Hari ini Sabtu, kembali pada kelansungan hujung minggu yang biasa. Rasanya dah 10 minggu, hari minggu saya jauh berubah dari kebiasaan yang biasa - ya lah sejak bulan puasa, kemudian raya ,bersambung pesta makan dan akhir sekali kesihatan Tok. Semuanya itu mengubah kebiasan hujung minggu sekaligus saya amat lelah. Sepatutnya giliran saya jaga Tok hari ini dan esok, tapi KakLong bawa Tok ke rumahnya sejak dari keluar hospital ; jadi seminggu dua ini Tok akan tinggal di rumah KakLong.
Boss cakap duduk rumah, rehat.
Baek Boss....( tunduk dan senyum ala-al isteri solehah.............................hiks)
Bangun macam biasa dan lepas solat dapat baca Quran lebih sikit, kemudian masak untuk sarapan sambil on kan mesin basuh. Hari-hari lain sarapan ready-made tapi hujung minggu ini lainlah sikit kan. Tak ada yang istimewa pun,pagi ni saya buat cucoq udang. Bukan cucur udang yang makan dengan tauhu goreng, kentang goreng dan segala mala tu ya. Saya buat jemput-jemput udang, istilah orang selatan...Dah lebih dua bulan tak buat cucoq udang. Saya suka letak bawang lebih, dua labu bawang besar saya dadukan, campur 2 batang cili merah yang di hiris halus, 5-6 batang daun bawang, udang basah yang siap di kopek, udang kering yang di tumbuk, sebiji telur dan tepung secukupnya.. Macam biasa kalau buat kuih ka, cucoq ka saya lebih suka gaul dengan tangan. Boleh rasa teksture adunan, lagipun, pueh rasa hati. Sementara dok bancuh bater cucoq udang, saya panaskan minyak. Dan ya, bila adunan dah sebati, saya masukkan 2 sudu besar minyak panas tu dalam adunan dan kacau cepat-cepat dengan sudu itu juga. ( Cari nahas la kalau nak kacau dengan garpu asli ni kan...). Kenapa ya? Saya nampak aruah mak dulu buat camtu, saya ikut saja.. Tak lama selepas itu saya jumpa petua dalam majalah Wanita, katanya, buat macam tu utk ranggupkan kulit cucoq... Hmm sedap jugak...masuk lif tekan butang sendiri la kan....:) Makan dengan sos cili dan kuah kacang lebihan open house dulu. Masih banyak, saya bekukan. Nak makan , panaskan saja.
Sambil goreng cucoq, siapkan nescafe dan telur setengah masak untuk Abah. Abah kerja hari Sabtu, tapi sempatlah duduk sarapan sekali. Bye bye...
Masuk tidur balik.. ? No no no...
Banyak kerja nak di buat.. maklumlah tak ada pembantu. Kakak dan Ammer tidur balik selepas subuh. Tidur tak bergerak anak 2 orang tu, malam tadi training TKD. KakNgah pun macam tu, masing-masing bangun solat dengan mata separuh buka...Dia tengah berlatih hoki waktu Abah gi jemput kat asrama petang kelmarin.
Dah lama tak pergi pasar. Pi mar-ket, kat orang utara. Walaupun tinggal di jajahan Bkt Mertajam, saya tak betah denga market BM...setia dengan market Seberang Jaya. Dah kenal pakcik ayam,abang daging, apek udang, mak nya telur, adik sayur dan kakak bawang. Adik-adik yang jual santan segar pun tegur dah lama tak nampak!
Selalunya pukul 8 pagi saya mesti nak sampai ke rumah sebab nak ikut yoga kat tv.
Pagi ini saya tak perlu tergesa-gesa. Sejak keluar kenyataan tentang persamaan gerak yoga dengan amalan agama lain, dan ura-ura fatwa yoga itu haram bagi umat Islam , saya dah stop senaman ini. Tak ada dakwa-dakwi. Bagi saya mudah - sekiranya sesuatu perkara itu subahat dan saya tak pasti kehalalannya, dah termasuk dalam kiraan haram, tinggalkan saja. Saya terkejut besar bila tahu tentang ini.. Ya Allah, ampuni hambaMU yang jahil. Inilah padahnya beramal tanpa ilmu. Yang pasti, semasa buat yoga tu saya berniat untuk senaman fizikal , keluarkan peluh dan regangan. Meditasi yang duduk bersila tegak dengan tangan atas lutut tu saya tak pernah buat. Betul, seingat saya tak pernah buat meditasi. Orang meditasi saya pelan-pelan gulung tikar senaman dan menyelinap keluar...balik.
OK- drive sambil melamun pasal yoga tadi, dah sampai pun rumah...
Aik.. sarapan atas meja dah licin tapi tak dak sorang pun luar ni.. Jengok tengok bilik, ada sorang masih golek-golek dengan novel kakUmmi kat tangan, Seungu Lavendar. Kat bilik satu lagi ada orang tengah belek kuku dan si bujang terlentang atas katil dibilik saya.
Hari ini nak masak lauk kampung. Tadi beli ikan keli yang dah siap di besiang. Saya kenal Abang keli ni, dia jual keli dari kolam ternakan sendiri. Sejak kecil saya suka keli tapi yang jenis keli keras sahaja. Keli lembut tu, tak makan. Senang saja nak bezakan keli keras dengan keli lembut, yang keras warnanya perang dan saiznya kecil. Kalau yang jenis keli lembut, saiznya besar dan warnanya hitam. Keli keras jarang di jumpai dan sekali jumpa, layan la...Anak-anak pun suka.... ibu orang kampung dibendang...keli haruan memang suka...ulam dan umbut apatah lagi...
Leceh nak cuci ikan darat ni, rendam dalam air asam, kemudian cuci, ulang lagi dengan garam kasar dan cuci hingga lendir dan bau hilang.. Inilah sudahnya.
Ikan keli masak sambal cili dan tomato
Masak lemak cili api rebung dengan ikan bilis. Cili padi tu hiasan saja ya...tak berani saya gigit cili padi buat ulam macam KakAnie.. he he.. Tengok tu, kuah menitik atas pinggan alas jadi bentuk love - sumpah, jadi sendiri, saya tak bentukkan...
Sambal belacan dengan ulam, kangkung rebus dan bendi celur.
Memang pedas....sampai panas telinga sebab saya tambah cili api. Lepas makan, saya kulum 2 biji kurma sekaligus...nak hilangkan pedas....
Alhamdulillah, finally I have back my quiet Saturday afternoon, a time for myself....
16 comments:
amboi amboi nak buat cek jeles no.. taulah cek tak boleh nak makan semua to.. terlioq cek kat sini tau..
Oh!..gitu ke petua nak rangupkan kulit cucur udang tu...nanti tie cuba lak, ekk. Tu ikan keli nampak menggodalah..hi hi..
perghhhh, sedap tu kakcik, cucoq udang cicah kuah kacang.
masuk lif memang kena tekan sendiri kak, kalau tidak lif tak jalan, tak ke mana walaupun pintu dah tutup. ekekekeke. puji je kak memang kita pun yang penat memasakkan.
kak cik..
mesti kena ikut petua tu..
pasar sbrg jaya..teringatla masa kempen hari tu..
yoga..betul tu..tak rugi pun kalau ditinggalkan sebab ada cara lain lagi juga untuk exercise..sbnrnya saya pernah ada juga baca dlm satu buku abt why kita tak boleh beryoga..nanti say refer and write to you.
memang terliyor..apatah lagi mlm ni saya n anak2 mkn maggi saja sbb ssaya amat malas masak..
Amboi...cik Milah dah dapat masak rebung dengan perut...ari tu akak masak dengan daging salai je...
Ikan keli memang feveret akak sekeluarga...kalau sikecik tu bagi 2 ekor pun abis...
Sedapnya lauk cik milah...ada sambal belacan lagik....
salam cik milah...
Ya Allah..sedap nyer.... alhamdulillah...ehm ehm..nih terus rasa nak balik....semua masakan cikmilah tuh saya suka...especially keli...setiap hari makan pon takper...huhuhu....
Makanan yang menjadi santapan mata, sudah tidak menjadi santapan tekak.
Salam. Sila berikan alamat emel. Atau kirimkan mesej ke - safmi_80@yahoo.com TERIMA KASIH
Ja pun pernah dengar pasal letak minyak panas untuk bagi garing.. tapi selalu je lupa.. hehehh...
kenapalah nampak mengancam sangat sambal belacan kak cik tu? makan dengan pucuk ubi lagi..
kalau dekat, dah lama Ja mengendeng makan... hehee..
cikmilah makanan yg terhidang nampak nya semua sedap2 tapi apa kan daya saya tak pandai makan tu semua dan lagi pun saya tak makan pedas....
aduishhhh...(eh,lupa..peyuk ciyum dulu sis..lama tak jumpa) terliur citer pasal cucoq..tgk pic makana lagi laa..bila lah che bley makan makanan itew?ahaks'
sis milah ni memang pandai masakk!pujian ikhlas dr sy yg dah merasa sentuhan ayaq tgn dia! :,)
Selera sungguh tenguk keli tu.. kat rumah ni memang kak sya sorang je makan.. yg lain tak layan
ala dik ummi sayang, jangan la jeles ek.. kita makan ni pun satu meal per day jer...breakfast and dinner kita posa.. hiksss....minum itu herbalife jugak!
Tie, petua orang lama tu, buat jangan idak ye!
Suka keli jugak, bestkan!
Salam. Sila berikan alamat emel. Atau kirimkan mesej ke - safmi_80@yahoo.com Ada urusan penting TERIMA KASIH
sedap tu...
Salam hormat. Abang long sedang menantikan maklumbalas dalam kadar segera. TERIMA KASIH.
Post a Comment