....huwaaaaaaaaaaaaaaa....teruk sungguh ekonomi negara kita yer....ehm..terus insaf saya nih...thanks kak...akak dah sedar kan saya...alhamdulillah...take care

zura aini said...

kakcik,
saya pun dah pernah merasa perit nya bila ekonomi US merudumkan, tahun 97 dulu, lepas tu 2001 juga, hingga ambil VSS, yang lelaki ada bercakap tak lena tidur, tambah lagi kalau mereka je sumber kewangan keluargakan. now kat gomen, saya pernah sound budak2 jagaan saya supaya buka mata sikit lihat orang lain di swasta, bukan semua majikan bagus.

Kak Elle said...

cikmilah sungguh baik hati kamu menolong yg tak kemampuan mencari rezeki..hanya Tuhan yg akan membalas jasa mu.

memang economy negara2 banyak yg terjunam skg and expected to be more next year...

pekerja skg kena berhati2 ni masa nya bukan untuk melompat2 kerja(job hopping)..DBS is laying off 900 staff and 600 is from Singapore...

cikMilah said...

pp,
inilah realiti yang kita hadapi sekarang...
sedihnya gomen dok suruh kita berbelanja lebih - EPF nak di turunkan 8%, uka hypermarket hingga tengahmalam... ishhhhh.

cikMilah said...

Waalaikum salam Fakhzan,
kakcik dulu student masa 1997 pun macam Fakhzan juga,dengar tapi tak sedar. Sekali kena VSS tahun 2001,baru merasa.Perit sama kita tanggung, menolong mana yang kita mampu...lilahi ta'ala.

Anonymous said...

memang seram sejuk dalam keadaan sekarang ni cikmilah..

Nur said...

kak..

akak nih auntie shanaz ker? :D tanya jer..sorry kalau silap orang...

Nur said...

Salam kak

sorry salah eja...Auntie Shahnaz ker...:D

tulipurple said...

satu lg N3 yg memberi pengajaran dan membuat sy berpk dgn mendalam...alhamdulillah.TQ sis!

cikMilah said...

Salam Zany, memang pun patut beringat..

Salam KakElle, saya ni bukan ilmuan, apa yang boleh kita kongsi, itulah bekal kita..InsyaALLAH.

cikMilah said...

Salam ummi,harap-harap kita tak demam terus ya, walaupun cuaca tak elok,,,he he heh
ada payung tersedia kalau hujan turun...:)

cikMilah said...

Fakhzan,
Shahnaz.. sedap nama tu, nama akak Jamilah - dan tak ada anak sedara yang nama Shahnaz...mmg sah bukan AUntie Shanaz.he heh
silap orang tak apa..tak salah bertanya...
Take care.

Neeza Shahril said...

bukan AS dan malaysia aje.. saudi pun affected jugak.. sape yang selalu buat OT, dah kurang sekarang ni.. banyak cost kena cut..
hopefully tak lama lah benda ni..
doa dan terus berdoa ni...

maklang said...

Alhamdulillah..resepi yang ada di share2..InsyaAllah diberkati Allah...maklang baca N3 ini tersentuh hati kecil maklang...

Alhamdulillah kerja macam kita ni masih boleh menampung kehidupan...tapi bak kata orang ulat dalam batu pun boleh hidup berkat ada usahakan...Dapat duit sikit2 hasil jualan tu memang menyeronokkan kan Cik Milah...

aNIe said...

Cik Milah...ilmu yang diajarkan jika digunakan orang...dptlah kita ganjarannya...alhamdulillah...biar pun sikit tapi dpt menampung kehidupan mereka...

Akak pun buat perniagaan kecil2an...tau...saja nak menambah duit poket

MAMAMIA said...

Memang macam domino effect, satu jatuh, yg lain pun tumbang....

Minta2 dapat dinaikkan balik & susun cantik2, again like the dominos....

silversarina said...

salam,

Insaf baca entry ni, memang kena ambil langkah berjimat dan berhemah dalam berbelanja mulai sekarang , saya selalu boros :(

Semoga dimurahkan rezeki cikmilah sebab sanggup bantu insan2 yang memerlukan. Amin.

Tie said...

Oh! Tie tak tahu pulak. maklumlah dok menyorok dengan selesa kat ulu ni. Tapi adik tie di kl dah lama kata ramai yang kena berhenti kerja. Patutlah dia bersungguh2 usaha bisnes fotografinya tuh!

Lee said...

Hello Cik Milah, I guess the world's present economy affecting semua orang dunia.
Disini banyak car factory tutup, beribu orang2 hilang kerjah.
Toyota sepulh tahun ta'pernah jatuh profits, this time jatuh first time pun.

Guess we have to tighten our belts abit and hopefully things will pick up soon,.
Have a great weekend, Lee.

Mimiamilia said...

Kak Milah,
memang insaf baca entry.Betapa beruntungnya saya kalau dibandingkan dgn orang lain.Thanx for nasihat pasal sedekah tu.Nasihat yang sgt berguna!

Anonymous said...

kilang husband saya kat bayan lepas tu pun dah kurang OT...depa tu buat barang untuk Dell..kalo Dell bungkus..depa pun bungkus jawabnya..


takuttt

Mrs. Fedex said...

cik milah..
terkena mus di batang idung.. hikss..
kilang mus juga akan shutdown nanti..
potong gaji pd hari yang tak cukup leave..
tu pasl kena tamabh rezeki dengan sambilan menjahit bagai..
apa sj skill yg ada digunakan sebaik mungkin..
walau berbekal diploma, masih mengguna kudrat yg ada..
walau bukan org yg berkahwin tapi masih ada 2 anak burung perlu disuapkan.. hiksss..
semoga usaha diberkati Allah..
aminnn..

cikMilah said...

Ja,kat sini bukan saj ano OT, tapi kerja 4 har seminggu jugak!

Maklang, sedikit sebanyak kita pun terasa kesempitannya...semuga keadaan kembali pulih

InsyaAllah Kak Anie..seronok berniaga ni kan?