Ammer demam sejak hari Jumaat dan masih on and off suhu badannya. Masih batuk-batuk..
Kakak kena gigitan serangga dekat mata. Bengkak dan merah kelopak matanya, dan sedikit demam.
Subuh tadi, waktu saya sibuk siapkan nasi bekalan suami pergi kerja; KakNgah bangun dan menonong ke arah saya dan bertanya..adik demam ka, mama? Saya letak tangan atas dahinya dan, sahkan. Yes.
Tok nampak "layu" sedikit hari ini. Agaknya letih sebab semalam saya bawak dia keluar, lunch diluar dan beli barang dapur kemudian ambil angin...Dia berjalan sendiri dan tak mahu bawa kerusi roda. Kemudian kami pergi fish spa.... 80% ikan dalam kolam tu berkerumun dekat kaki Tok...he he he . Kenapa ya?
Waktu ni semua orang sakit dalam bilik masing-masing, masih tidur. Lepas lunch tadi, semua mereka makan ubat dan tidur...Saya diam-diam ke kedai beli barang tambahan untuk buat kek tempahan raya haji. Dah balik dan tengok mereka masih tidur. Teringin nak tidur macam mereka, tapi tak terlelap. Dok teringat tempahan cheesecake esok, dan kuih cara berlauk juga ada yang menempah untuk dihantar esok pagi...
Heiii.. malasnya nak bergerak.......
Dan itu biskut tempahan Raya Haji yang dah siap belum lagi packing..
hmmmm....
Saya macam tinggal seorang dalam rumah ni...sunyi sepi!
Sunday, November 23, 2008
Hmmmm.................
Posted by cikMilah at 11/23/2008 03:35:00 PM
Labels: Permata Hati, Santai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
oh kesian nya semua nya sakit ye di sana?
wah ambil tempahan kuih raya haji juga..relax lah cikmilah .. jaga badan tu jgn lasak selalu ye?
nak kuih cara sikit...hehe
kat sini pun ada yang sakit sakit.. Alhamdulillah, dalam rumah ni masih segar lagi.. semoga berpanjangan.. sebab susah kalau ada yang sakit.
Kak cik ambik tempahan biskut raya ya.. canggih orang sekarang ni kan.. raya haji pun nak berbiskut jugak.. tapi takpe.. murah rezeki kak Cik.. :)
hmm...penatnya maklang kalau jadik cam cikmilah...tak abis2 buat kueh...
tapi rezeki jangan ditolakkan!
Salam kakElle, ni untuk regular customer jer.. tak banyak sikit pun kena ada jugak kuih kering utk raya haji...
Ja, hari ni dah agak ok dah..orang sakit pun segar bugar nampaknya.
Ya, kat Kedah dan Seberang Perai, kami akan hidangkan kuih raya jugak pada raya haji...
Dear Maklang, dah jadi mak camni la kan..
Buat kuih sekadar terdaya...:)
Nanti nak order jugaklah kek dan kuih..nanti akak YM .
aikk..ilang lak komenku itew semlm...aiyaa!
oK Rina - thanks in advance for your support.
Tulip.. aik.. ini google pun makan juga.. he he he
Balik tak raya haji ni..?
Post a Comment